background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday 2 September 2016

anak-anak karamella mudah didekati;SISWA BERBAKTI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

selawat ke atas baginda nabi Muhammad saw junjungan mulia sempena sayyidul ayyam hari barakah

alang2 tengah ada mood nak recall aktiviti harini ,jom layan kisah ke Karamella hari ni..
alhamdulillah dah masuk kali ke-4 berpeluang join bermacam-macam aktiviti kemesyarakatan di kampung Karamella yang terletak di Iskandariah ini

pembawaan pada kali ni yang agak menarik di mana kehadiran kami tidak seperti aktiviti lepas-lepas yang membawa pelbagai hadiah dan sumbangan untuk warga kampung Karamella tapi pada hari ini lebik spesifiknya kami membawa nilai yang agak mahal ertinya dalam kalangan masyarakat arab disini iaitu 

"kebersihan itu separuh daripada iman"

betul kata salah seorang pengisi tafakkuh,ustaz Jamil,kita tidak akan mampu mengubah seseorang melainkan mereka yang mengubah diri mereka sendiri,ertinya sekeras mana usaha yang kita lakukan untuk mengubah seseorang itu belum tentu mampu menukarnya menjadi seperti apa yang kita mahu melainkan diizinkanNYA untuk melihat nilai-nilai murni yang kita terapkan lalu diamalkan olehnya dengan seikhlas hati



kisahnya di Karamella,kasarnya penduduk di kampung ini sangatlah ramai bahkan kanak-kanak sahaja bilangannya hampir ratus-ratusan..mereka mempunya keluarga yang besar dan sangat-sangat menghormati antara salah satu antara mereka

bagi pelaksanaan program pada hari ini,kami hadir bersama lebih kurang 40 peserta yang menjadi sukarelawan untuk mengimarahkan kampung ini dengan melakukan beberapa aktiviti bersama penduduk kampung dan kanak-kanak khususnya..

sebahagian antara kami telah bersemengat untuk hadir awal dan team ini berjaya melakar satu lukisan mural yang sangat2 istimewa nilainya kepada warga kampung

taraaa..

beberapa kumpulan lain juga ditugaskan untuk bersama-sama bergotong royong membersihkan masjid..

turut dibantu oleh anak-anak karamella yang sangat-sangat mengalukan kehadiran kami..bersama-sama membersihkan sawang-sawang kipas,mencuci tandas,menyapu karpet , menyusun al-Quran dan lain2..:)



dan usai solat sasar berjemaah akhirnya tiba aktiviti yang ditunggu-tungu iaitu "jom kutip sampah"

pada awalnya, expect budak-budak kecik ni mesti tak nak tolong sebab mcm krik-krik je haha.. sekali kita keluar sarung tangan plastik tu berebut nak sorang satu..mereka ni bestnya bagila apapun tetap mereka terima..cara dapat sarung tangan tu macam nak kutip sampah sampai rabak plastik tu haha..

"kalau awak nak sarung tangan ni wajib kutip sampah dan buang dalam plastik hitam ni!"
dan alhamdulillah semua bersemangat untuk saling membantu..inilah generasi yang cuba kita bimbing dan pupuk untuk melahirkan nilai-nilai murni untuk sama-sama menjaga kebersihan..





dan sebelum pulang sempatlah kami bergambar dengan berlatar belakangkan potret mural yang terpower tercantik tergempak ni










dan setelah selesai semua nya kami bertolak pulang,meninggalkan team mural yang masih menghabiskan baki-baki mengecat dinding mural,keshiaannn huhu

sesungguhnya anak-anak kecil ini bergitu mudah mengikut tingkah yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa daripadanya,semoga dengan usaha kecil ini mampu medidik dan melahirkan satu nilai murni dalam diri mereka semua agar terus sama-sama menjaga kebersihan..

insyaALLAH next time kita akan adakan lagi program-program sebegini yang sangat-sangat mendapat sambutan dari para sukarelawan dan penduduk-penduduk kampung semua..alhamdulillah..:)

#PEACEAlex
#KampungKita
#karamella






Tuesday 23 August 2016

Benifits of mango??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..



