background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Thursday 24 November 2011

NIKMAT??

Bismillahirrahmanirrahim...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
 "Sesiapa di antara kamu yang berasa aman dirinya,sihat tubuhnya
dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari itu, seakan-akan dia sudah diberi semua kenikmatan dunia."(Hadis Riwayat at-Tarmizi)


Alahmdulillah..pujian buat Allah tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..syukur kepadanya kerana kita diberi nikmat yang berbagai dariNya..tanpa kita sedar..semua yang ada di sekeliling kita merupakan nikmat yang sangat besar untuk setiap hambaNya..

antara nikmat terbesar yang kita miliki ialah memiliki kekayaan harta dunia..hakikatnya,,semua kita dianugerahkan nikmat kekayaan harta dunia..namun ada sesetengah insan yang begitu payah untuk mensyukuri nikmat kekayaan harta yang mereka miliki..sedangkan kita seawalnya mengetahui bahawa semua kekayaan harta itu adalah milik Allah dan itu semua adalah amanah untuk kita menngunakannya ke jalan yang Dia redhai..

bagi remaja2 di luar..kita seharusnya bersyukur kerana biarpun di usia semuda kita..kita telah dianugerahi pelbagai nikmat harta..apatah lagi di era permodenan ini..kita mampu menikmati pelbagai kemudahan teknologi..berbanding dengan dahulu,remaja2 dahulu tidaklah semewah kita yang mampu memiliki alat2 teknologi terkini..

apatah lagi nikmat makanan dan minuman..betapa beruntungnya kita berbanding insan2 di luar sana yang serba kekurangan..dengan nikmat makanan yang kita miliki..kita tidak pernah diberi kesempitan seperti insan2 lain yang terpaksa membanting tulang untuk mencari secebis rezeki demi sesuap nasi..

 inilah nikmat yang paling mudah untuk kita rasai...


namun..sekiranya Allah menarik semula nikmat kurniannya..barulah kita akan menyedari betapa indah dan besarnya keistimewaan nikmat kurniaan Allah itu..andai Allah menarik nikmat terbesar dalam diri setiap Muslim iaitu nikmat IMAN DAN ISLAM..nescaya akan rosak binasalah umat pada akhirat dengan kemurkaan Allah..Astaghfirullahalazim..semoga kita dijauhi dari kemurkaan Allah..


jadi..pengajarannya pada kisah kali ini..


1.KITA SEHARUSNYA MENSYUKURI SEMUA NIKMAT DIDUNIA INI YANG TELAH ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA TANPA SEDIKITPUN PERSAAN RAGU KEPADA KURNIAANNYA


2.REDHALAH DENGAN SEMUA KELEBIHAN YANG ALLAH ANUGERAHKAN DAN JANGANLAH KITA MEMPERSOALKAN SETIAP KEKURANGAN YANG ALLAH CIPTAKAN KERANA SETIAP DARI KITA TELAH DICIPTAKAN DENGAN KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MASING2...


insyaAllah..sama2 kita ambil iktibar dari perkongsian saya kali ini..semoga bertemu lagi kita di lain masa..sekian..

Monday 21 November 2011

cabaran medik

Bismillahirrahmanirrahim....

SCIENCE..MEDIC..DOCTORS...


alhamdulillah..selangkah demi selangkah..kita semua mengorak langkah mengharungi pelbagai rintangan demi rintangan untuk mencapai sebuah impian yang telah sekian lama diimpikan...begitu juga dengan saya...alhamdulillah..tahun ini merupakan tahun pertama saya menyelami arus perubatan..
namun,seperti kata orang,,medik ni bukanlah satu bidang yang mudah..betul ke???habis tu,macam mana ade orang jadi doktor..ramai pulak tu..mudah ke mereka menempuhi alam medik ?? terpaksa mengorbankan masa yang sangat panjang demi menggengam segulung ijazah dan segunung ilmu perubatan untuk merawat pesakit kelak???

so,jawapannya ,,btul la tu..memang tak dinafikan,,bidang medik bukanlah satu bidang yang mudah...huhuu..hmmmm...:(..ingin saya kongsikan pengalaman saya yang hanyalah diibaratkan seperti setapak sahaja melangkah ke alam perubatan ini...
walau baru di tahun satu...telah saya rasakan betapa besarnya cabaran dalam pengajian medik ini..
dulu terfikir jugak..kalau pmr,spm da boleh berjaya,,,takkan medik ni xboleh kan...mestilah kena kuat 
semangat macam dulu..huhuhu..
tapi..itu hanyalah pemikiran luaran...kalau diikutkan dalam hati ni..terdetik jugak perasaaan.."Ya Allah...mampukah aku menempuhi 6 tahun akan datang ni dengan cabaran yang berat ini Ya Allah..."
sebenarnya..bidang perubatan ni bukanlah satu bidang yang boleh diambil mudah..setiap masa sangat berharga apabila kita belajar..oowh..24 jam ni cukup ke untuk student medik ??




pergi lecture-study..balik umah-study..siang malam-study..

hakikatnya..bukan mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru..semakin banyak ilmu yang dituntut,,semakin besar dugaan yang akan kita tempuhi..tidak kiralah sama ada bidang perubatan ke..walhal..nak menuntut ilmu di dapur pun banyak cabarannya..kalau tak..tak dela orang masak nasi jadi bubur..hehehee..


tapi..kite kena ingat pepatah dahulu.."berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian..bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian"..dalam maknanya...


