background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Wednesday 30 May 2012

REDHA!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. 

''APABILA KITA REDHA ATAS SESUATU YANG MENGECEWAKAN HATI KITA..
MAKA PERCAYALAH ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KEKECEWAAN ITU DENGAN SESUATU YANG TIDAK DIJANGKA''

KUNFAYAKUN..

Benar sekali mutiara kata ini ..tiada kaitan dengan hati ini yang jarang sekali kecewa...namun ia cukup sekadar memberi peringatan bahawa hidup seorang hamba ini perlu REDHA dengan apa yang ALLAH MAHA BERKUASA telah tetapkan..mungkin kadang2 kita kecewa dan memikirkan:


mengapa kita tidak berjaya cemerlang seperti sahabat yang lain walau kita telah berusaha seperti mereka malah mungkin lebih dari itu usaha yang kita lakukan?

mengapa nasib kita tidak seperti mereka yang sentiasa bahagia di samping keluarga sedangkan kita sentiasa berhadapan dengan kesusahan untuk mencari rezeki walau sesuap nasi??

mengapa mereka dapat belajar ke tempat yang bagus; pengajian tinggu.sedangkan kita tidak langsung terpilih untuk meneruskan pelajaran di sana?

tetapi,pernahkah kita terfikir dengan nikmat yang Allah beri kepada kita namun tak dirasai oleh mereka pula..

mengapa Allah beri keamanan kepada negara kita tapi...mereka di Syria dan Palestin berkorban nyawa  dan berjuang untuk menegakkan kebenaran dan agama Allah,ISLAM..adakah kita mampu mengahadap kekejaman yang dirasai oleh mereka?

mengapa pula mereka: bayi2 yang dilahirkan itu dibuang merata-rata seperti sampah sedangkan kita telah diasuh dan dijaga bagai putera puteri oleh ibu bapa dengan sepenuh kasing-sayang?

mengapa kita tidak pernah mendapat segalanya???
ya,itulah persoalan yang bermain difikiran orang yang tidak bersyukur dengan nikmatnya..kita datang dariNya dan kita kembali kepadaNya jua...setiap yang Allah aturkan ini ada hikmah disebaliknya..kenapa??
kerana Allah adalah sebaik-baik perancang..cuma kita sebagai hamba..hamba yang hina ini..sentiasalah bermohon kepadaNya..kembalilah  menyembahNya..sentiasa menadah tangan memohon dan memohon agar Allah sentiasa mengasihi dan merahmati hambaNYA yang sentiasa mencariNya..bukan hamba yang sentiasa menjauh dariNya..kerana itu Allah mengajar hambaNYA agar tidak pernah kecewa dan berputus asa dengan dugaan dan ujian yang ditentukanNya... 


pedoman buat hati kecil ini..

wahai saudaraku..andai kecewa itu melukakan hatimu..maka sentiasalah engkau mendampingi hatimu dengan  kebaikan-kebaikan yang membawamu redha dengan penciptamu..
wallahua'lam..

pena hati untukmu saudaraku..



Saturday 19 May 2012

SELAMAT HARI LAHIR AYAH..:)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


AYAH..AYAH..dengar ni angah nak bagitaw..angah nak ucapkan selamat hari jadi untuk ayah..yang ke berapa ye???
yang ke 52..:)Alahamdulillah syukur pada Allah kerana masih diberi nikmat oleh Allah kepada angah kerana dikurniakan ayah untuk angah..

angah gembira sangat masa tulis kad ucapan kat atas ni sebab angah terbayang muka ayah je kat depan angah..angah rinduuu..;(..

AYAH
terima kasih ayah kerana telah mendidik angah menjadi seorang anak perempuan yang baik di hati ayah..*betul ke angah baik di hati ayah??hehe...

AYAH
terima kasih jugak sebab didik mak jadi seorang ibu yang sangat penyayang..sangat baik hati,dan sangat taat pada ayah..kita keluarga bahagiaaaaaa...<3

AYAH
doakan angah mampu hadapi masa depan nanti dengan sepenuh kekuatan..nak jadi macam ayah..ayah kuat!!!!

AYAH
angah tahu ayah mesti bangga dengan angah kan sebab angah tak lama lagi nak jadi doktor..impian ayah nak tengok angah berjaya..doakan semoga angah berjaya..