hai hello!
semenjak dua menjak ni memang mood nak menulis makin membuak ,so why not kita try ubah genre blog hiihhi..mungkin lepas ni blog ni more to how I manage my daily routine for body care especially and specifically about healthy eating habit

ok now,let me share with you about the benifits of mango
actually sejak 5 tahun menapak bermukin di bumi mesir ni,tahun ni tahun pertama dapat stay sini and rasa keseronokan musim panas..yes seronok...sebab I lagi prefer summer dari winter..kalau winter boleh jadi beruang or apa2 la contoh benda yang kesejukan sebab tak tahan sejuk agaknya.

and specialnya musim summer ni banyak sangat buah-buahan yang sangat enak dan manis dimakan begitu saja!

tapi maklumla tukang tulis ni on diet..tapi simplenya control diet..wheeee ngaku jela bukan salah pun kan haha..

so usually I will check all the calories content in every food that I want to eat..and based on myfitness apps tu,caloies content of  seketoi mangga tu boleh cecah lebih kurang 200kcal you know..

makan sehari sebijik la kan baru kawww nikmatnya masyaAllah alhamdulillah..

antara khasiat paling special untuk buah mangga ni 

1.being high in calories content and good for those who are trying to gain weight

~berat den yang tak nak turun2 ni sebab ni la puncanya ..kena siasat!

2. powerful antioxidant and anticancer properties

~alfatihah untuk ayah,sebut bab cancer ni sensitip skit..bukan sikit tapi banyak..

3. high content of iron, very good for pregnant woman as well as for people who suffering from anemia.

4.effective in relieving clogged pore of the skin

5.Vitamin A  & vitamin E can provide protection against heart disease

6. helpful in treating acidity and poor digestion

~my stomach memang berasid tinggi,buktinya bukan sebarang kopi boleh minum kalau tak melukut di tepi toilet la jawabnya..haha ok tak kelakar

7.Vitamin E helps in hormonal system function more effectively

8. Anti inflammatory properties alleviate asthma symptoms.


Banyak benifit yang dapat saya rasa sejak makan mangga sebijik sehari yang berat 300gram dengan 200kcal ni..biasanya saya ambik sebiji sehari setiap pagi before sarapan and make sure minum air dulu bagi neutral kan acid content 

personally,memang kulit akan lebih segar dan kurang kedutan especially dekat tangan2 yang makin berurat ni,tua da barangkali..yang lain2 tu meang sama la dengan beberapa point atas yang saya kongsikan tu ye..

semoga sedikit sebanyak membantu especially bagi yang skinny tapi tak taw nak makan apa bagi gemuk skit..

yang nak kurus pun jangan risau boleh je makan tapi make sure kena check calory content yang dibenarkan untuk badan anda ya..bak kata nanaalhaliq..makan sehari untuk satu portion je buah-buahan ni..the key of your perfect body is well balanced diet!

kbye..nak sambung date dengan cardiothorax..exam tak abis lagi woiii..

Sunday 21 August 2016

welcome back!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

bismillahimasyaAllah..
this feeling..i miss this feeling so much ..after setahun xbukak blog ni maka rasminya arini entri pertama sebagai pembuka tirai untuk kehidupan dan nyawa blog ni..jujur sayang sangat nk lepas untuk tinggatkan coretan dalam blog ni sebab dulu pernah letak niat untuk jadikan ni sebagai medium untuk aku melakar segala memori dan kenangan masni untuk dipatri selamanya jika aku pergi ,masih ada ruang rindu bicara hati untuk ditatap oleh merekea2 kesayanganku..*sebak tiba..mati itu pasti..

insyaAllah lepas ni cek rajin2 tulis sini ye..untuk siapa baca tu tak kisahla yang penting nanti bila2 da tinggal mesir ni boleh la baca balik kenangan2 di sini..only 1 tahun lagi berbaki kat sini..lepas tu insyaALLAH boleh duduk dekat malaysia bumi tercinta da..sakit woo duk jauh2 dengan family..

oklah..since sekarang ni tengah musim final exam untuk exam 5th year paper..aku bukak2 teaser dulu ye..bila2 free lagi nanti I sambung story mory kat sini..main topics lepas ni insyaAllah bab paling fevret apa lagi kalau bukan bab2 fitness ni kan..maklumla lepas berjaya turun 10kg berat lepas 4tahun duduk mesir dengan jayanya pam lemak hahaa..alhamdulillah sekarang da berjaya kembali ke berat form 5..yeayyyy..apa rahsianya??nantikann..:)
boleh jadi nutritionist ni!!



