background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Saturday 14 March 2015

layakkah aku?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


banyaknya Dia mengajar aku..daripada sesuatu yang kosong sehingga mampu menambah ruang2 kosong ini..kerana pengalaman itulah yang mengajar diri ini..

kadang-kadang,jiwa mungkin memberontak kerana merasakan setiap yang diinginkan itu perlu dijadikan sebuah kejayaan..namun mungkin hati lupa.
dalam setiap apapun yang dirancang,telah wujud Sang Pencipta yang telah merancang sesuatu yang terbaik untuk setiap hambaNya..

AJAIB BUKAN??
dalam setiap ketentuanNya,walaupun tiada satu pun insan yang mengetahui bahkan syaitan dan juga malaikat pun tidak mampu menembusi,Allah telah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya bahkan menjadi sesuatu yang baik juga untuk insan-insan lain..

mungkin juga sering dilalui manusia,kadang-kadang mereka membenci ujian yang datang kepadanya.begitu besar impian dicipta,namun hanya kegagalan yang diterima..duhai sahabat..bukankah kamu telah meyakini bahawa Allah itu Tuhanmu??Dia juga yang menciptakanmu..

jadi apa lagi yang mengajar hati kamu untuk memebenci akan ketentuan dariNYA..
Aku bersyukur..walau dilihat pada diri yang hina ini..terlalu banyak kekuranngan..mungkin aku tidak memiliki apa yang mereka miliki..bukan harta seperti mereka yang kumiliki,bukan kekayaan seperti mereka yang kumiliki..namun hadiah terpenting untuk insan bernama anak masih aku miliki iaitu kasih dan sayang daripada kedua orang tuaku..ini sudah cukup untukku ya Allah..apalah sangat dibandingkan dengan amalanku yang kurang ini jika diminta mahu dikabulkan segala hajatku..

mungkin ia dirasakan baik untuk diri kita tapi sebenarnya Allah lebih mengetahui boleh jadi itulah sesuatu yang paling buruk untuk kita..


ajarlah hati..ajarkan hati kecil ini untuk sentiasa meredhai segala ketentuan dariNya..
semakin diuji,memang semakin sakit tapi yakinlah bahawa sakit itulah yang menjadi lambang bahawa dirimu telah diangkat darjatnya di sisi Allah..
Alhamdulillah..

berjalan tanpa henti..berharap itu tidak salah namun jangan dilupa bahawa hidup mati kita pun hanya dengan izinNya...

*Islah diri

No comments :

Post a Comment