background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Monday, 28 April 2014

keep calm and read this story:)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"APABILA KAMU BERTAWAKAL,BERTAWAKALLAH PADA ALLAH.SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG YANG BERTAWAKAL"

(3;159)






"ceritanya..sehari sebelum exam sepatutnya darurat (study week kena kurung dlm bilik) *ambe jela ..study week jgk xboleh mkn coklat (nanti fat membiak sebab xbergerak)

bila sampai tahap...xboleh bukak buku,bila baca kepala keluar "coklat".."coklat"....apa lagi..lari2 gi kedai seberang dapat la bekalan..

lain orang lain ragamnya..simptom exam..$$$$

bittaufiqwannajah!!"


itulah kisahnya..caption nak letak dalam instgram tapi tak jadi..takpelah letak dalam blog walaupun takde orang bace atleast 3/4 tahun lagi boleh jugak tuan tanah godek2 nak trobek..:)

rasa berubah-ubah hari ni,sekejap fokus sekejap lagha..tapi bila terfikir..kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga tidak mahu malah membekukan diri daripada kehidupan di luar yang sepatutnya di ambik cakna tak kiralah time exam ke tak exam ke..

kalau tidak silap,berita hari ni pasal hukuman gantung ke atas 600 lebih penduduk mesir yang menentang kudeta berlegar-legar di "newsfeed" facebook..
jika ia perkara yang sahih,moga Allah sentiasa melindungi mereka dan memberikan rahmat ke atas mereka dan matinya dalam shahidMu..aminnn...

exam and exam..maybe its too hard because every second every hour in your life,just thinking about study,about exam..but still..you still have to think about ummah..

berfikir!!..jika bukan kamu yang cuba berfikir demi kepentingan ummah,siapa lagi??

semoga Allah permudahkan urusan esok di medan perjuangan..amiinnn..

*mak ayah sebenarnya insan yang tersangat dirindui apabila tiba musim exam..
:(


Saturday, 26 April 2014

BISAKAH FUTUR??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



"Orang-orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah,supaya kamu mendapat rahmat.
(Al-Hujurat: 10)

dakwah??daie??mad'u??

FUTUR DAKWAH??

empat tahun lepas,saya langsung tidak mengenali apakah itu futur..bagaimana datangnya futur..semua itu tidak langsung menjadi sesuatu yang mengganggu benakku..

namun kini,alhamdulillah..setelah dicampakkan di bumi ardul kinanah ini,saya mula mempelajari apakah itu medan dakwah..dan paling kukenal..apakah medan dakwah yang terbaik buat diri setiap pelajar yang yang masih memegang status "MAHASISWI" sepertiku..

dengan kesibukan dan tanggungjawab sebagai pelajar yang tugasnya hari-hari ke kuliah(tak termasuk hari cuti),menambah dan mengumpul serta mengutip cebisan-cebisan ilmu untuk perbaiki diri..ditambah pula dengan tanggungjawab untuk membimbing dan "mentarbiyah" adik-adik yang diamanahkan untuk saya membantu menjaga mereka bukan sahaja dari segi jasmani malah paling penting dari segi rohani mereka agar sentiasa berada di jalanNya..

mentarbiyah??ya tarbiyah..apa cukup dan banyak sangat kah ilmu CIK AZIFAH tu sampai dah boleh tarbiyah orang??hmm..fikir..dan fikir..ya anda benar..siapa pun sebenarnya tidak pernah cukup ilmunya sehingga dia mampu mentarbiyah orang..namun,dalam mereka mentarbiyah orang lain..paling besarnya manfaat untuk mereka adalah mereka juga TIDAK TERKECUALI daripada menerima tarbiyah untuk diri sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung..

dan alhamdulillah pengalaman diriku yang kerdil ini memegang usrah di bumi kinanah ini tidak mejadi satu beban malah telah menjadi satu sumber kekuatan untuk saya sentiasa menjaga dan cuba meletakkan diri di tempat yang selayaknya seorang muslimah yang mengamalkan ajaran Islam pada jalan yang benar..moga-moga Allah memepermudahkan..aminn..

dahulu kala sebelum mengenali adik-adik usrahku..terdetik sekali perkara pertama yang bermain di mindaku..

"KALAU MEREKA TAK HADIR KE USRAH NANTI BAGAIMANA??"

FUTURKAH AKU DENGAN BEBAN INI SUATU HARI NANTI??

jawapan yang mungkin berlegar diminda saya sekiranya mereka tidak berada di sekelilingku..namun alhamdulillah..Allah telah menganugerahkan diri ini adik-adik kesayangan yang sentiasa bersama dan memberi kekuatan untukku menggerakan usrah kami bersama-sama..

pernah saya terbaca petikan dari kisah ASIAH YUSRA sebagai watak utama dalam novel Tautan hati karya Ustazah Fatima Syarha yang di situ terselitnya pengajaran dan kisah serta ujian yang dialami oleh asiah yusra sebagai daei kepada mad'u2nya..

dan tidak dilupa juga yang diri ini juga masih bergelar mad'u kepada daeiku..semoga apa yang mampu diberi daripada diri ini terselit juga sedikit "tarbiyah" buat adik-adik usrahku aka adik-adik minionku..hehe..

sesungguhnya hati itu tidak mampu kamu pegang bahkan mengikatnya melainkan Allah yang mempersatukan hati-hati kita dengan kasih-sayang dan rahmantNYA..terima kasih buat adik-adikku yang sentiasa ada dan membantuku dalam menggerakkan roda untuk sama-sama kita mencari redhaNya..alhadulillah..

kesimpulannya
"untuk menyampaikan dakwah hatta sepatah ayat itu adalah wajib ke atas kita bilamana terlafaznya kalimah lailahaillallah "tiada tuhan selain ALLAH atas setiap daripada kamu"

moga terus thabat di jalanNYA 
tiada futur,tiada sungkur!!!

buat adik-adik kesayangan..terus kuat dan tetap di jalan yang ALLAH redhai..ada rezeki bertemu lagi hati-hati kita..