AYAH
angah takde hadiah mahal-mahal nak bagi ayah..tapi angah ade hati dan cinta untuk angah sayang ayah dan mak..ayah lelaki yang angah paling sayang kat dunia ni..*mak pun mesti cakap macam tukan.hahaha..akhir sekali..angah mintak maaf atas segala dosa-dosa yang pernah angah buat sejak dari kecik dulu sampai la da nak masuk 19 tahun ni..hehe...doakan angah dapat suami macam ayah..*walaupun tak hensem sangat tapi hati baik sangatttt...tapi ayah hensem sangat untuk angah..:)

SELAMAT HARI LAHIR AYAH..
ni ucapan ikhlas dari angah..bila ayah baca ni,ayah terus tengok gambar angah ye..hehe


sayang mak ayah.. 

 angah sayang mak..:)

Thursday 17 May 2012

NAK UPDATE jugak!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

aiisshh...pening betul kepala ni..tengah free2 nak update blog ni * freenya tengah2 cuti ni..time ni jugak la xde idea nk menge`post` something yang  berguna..tapi..ape boleh buat,,tangan yang menaip ni jugakla yang menulis..lepas tulis,kena buat ape???kena post jugakla kan ape yang ditulis ni untuk kamu semua baca..hehehe..


bila bukak fb je..kosong..bosankah fb ni??memang bosan kalau xde function bila tengok noti da kosong..bila tengok news feed da ulang benda sama...aduiii...
Astaghfirullah..sia-sianya..sia-sia ke andai kita melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat???ya,,memang sia-sia..sia-sia kerana telah memberi peluang kepada syaitan untuk memasuki ruang-ruang di hati ini dan ahkirnya mengajak kita melakukakn perkara yang lalai dari mengingati Allah..so, nak  buat ape ni??...

sambil menaip ni..duk jenguk-jenguk blog ustazah fatima syarha..wow..she's my idole..banyak yang dapat dipenuhkan dalam hati ni..da x kosong..itulah hebatnya ayat-ayat ustazah fatima syarha..yang paling terkesan di hati ini apabila membaca postnya berkenaan wanita: 
adakah wanita itu jahat???
mm,menarik tajuknya..Alhamdulillah da dapat sikit ilmu..sedarkan diri jugak supaya x lalai..huhh..xnak jadi wanita yang jahat.. so kalau nak jadi wanita yang x jahat..kena faham ayat ni betul2 :

"wanita Islam hendaklah kembali kepada zaman kegemilangan mereka yang mana mereka di angap anak perempuan yang terdidik, isteri yang solehah, ibu yang mulia, insan terpilih yang berkhidmat untuk agama dan umat. Dengan demikian wanita mendapat dua kebaikan iaitu beruntung di dunia da di akhirat..:)"
*copy paste from ustaza fatima syarha

p/s: balik  malaysia ni memang nak dapatkan jugak buku beliau : CINTA HIGH CLASS ..mai kita pakat2 beli dan baca sama2 ea..hehee..


rasanya entry ni ada jugakla bawak manfaat kepada antum semua kan walaupun sedikit sahaja pengisiannya..insyaAllah semoga entry akan datang dapat membawa manfaat yg berganda utk kita semua..ni mesti semata-mata sebab NAK UPDATE JUGAK!!!
so entry pun da jadi mengarut...


Wednesday 16 May 2012

BASKIN OF MOMENT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

"La yukminu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibba li nafsih"
Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

ayat ini begitu sinonim atau berkait rapat dengan sesuatu ikatan persahabatan dan nilai ukhuwahnya diterbitkan hanya semata-mata kerana Allah s.w.t..

kadang-kadang,disebalik kegusaran hati..ada secebis kekuatan datangnya dari hati-hati sahabat yang sentiasa ada di belakang untuk memberi kekutan kepada kita.. bersyukur padaMu Ya Allah..di sebalik kesusahan yang dihadapi ini,ada jiwa-jiwa yang tidak pernah lalai membawaku sentiasa dekat kepadaMu..merekalah insan-insan yang bernama SAHABAT atau TEMAN..

Andai Allah tidak menganugerahkan perasaan kasih kepada teman-teman..nescaya tidak sempurnalah iman seseorang itu..

satu kenangan yang ingin kuabadikan di sini adalah memori2 yang ditinggalkan kepadaku,datangnya daripada titipan insan-insan yang bernama TEMAN..