Saturday 13 June 2015

FIQH WANITA: HAID NIFAS WILADAH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

tafakkuh minggu ini menekankan perihal wanita..berkaitan masalah wanita yang semangnya mengellirukan kaum wanita apatah lagi kaum lelaki..

seseorang berbisik
"respect dekat ikhwah2 yang datang malam ni untuk sama2 faham dan belajar ilmu fiqh berkaitan wanita"
mestilah kan,nak tak nak..kaum lelaki ni lah rujukan pertama buat isteri2 kelak..tak kan nak kena tanya pak cik google plak kan:P

insyaAllah di sini serba sedikit soalan ,permasalahan,dan contoh situasi yang berlaku..sambil2 tu boleh revise soalan2 asas yang belajar time sekolah2 dulu..lima enam tahun lepas barangkali..

SIAPAKAH WANITA YANG TIDAK PERNAH DIDATANGI HAID?
-Saidatina Mariam
-Saidatina Fatimah

BERAPAKAH UMUR PALING AWAL YANG DIKIRA SEBAGAI HAID?
-9 tahun qamariyah..
contoh:darah keluar masa usia 8 tahun 11 bulan 2 minggu?adakah haid ?
jawapan:TIDAK

BERAPAKAH TEMPOH PALING SEDIKIT DAN TEMPOH PALING LAMA DATANG HAID?
-paling sedikit: sehari semalam,24 jam cukup
-paling lama: 15 hari

WARNA DAN JENIS-JENIS DARAH HAID:
1.HITAM: darah paling kuat dan sangat hamis
2.MERAH: darah yang kuat dan tidak begitu berbau
3.MERAH KEKUNINGAN: darah yang lemah dan tidak berbau
5.KUNING: darah yang lebih lemah dan tidak berbau
6.KELABU: darah yang lemah dan tidak berbau
rujukan blog alhabibsegafbaharun

SITUASI: 
telah masuk waktu zohor dan ibu melengahkan solat zohor pada waktu itu kerana sibuk di dapur untuk memasak..ketika selesai memasak dan ingin menunaikan solat zohor,dilihatnya telah keluar darah haid,maka wajibkah mengqada solat zohor setelah suci nanti?
-HUKUMNYA WAJIB

SITUASI :
kebiasaannya,tempoh haid ibu adalah selama 7 hari pada setiap bulan,namun pada bulan seterusnya setelah 7 hari dan suci pada hari ke 8 dan 9,darah keluar semula pada hari ke 10,adakah hari ke 8 dan ke 9 dikira haid juga?
-HUKUM KHILAF
1.pendapat pertama hukumnya adalah haid kerana masih dalam tempoh 15 hari
2.pendapat kedua hukumnya tidak haid kerana kebiasaannya haid adalah 7 hari maka hai ke 8 dan 9 boleh untuk menunaikan ibadah seperti biasa

DEFINISI NIFAS:
darah yang keluar selepas melahirkan anak,dan syaratnya mestilah KOSONG RAHIM,maknanya setelah keluar seluruh jasad si anak

TEMPOH NIFAS:
-paling lama:60 hari
paling pendek: 40 hari
*betulkan jika silap

DARAH YANG KELUAR SEBELUM MELAHIRKAN ANAK
(turun darah kot orang biasa panggil):
namanya adalah HAID

SITUASI:(HAID DAN NIFAS)
dalam tempoh nifas
>>10hari pertama adalah darah nifas
>>hari ke 11 sampai ke 25suci dari darah
>>hari 26 turun semula darah,jadi apakah kategori darah ini ?
-namanya adalah HAID
*NI KES BERAT SIKIT TAPI UNTUK SYARAT JADI HAID ADALAH MESTI SUCI SEKURANG-KURANGNYA 15 HARI


HUKUM MEMBACA AL-QURAN SEMASA HAID
1.membaca dengan niat untuk membaca sahaja: HARAM
2.membca dengan niat berzikir dan mebaca sahaja: HARAM
3.membaca dengan niat berzikir: HARUS
4.membaca dengan niat tiada apa-apa: HARUS
*yang nombor 4 ni ambe pun dok pehe

wallahua'lam..moga ilmu ini seikit sebanyak membantu ingatan untuk diamalkan..
*yang tersalah mohon dibetulkan..syukran:)



Saturday 14 March 2015

layakkah aku?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


banyaknya Dia mengajar aku..daripada sesuatu yang kosong sehingga mampu menambah ruang2 kosong ini..kerana pengalaman itulah yang mengajar diri ini..

kadang-kadang,jiwa mungkin memberontak kerana merasakan setiap yang diinginkan itu perlu dijadikan sebuah kejayaan..namun mungkin hati lupa.
dalam setiap apapun yang dirancang,telah wujud Sang Pencipta yang telah merancang sesuatu yang terbaik untuk setiap hambaNya..