*sory gambar kak izy tak ada dalam ni(life kelmarin)..


Saturday, 19 April 2014

SMHAJJ 180414 ;Kenangan warga stanza mahabbah:)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"DAN INGATLAH KETIKA NABI IBRAHIM BERDOA : "YA TUHANKU,JADIKAN NEGERI INI NEGERI YANG AMAN SENTOSA,DAN BERIKANLAH REZEKI DARI BUAH-BUAHAN KEPADA PENDUDUKNYA YANG BERIMAN DI ANTARA MEREKA KEPADA ALLAH DAN HARI KEMUDIAN. ALLAH BERFIRMAN " DAN KEPADA ORANG YANG KAFIR PUN AKU BERI KESENAGAN YANG SEMENTARA,KEMUDIAN AKU PAKSA IA MENJALANI SEKSA NERAKA DAN ITULAH SEBURUK-BURUK TEMPAT KEMBALI"
(2;126)




alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

selesai dan berakhirlah program yang dianjurkan oleh rakan huffaz stanzah mahabbah untuk sesi kali ini yang bertemakan HAJI DAN UMRAH..seperti tahun lepas yang bertemakan amali sembelihan,pembawaan kali ini lebih menarik di mana amali haji dan umrah telah berjaya dipraktikkan dalam diri semua pelajar2 tahun 3 perubatan dan pergigian dengan banyaknya ilmu-ilmu baru berkenaan haji yang diperoleh pada hari tersebut..


warga ajk RH telah berkumpul di tempat kejadian seawal jam 9 pagi untuk menguruskan persiapan tempat dengan menyediakan tempat membakar bbq,menghampar tikar untuk peserta,membuat replika kaabah dan sebagainya..

selesai solat jumaat slot 1 bermula dengan jayanya,teori yang disampaikan oleh ustaz berdasarkan pengalamannya baru-baru ini yang pulang dari menziarahi baitullah makkah al-mukarramah telah menggamit semangat pelajar2 untuk menunaikan haji..

teori yang disampaikan oleh ustaz



selesai sesi teori,program disambung dengan sesi kedua iaitu slot amali


istana raja faruk,raja terakhir di alexandria..

selesai slot amali,kami berhenti untuk menunaikan solat asar dan menyambung slot terakhir untuk penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada ustaz dan ustazah..dan akhir sekali tidak dilupa,sesi bergambar bersama semua pelajar2 yang hadir..:)

sebelum pulang,apa lagi..kite bergambor dulu..sebab masa ni musim bunga da tiba,so banyak sangat bunga2 yang tersangatlah cantik..dapat pulak dekat den yang 'flower lover" gituu..subhanallah cantik sangat bunga2 dalam taman di istana raja faruk ni..










semoga dapat berjumpa lagi untuk program akan datang bersama rakan huffaz..terima kasih sahabat-sahabt atas sokongan,terima kasih rakan huffaz!!

*************

bersedia untuk meneroka GIT untuk cuti percuma dua hari ni:P








Tuesday, 8 April 2014

hakikat bahagia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

BAHAGIA ITU..



bukan semua yang mereka nikmati mampu kunikmati..namun bukan semua yang kunikmati itu menjadi nikmat bagi orang lain..itulah adilNya Tuhan,Alllah yang Esa..

kadang-kadang,rasa diri terlalu jauh dengan kehidupan orang lain..mereka punyai apa yang aku harapkan..sebuah keindahan hidup yang belum tentu pasti kumiliki..

kadang-kadang,rasa jauh di sudut hati..adakah ini takdir atau bencana buatku atas segala dosa-dosa yang kulakukan terdahulu..

namun..kerana kudambakan bahagia..hanya dariNya kumemohon..di segenap hidupku..moga diriku berjaya menggapai impian yang kuharapkan..kerana bahagia itu sentiasa Allah ciptakan untuk hambaNya..cuma sejauh mana hambaNya berusaha mencapai bahagianya dalam hidup adalah bergantung pada sejauh mana dia berusaha untuk mendapatkan bahagia itu..

mungkin mereka derita kerana sakit,aku di sini alhamdulillah sihat seadanya..

mungkin mereka derita kesempitan hidup,aku disini masih mampu menyuap makanan yang enak-enak,..alhamdulillah..

mungkin mereka derita kesempitan waktu,aku pula masih punyai waktu bahkan masih mampu mencoret nukilan di blog kesayangan ini..syukur...

mungkin mereka derita kehilangan insan2 tersayang  di sisi ,aku pula masih bahagia punyai mak ayah adik beradik yang sentiasa bersama walau susah dan senang..alhamdulillah..


dan paling kugenggam harapan ketika ini adalah..

moga Allah memudahkan urusan hambaMU ini untuk menjadi seorang 'perawat' rohani dan jasmani agar sentiasa mendekatiMu..aminnn..

doakan diriku yang lemah ini wahai sahabat-sahabat..:)..

pakar kanak-kanak,insyaALLAH!!!!!



BECAUSE I LOVE YOU BABIES!!!