GARFIELD SAID: dear my beloved friends, i love you so muchhhh..:)..uhibbukum fillah..








a very priceless gift..*i like  the flowers very very much



*sapela "somebody" ni ye.thank you "somebody"...)

dan satu lagi hadiah yang pernah saya dapat dan tidak akan pernah saya lupakan ialah...jengjengjeng :


inilah sahabatku dunia akhirat..Alhamdulillah Allah telah menganugerahkanku insan mulia ini, NORAFARHANAH menjadi sahabtku dikala susah dan senang..walaupun jasad kami berada jauh di mata namun pastinya hati-hati kita sentiasa dekat untuk saling mengingati..

DEAR HANA : you are the best friend i have ever met..thank for being my friend..uhibbukifillah abadan abada

kepada kalian semua,marilah kita mengeratkan hubungan silaturrahim sesama teman agar halawatul ukhuwah dapat kita rasai..manisnya ukhuwah..:)...

sekian..


Friday 4 May 2012

CINTA`NYA` ATAU KASIH `MEREKA`

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

''Jangan sibuk mencari rusuk kiri ( isteri ) kalau syurga di bawah kaki ( ibu ) pun tidak boleh dihargai sebaiknya"..
_MIN SAHABATI_


wooow!!!!
pedas x ayat ni??siapa makan cili dia la yang akan terasa pedasnya kan..mm,saja saya ambik line ayat ni..nampak macam hott je kan untuk syabab2 kat luar sana..untuk akhawat2,pun apa kurangnya kan..
sebenarnya takde niat pun saya nak kaitkan pasal cari rusuk kiri..(baca = isteri)..n kalau tengok ayat ni..nampak macam persediaan untuk pemuda-pemudi ni nak mencari2 CINTA pun boleh jugak la..cinta???
saya budak-budak lagila..xtaw pun apa itu cinta???kwang2..sape budak-budak lagi jangan jangan jangan berkenalan cinta ni taw...sebab apa??sebab cinta ini untuk orang yang nak membawanya ke jalan yang diredhai Allah  iaitu PERKAHWINAN..haa,tengok tu,,apabila budak-budak berkata-kata..hehe..

ok,,tu mukaddimah je..@________@
fokus saya pada kali ini adalah berkaitan dengan ayat kedua tu : syurga di bawah tapak kaki ibu..saya tertarik sangat dengan ayat ni sebab mungkin ada setengah daripada remaja kat luar sana mungkin sibuk mencari cintanya sampai terlupa akan cinta hakiki yang Allah anugerahkan untuknya mencintai ibu bapanya sebagaimana  mereka mencintai dan menyayangi anak-anak..

teringat lagi pesan mak : 
"angah xpayah bercinta lagi la ye,bercinta dengan mak ayah je dulu"..
terharu sangat dengar ayat tu..walaupun mak sangat sporting,,tapi ketegasan mak sangat mendalam dalam ayat tu..angah pegang ayat tu mak..:)


mana ada ibu bapa yang nak tengok anak-anaknya x berjaya kn..macam tula juga denga ibu bapa kita.. bermula daripada mengandungkan kita,melahirkn kita dan membesarkan kita..memang tidak mampu rasanya kita untuk membalas jasa ibu bapa kita..jadi sebab itulah..peringatan untk diri dan kalian semua,,belajarlah untk menghargai dan membalas jasa ibu bapa masing-masing sebelum belajarnya kita untuk menghargai 'orang lain'..bukan apa,usia kita semakin lama semakin meningkat..begitu juga dengan ibu bapa kita..semakin lama,mereka semakin di mamah usia..

Bagi kawan-kawan yang masih belajar..mungkin ada di antara kita terpaksa berjauhan dengan ibu bapa demi mencari ilmu untk masa hadapan,,dan mungkin juga di antara kita telah lama kehilangan ibu bapa..hilangnya kasih untuk bermanja sepertimana kita yang sentiasa berpeluang untuk berbicara dengan mereka pada bila-bila masa sahaja..boleh anda bayangkan bagaimana rasanya hati mereka yang merintih kerana tiada lagi tempat bermanja..namun,itulah janji Allah
" KULLU NAFSIN ZAIQATUL MAUT"
TIAP-TIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI

cuma masanya saja masih belum tiba..
oleh itu,,gunakanlah kesempatan yang masih Allah berikan ini untuk kita mencintai ibu bapa kita sepertimana mereka mencintai kita..ingat..kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah tiada penghujungnya..dan diingatkan juga..janganlah sesekali kita menderhakai mereka..besar dosanya tida terhitung..nauzubillahiminzalik...

'Ya Allah,kukuhkanlah ikatan persaudaraan kami,jauhkanlah kami dari azab api neraka..aminnn"