AJAIB BUKAN??
dalam setiap ketentuanNya,walaupun tiada satu pun insan yang mengetahui bahkan syaitan dan juga malaikat pun tidak mampu menembusi,Allah telah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya bahkan menjadi sesuatu yang baik juga untuk insan-insan lain..

mungkin juga sering dilalui manusia,kadang-kadang mereka membenci ujian yang datang kepadanya.begitu besar impian dicipta,namun hanya kegagalan yang diterima..duhai sahabat..bukankah kamu telah meyakini bahawa Allah itu Tuhanmu??Dia juga yang menciptakanmu..

jadi apa lagi yang mengajar hati kamu untuk memebenci akan ketentuan dariNYA..
Aku bersyukur..walau dilihat pada diri yang hina ini..terlalu banyak kekuranngan..mungkin aku tidak memiliki apa yang mereka miliki..bukan harta seperti mereka yang kumiliki,bukan kekayaan seperti mereka yang kumiliki..namun hadiah terpenting untuk insan bernama anak masih aku miliki iaitu kasih dan sayang daripada kedua orang tuaku..ini sudah cukup untukku ya Allah..apalah sangat dibandingkan dengan amalanku yang kurang ini jika diminta mahu dikabulkan segala hajatku..

mungkin ia dirasakan baik untuk diri kita tapi sebenarnya Allah lebih mengetahui boleh jadi itulah sesuatu yang paling buruk untuk kita..


ajarlah hati..ajarkan hati kecil ini untuk sentiasa meredhai segala ketentuan dariNya..
semakin diuji,memang semakin sakit tapi yakinlah bahawa sakit itulah yang menjadi lambang bahawa dirimu telah diangkat darjatnya di sisi Allah..
Alhamdulillah..

berjalan tanpa henti..berharap itu tidak salah namun jangan dilupa bahawa hidup mati kita pun hanya dengan izinNya...

*Islah diri

Friday 13 March 2015

QAWANIN BAITUL MUSLIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..



Kitab Qawanin Baitul Muslim..
kupasan menarik daripada kitab ini yang banyak menyentuh isu-isu pembentukan keluarga muslim yang sempurna..kitab ini lebih menyentuh perkara-perkara penting yang perlu ada pada setiap individu muslim kerana setiap indivitu muslim itu adalah komponen terpenting bagi melahirkan sebuah keluarga yang terbaik mengikut cara Islam..
*sesuai untuk mereka yang nak bina baitul muslim mantap*_*

kadang-kadang ramai orang terlupa untuk menjaga setiap tanggungjawab masing-masing sebagai ahli keluarga..dalam kitab ini digariskan sebanyak 10 perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam sesebuah keluarga Muslim..

1.KEBERSIHAN DAN KESUCIAN

2.PENYUSUNAN DAN KEKEMASAN ATURAN DALAM RUMAH

3.MERENDAHKAN SUARA DAN MENYIMPAN RAHSIA

4.MENYUSUN JADUAL ILMU DAN IBADAH

5.EKONOMI DAN PENJIMATAN DALAM MEMBELI-BELAH

6.HUBUNGAN SESAMA MANUSIA;JIRAN

7.CAKNA TERHADAP KESIHATAN DAN RIADAH

8.PENJAGAAN RUMAHTANGGA DARIPADA PERKARA MUNGKAR DAN PENYELEWENGAN

9.MELAKUKAN IHSAN KEPADA JIRAN,MEMULIAKAN TETAMU,DAN MENJAGA SILATURRAHIM

10.MERAIKAN ADAB KELUAR DAN MASUK KE RUMAH

*Maaf atas susunan ayat yang kurang baik;translate daripada penerangan ustaz di tafakuh minggu lepas..mungkin ada terlepas pandang..



