background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Thursday 26 January 2012

MATI ITU PASTI..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
(SURAH ALI-'IMRAN:185)

Sesungguhnya tiap-tiap yg bernyawa itu telah ditentukan oleh ALLAH akan kematiannya..tiada siapa di antara kita yang akan mengetahui bilakah datangnya ajal kita..tanpa sedikit pun kita boleh menolaknya kerana hanya Allah yang akan menentukan dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-sebaik perancang..


kerana yang paling dekat dengan kita adalah MATI..orang yang paling bijak di antara kita adalah orang yang sentiasa mengingati mati.




 tiada apa bekalan yang terbaik untuk kita bawa ke yaumil akhir melainkan sebanyak-banyak amal ibadah kita kepada Allahhurabbuna..


dan tidaklah harta dan tahkta mahupunn pangkat yang menjadi kenderaan untuk membawa kita ke sana dengan menggantikan amal ibadat yang telah menjadi kewajipan kepada setiap hamba MUSLIM selagi mana dia telah bersumpah untuk mentaati perintah Allah sejak di alam roh..


Oleh itu..sebagai peringatan untuk diri dan saudara.sentiasalah kita bersiap sedia dengan meningkatkan amal ibadat kita untuk bertemu denganNya kelak..dan sentiasalah berdoa kepadaNya agar segala amlan kita sentiasa dikhlaskan semata-mata keranaNya...LILLAHITAALA..dan diterima setiap amalan kita walau sekecil zarah amalan itu..amiin..


kerana sesungguhnya MATI ITU PASTI BAGI TIAP-TIAP YANG BERNYAWA..WALLAHUA'LAM..



*Sayu di hati apabila mendengar berita pemergian bapa saudara di tnh air..sentiasa rohNya sentiasa dicucuri rahmat..ALFATIHAH..





Monday 16 January 2012

LIBRARY...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

KETIKA CINTA BERTASBIH...
antara movie yang paling saya suka tengok..rugi sape x tengok..:P
teringat mase tengok cerita ni,,setting tempat dia memang menarik..sebab mereka berlakon di mesir;ALEXANDRIA and EGYPT..and satu tempat yang saya tertarik sekali ialah LIBRARY BESAR di alexandria ni...sungguh..walaupon da hampir 4 bulan di sini..saya x pernah lg berpeluang masuk ke dalam library ni..*padahal nampak hari2 masa nak gi kelas..:).. 

memang satu tarikan bagi alexandria kerana mempunyai library yang begitu unik..
salah satu tarikan pelancong di sini..
adalah satu hari tu saya meronda-ronda makan angin di depan kawasan library ni..waahhhh...memang cantik..
orang pun memang ramai..mungkin di dalamnya terdapat plbagai tarikan kepada orang rmai untuk mengunjunginya..dari segi binaanny,pemandangannya,struktur binaaannya..
subhanallah..memang tak terkata cantikny..
insyaAllah..jika berpeluang..saya akan melihat keindahan di dalam library ini pula..

nak tengok gambar library ini????




PANDANGAN HADAPAN LIBRARY..


JEJANTAS YANG CANTIK...

ALEXANDER THE GREAT..:)




Friday 13 January 2012

about winter season..:D

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

 ''KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, DAN MEREKA PULA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN SERTA BERPESAN-PESAN DENGAN SABAR"
(AL-'ASR:3)

sekali lagi saya tercari-cari masa yang mengizinkan untuk saya mencoret sedikit perkongsian 
di dalam blog yang saya sayangi ini..:)

kali ini bukan lah ruang untuk saya mengisikan isi2 makanan untuk rohani kita tetapi ingin saya tambahkan lagi pengalaman saya sepanjang keberadaan saya di bumi anbiya ini...

Alhamdulillah inilah kali pertama saya dapat merasai suasana baru yang mungkin tidak akan pernah berlaku di bumi tanah air yang tersayang,malaysia yang tercinta..
NEGARAKU...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU....

dengan keadaan cuaca yang begitu berbeza dengan kebiasaan..ia merupakan satu ujian kepada saya dan rakan-rakan di sini.. Diuji pula dengan sakit demam,batuk,selesema dan sebagainya...mungkin inilah yang akan menjadi kenangan pahit manis kepada saya pada masa akan datang..insyaAllah..

satu pengalaman yang memang seronok: apabila pagi-pagi kami ke kuliah di universiti..tiba-tiba kepulan asap yang putih menggebu keluar dari mulut-mulut kami..heheehee...saje je citer..:)walaupon nampak macam teruja sangat..haha...it's ok for sharing right...itulah maknanya suhu kat sini memang rendah walaupun tidak la ada salji..:)

and still sharing about my study..
macam baisalah..kalau dinamakan sutdent medik..boleh ke berfikiran medik itu SUSAH??
ya,jawapannya,,mana ada belajar senang kn??so,tepuk dada tanyalah iman..heehe..
insyaAllah diri ini masih sentiasa berdoa agar tempoh yang  termaktub ini dibawa pergi bersama masa dengan pantas tanpa kita sedari...jadi kepada bakal-bakal medical student,,selamat berjuang bersama-sama..:)

baru saya teringat..kali ini merupakan peluang kepada adik-adik junior pula menunggu giliran untuk menyambung pelajaran mereka..seperti kami dahulu kala..menunggu dan menunggu dan akhirnya peluang ke sini telah tercapai..so,kepada adik-adik yang akan menyambung pelajaran ke menara gading..selamat berjaya..impian ke bumi anbiya??aminn..
EGYPT ALWAYS WAITING FOR US...:D

sharing with you:












sekian..<3..lots of love:azifah..:)

Thursday 5 January 2012

azam baru jugak??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

''Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat''
(surah Al-A'raf:204)

Alhamdulillah..18 tahun sudah diri ini menikmati kurniaan Ilahi yang tidak terhitung banyaknya..dari sekecil-kecil nikmat yang kadang-kadang tidak kita sedari bahawa itu adalah nikmat yang besar hikmahnya
 kepada kita..
jangan kita lupa nikmat terbesar kita sebagai MUSLIM 
di muka bumi ini..iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..

alhamdulillah kita telah dilahirkan sebagai MUSLIM..dan mndapat nikmat ISLAM dan IMAN dengan aliran MUSLIM yang kita nikmati..
semoga thun baru ini..kita semua dapat memperbaharui niat dan azam kita..menjadi hamba yang lebih menghargai nikmatNya..memperbaiki kelemahan diri,menginsafi kesilapan-kesilapan lalu...

azam saya:6 hari di bulan januari 2012..hehe..

JADI ANAK YANG SOLEHAH

JADI TEMAN YANG SOLEHAH..


JADI WANITA YANG SOLEHAH..

JADI ISTERI YANG SOLEHAH..
insyaAllah lambat lg..bukan sekarang,bukan tahun ni ok..:)

JADI IBU YANG SOLEHAH..
saya nak jadi macam ibu saya..the great mother for me..love u mom..thank u Allah for giving me my beautiful mother ..

dan yang paling penting..for 6 years to go..

Doktor muslimah yang bukan sahaja dapat merawat penyakit fizikal malah mampu merawat penyakit rohani mereka..amiiinnn...semoga Allah merahmati kita..

harap kamu semua pasang niat baru macam ni juga ye..ingat..solehah di pandanganNYA..

''Dan orang yang berjihad untuk(mencari keredhaan)Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik''
surah Al-'Ankabut: 69)

*dapat idea post pasal ni lepas wish birthday kawan saya yang sangat comel dan baik hati..: HAPPY BIRTHDAY NAJAH..HEHEE..
kekanakticerfauziahyenajah..hehe