FAINNAMA`AL U`SRI YUSRA..
INNAMA`AL USRI YUSRA(94:5;6)
(maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Maka apabila engkau telah selesai(daripada sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain)

apa yang penting...KERJASAMA..hehe..teringat plak kat amir bulat..:P
rindu plak nk gaduh ngan adik..:P

ok,apa yang penting..walau setiap apa yang kita lakukan..kita mestilah ikhlas menerimanya,,
.kepada kawan2..bersabarlah dengan ujian yang 
deterima..banyakkan bertawakal kepadaNya..nasihat buat sy jugak..terimalah cabaran belajar itu dengan hati terbuka..tidak ada kejayaan tanpa usaha yang gigih..good luck for all of you..especially for medical students...amiiinnnn...








Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuaidengan kemampuannya.
Dia mendapat pahala(dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa(dari kejahatan)
yang dikerjakannnya..(Al-Baqarah:286)

mak ayah..doakan angah dipermudah dalam menuntut ilmu ea...:)


sekian..syukran untuk semua..:)


Saturday 5 November 2011

hikmah sambutan aidiladha..

Bismillahirrahamanirrahim...


 pada setiap tahun...jutaan umat islam di dunia ini mngunjungi Baitullah di kota Makkah untuk menunaikan tuntutan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan ibadat haji..
pada  10 Zulhijjah...seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aiadiladha...bermula di awal pagi..semua umat akan memenuhkan masjid2 untuk menunaikan solat sunat aidiladha...di samping itu..sembelihan binatang ternakan seperti unta,lembu, dan kambing turut diadakan..

Ibadah korban..
ia merupakan keistimewaan yang terdapat pada bulan Zulhijjah...bermula selepas khatib menyampaikan bacaan khutbah Aidiladha,,sehinggalah sebelum terbenam matahari 13 Zulhijjah..betapa besarny ganjaran bagi orang yang melakukan ibadah korban...
mengimbau kisah nabi Ibrahim  AS yang mendapat wahyu dari Allah untuk mengorbankan anaknya sendiri,nabi Ismail..

"maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia)berusaha bersama-sama denganny,(Ibrahim) berkata: "Wahai anakku!Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu..Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!"
Dia (Ismail) menjawab: "Wahai ayahku! Lakukan apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; dengan kehendak Allah, engkau akan mendapatiku termasuk orng yang sbar."
surah al-Saffat:ayat 102..

begitulah kisah disebalik pengorbanan nabi Ismail yang sentiasa taat kepada bapanya..
selain itu..pada 9 Zulhijjah..ia merupakan hari yang mulia di mana seluruh umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada hari tersebut bersempena hari Arafah..betapa besarnya ganjaran berpuasa di hari mulia ini..MasyaAllah..semoga Allah menerima amalan dan ibadat kita..aminnn..


SALAM AIDILADHA..:)


Wednesday 2 November 2011

pintu taubat sentiasa terbuka..:)

Bismillahirrahmanirrahim..

Katakanlah :'wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun, 
Lagi Maha Penyayang..
(surah AL-Zummar;ayat 53)


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...
Ya Allah,aku memohon kepadaMu,Kau ampunilah dosa2 ku Ya Allah...


tatkala bersendirian..hati kecil ini begitu mudah merintih
kesedihan..kesedihan akan dosa-dosa lalu..walau sekecil zarah,,namun kesilapan lalu masih tidak dapat membuat hati ini melupakannya...

lantas Allah Ya Rahman..tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..telah memberi sebanyak peluang kepada hambaNya untuk menginsafi dosa-dosa lalu..diberikannya ruang untuk hambaNya bertaubat..meninggalkan dosa-dosa lalu..dibukakannya pintu taubat kepada sesiapa sahaja untuk mereka memohon keampunan dariNya..selagi mana mereka membenci kesilapan lalu..

kerana manusia alpa..kealpaan membuatkan hati2 manusia begitu mudah lalai dalam mengingati Sang Pencipta..
namun..rahmat Allah sentiasa mengatasi KemurkaanYa..oleh itu sahabat..ayuhlah..walau sebesar mana dosa kita..walau sebesar mana kesilapan kita..kepada insan lain..dan terutamanya kepada Ya Rahman..marilah sama2 kita berusaha memohon keampunan dariNya..tidak ada tempat yang layak bagi hamba yang dimurkainYa melainkan sneraka kecuali bagi orang-orang yang bertaubat...


kambalilah kepadaNya..innallahamaana