KUPASAN BAB 1: KEBERSIHAN DAN KESUCIAN

Sabda Rasulullah:

apakah perbezaan suci dan bersih..adakah semua benda yang suci itu bersih??dan adakah semua benda yang bersih itu suci??

sebagai contoh,alkohol adalah minuman yang bersih namun ia tidak termasuk dalam sesuatu benda yang suci mengikut syarak..jika dilihat di dalam sesebuah keluarga muslim..banyak perkara yang perlu dititikberatkan terutatama tentang kesucian

dan menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk sentiasa menjaga kebersihan luar dan dalam walaupun sekecil-kecil perkara..maka inilah yang membezakan kedudukan Muslim dan Kafir..

sehingga Nabi Muhammad ada bersabda,untuk mencapai kebersihan yang menyeluruh luar dan dalaman ,maka hendaklah Muslim itu menjaga kebersihan dirinya..


salah satu perkara penting yang perlu dijaga oleh orang Islam ialah kebersihan dan kesucian tempat ibadahnya..bahkan adalah lebih baik jika di dalam rumah itu dikhususkan tempat yang khas untuk solat untuk memastikan kesucian tempat beribadah itu sentiasa terpelihara,dan semestinya dapat memlihara khusyuk ketika beribadah..bayangkan tempat solat kita yang berbau dan berselerak dengan barang-barang permainan anak-anak,ditambah pula kesan-kesan makanan..maka inilah perkara-perkara yang menghalang kita untuk meperoleh ibadah yang sempurna..

Disentuh juga dalam kitab ini tentang kebersihan di kawasan rumah..seeloknya kita menyediakan tempat yang khas untuk membuang sampah dan tandas yang khusus 
*patutla orang dulu2 tandasnya di luar rumah..macam tandas dekat rumah aki..10 tahun lepas,time kecik-kecik kumpul di kampung..wajib berteman kalau nak ke tandas di rumah aki..hehe

Turut dititikberatkan kepada setiap muslim untuk memastikan kekemasan barang-barang yang ada di dalam rumah sentiasa tersusun rapi

apatah lagi sebagai seorang wanita..maka tidak dapat berpisah perempuan itu dengan kesucian..jadi sangat penting untuk kita muslimah sentiasa memlihara kebersihan dan juga kekemasan dalam rumah
*muhasabah diri..

ustaz kata,kita yang faham agama ni,belajar sana-sini..menyebar ilmu sana sini,tapi bila lihat isi rumahnya..hanya fitnah yang timbul..bayangkan bilik yang berserabai,dapur yang berlonggok-longgok sampah,waduh..sentap2..

dan kesimpulannya..mengapa digariskan bahawa perkara pertama dalam pembentukan baitul muslim yang sempurna itu diasaskan melalui penjagaan kebersihan dan kesucian ke atas setiap individu muslim??*fikir-fikirkan..


kerana kefahaman dan penjagaan kebersihan itulah asas atau dasar untuk melatih individu muslim membentuk peribadi-peribadi yang lebih baik..bagaimana diri yang kotor dan tidak suci dapat diterima ibadahnya?jika tidak diterima ibadahnya maka tidak diterima amalan-amalan kebaikan apatah lagi melahirkan individu-individu Muslim sejati..

namun,ingin kukongsi pesan ustaz,jangan sampai kesibukan kita berdakwah itu menjadi fitnah kepada diri kita sendiri sehingga mengabaikan kewajipan diri untuk menjaga dan memelihara "taharah" terutama dalam bab ibadah..

lepas ni jom sama-sama praktikkan bersama ahli-ahli keluarga..yang tiada ahli "baitul muslim",boleh sama-sama praktikkan bersama ahli-ahli rumah masing-masing..

*syukur Allah hadirkan housemate yang da banyak ajar diri "meingislah" kepentingan2 menjaga kebersihan dan kekemasan..nak2 kita ni "wanita"ehemm..:)

bab seterusnya insyaAllah akan bersambung di masa lain..sekian,terima kasih sudi membaca..mana yang terkurang harap dibetulkan..











Saturday 21 February 2015

segenih pun masalah!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"SEHINGGA ALLAH AKAN MENGAZAB ORANG MUNAFIK LELAKI DAN PEREMPUAN,ORANG MUSYRIK LELAKI DAN PEREMPUAN DAN ALLAH AKAN MENERIMA TAUBAT ORANG MUKMIN LELAKI DAN PEREMPUAN DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN,LAGI MAHA PENYAYANG".
AL-AHZAB-73

Belakangan ni,naik teksi je kita nak bayar 5le,dia nak 7le..kita nak bayar 6le,dia nak 7le,kita nak bayar 7le ,suka dia pulak nk 8le..aduss..pak cik teksi lagi kisahnya..hmm,hari ni membuatkan diriku mengimbau kenangan duit teksi ni dua tahun lepas semasa masih berulang-alik ke kuliah di Mowassa..
turun-turun dari teksi tanpa berlengah kuhulur sekeping not bernilai 5le namun di situ juga aku ditengking dan dia meminta tambahan sehingga menjadi 10le
(1 le= 50 sen)

dan disebabkan kesabaran yang hilang pantas aku berlari selepas mencampakkan baki yang masih dituntut oleh pak cik arab tersebut..dan sesampai di bilik maka berlakulah drama menagis meraung melalak kerana berang dan tidak berpuas hati dengan sikap pak cik tersebut..bukan kerana duit,cuma yang lebih memanaskan hati apabila diri terasa dizalimi,dia berlaku tidak adil.. dan segala ketidakpuasan hati mendidih-didih dalam hati..

tapi hari ini,setelah mengalami benda yang sama..
dengan mudah hati berbisik pada diri sendiri
"amboi,sedapnya kau pak cik..dahla,peduli jelah..banyak lagi benda lain yang aku nak fikir"
mudah!

mudahnya bila sabar itu menjadi kunci pada kemarahan..
aku bersyukur kerana di bumi mesir inilah aku belajar mebentuk hati menjadi "sejuk" dengan sikap orang-orangnya yang "panas"..ini bukan kutukan tapi kajian yang boleh diperhatikan dari sudut budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini yang memang agak "panas"..

perhatikan pada setiap dari kita,memang banyak masalah yang kadang-kadang membuatkan kita rasa terlalu terbeban..

ditanya soalan-soalan ubm pun dah celaru,tengok kawan-kawan naik pelamin pun dah kalut nak cari mana partner pelamin aku ni??
kui3..maf naa ni kalau terasa..

patutlah emakku pernah berpesan..jangan terlalu "memikir"..kadang-kadang sebab kita terlalu fikirkan masalah maka ia akan tetap menjadi masalah bahkan menjadi beban pula untuk ditanggung..sudahlah jalannya tiada penyelesaian..seperti kisah duit teksi ini,mungkin adalah lebih baik jika dua tahun lepas aku mampu berfikir sekadar
"argh,ambik la nak sangat!"walaupun marah tapi sekadar biasa-biasa itu lebih bik dari meletakkan ia sebagai bebanan kerana yang lagi meyusahkan apabila kawalan emosi yang tidak stabil itu akhirnya membentuk diri kita mejadi orang yang susah untuk bersabar,bahkan senang pula untuk mengeluh dengan masalah-masalah kecil..


dan semalam MTC telah berakhir,banyak yang dimuhasabahkan pada diri sendiri..melihat pada pimpinan-pimpinan seorang demi seorang..aku berfikir,mereka memikirkan masalah warga seiskandariah ini,masalah kebajikan,masalah pelajaran,masalah sosial ahli dan macam-macam lagi..semua itu masalah..tapi bagaimana akhirnya mereka telah meletakkan posisi/jawatan masing-masing dengan sebaik-baik pencapaian terbaik dari setiap AJKT..TERIMA KASIH KALIAN SEMUA!!
kadang-kadang kita yang di bawah ini suka melihat pada masalah namun bersyukurlah dengan bantuan-bantuan kerahan tenaga merekalah kita mampu menyelesaikan masalah-masalah yang pasti lebih besar dari masalah 'duit teksi" 

dan akhirnya,ingin kukongsi..mungkin juga kadang-kadang kita terlalu memikirkan yang kita sahaja mempunyai beban,seolah-olah kita sahaja yang memiliki masa untuk menyelesaikan hal kita..caknakah kita pada masyarakat di luar sana?yang sah-sah lagi bertimbun bebanannya..barangkali..huhu..

jangan membesar-besarkan perara kecil sehingga sekecil bebanan sudah tidak terdaya untuk diatasi..refleks!terutama pasna penggerak pena maya ini..
sekian..