background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Monday 16 June 2014

tak kenal namun sayang


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

PENAKU BERGERAK DI BAYANGAN YANG NYATA
MENGUKIR KISAH SUKA DAN DUKA
PAHIT MANIT KUHADAM UNTUK DIRASA
INI TEMPATKU MENUKIL RASA
BUKAN SIMPATI KUHARAPKAN DARIMU
APATAH LAGI PERHATIAN YANG TIDAK KUJEMPUT
CUKUPLAH SEKADAR MENGAMBIL IKTIBAR
UNTUK KITA SAMA MERASA
SAMA BERFIKIR
DAN SAMA BERMOHON
AGAR SEGALA KISAH NUKILAN
MENJADI PEDOMAN DI MASA DATANG




"Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa,lagi Maha Pengampun."
(al-Mulk:2)

Dibawakan khas..topik malam ini..*release mood sikit lepas perah otak exam health care tadi..
actually,saya terjumpa gambar ni dari facebook,ade orang share tadi..

taw dah nak cakap pasal ape kan..heehe..tu gambar hiasan je..

sebenarnya..alkisahnya...

mari bercerita soal "jodoh" kita yang pasti sangat-sangat dengannya cuma masa sahaja masih Allah simpankan bilakah bertemu dengannya..iaitu M A T I..

kisahnya semalam..sewaktu tangan dan otak ligat membelek nota health care sebelum isyak..datang housemate mengetuk pintu..
"zifah,ummi dah takde.."

terdiamm..kaku..innalillahiwainnailahirajiun..

sungguh memang benar saya langsung tidak mengenalinya..meski di bawah satu bumi Iskandariah..namun tidak pernah kukenalinya..namun mendengar sahaja berita itu,saya pasti ramai yang terdiam sebak dan pilu sekali walaupun tidak mengenalinya..masyaAllah hebatnya kasih-sayang Allah..

teringat sekali sahaja pertemuan tidak dirancang 1 minggu sebelum pemergian almarhumah..saya menemani kak didi untuk mengambil blood pack dan blood samplenya di hospital Miri..walaupun masih dalam fatrah imtihan,tapi hati tiba-tiba tergerak untuk menemani kak Didi ke hospital..

sampai sahaja ke hospital,kami terus ke bahagian unit rawatan rapi,pertama kali masuk ICU,tett tettt tett bunyi machine di setiap kepala katil..saya mengambil peluang meronda-ronda di setiap katil sebab rasa tertarik nak melihat keadaan pesakit-pesakit yang kebanyakannya sedang "ditidurkan" bersama ventilator di mulutnya untuk memudahkan pernafasan..

sampai di katil kak Didi yang ketika itu sedang berbincang dengan wakil nurse,saya datang menghampiri katil yang diduduki seorang pesakit perempuan yang sedang tidur..
"kak Didi,ni anak orang arab ye??"

"eh tula Ummi.."

"eh..yeke..(terdiam sekejap sebab malu kenapa cakap camtu,nampak sangat tak kenal).."

terus bertanya pada kak Didi adakah dia dengar kita cakap takut-takut dia dengar pertanyaanku tadi..lega sangat bila kak Didi cakap doktor dah bagi sedation pada patient dalam ICU sebab nak banyakkan rehat..patutlah semua tidur..

sambil ke depan,ke belakang..ku lihat tenang sekali dia tertidur lena..kuatnya dia..detik hatiku..sambil melihat keadaannya yang penuh wayar-wayar..rasa tak tertahan bila diri sendiri yang berkeadaan sepertinya..adakah aku mampu???

setelah itu saya dan kak Didi bergerak keluar dari hospital Miri menuju ke hospital Nariman untuk menguruskan pengesahan utk salah seorang dari sahabat mangsa juga yang baru discharged dari ward di hospital Nariman..

namun selepas itu..tidak lagi kudengari berita tentangnya..mungkin kerana tidak mengenalinya.namun di saat berita pemergiannya menyapa seluruh alam di Iskandariah mahupun di Malaysia..saya dapat merasakan semua hati-hati yang mengetahuinya sedang terkejut dan berduka hati..walaupun tidak mengenalinyaa..

alhamdulillah..walau tidak mengenalinya,namun Allah telah menitipkan rasa sayang kepadanya sehingga jiwa-jiwa kita sangat merasai kehilangannya..dan paling besar hikmahnya bilamana semua antara kita pasti mengingati semula hakikat hidup yang berakhir dengan mati
"Allah,jika aku di tempatnya..apakah aku benar-benar bersedia untuk dicabut nyawaku dalam keadaan sebegini??"

"adakah aku yakin masih boleh bersuka ria sedangkan matiku bila-bila sahaja datangnya tanpa dijangka??"

sesungguhnya kematian itu adalah satu peringatan terbesar untuk kita hamba-hambaNya yang masih hidup di muka bumi ini..andai ada terkurang,terlalai,terleka..marilah sama-sama kita kembali kepadaNya..semoga kematian kita suatu hari nanti datang ketika mana jasad dan amalan kita benar-benar bersedia menghadapNya..

buat sahabatku Ummi,semoga dikau tenang di sana..semoga Allah menjagamua di sana..Al-fatihah..


*pasal poster atas sekali tu,bukan gimik..memang nak cakap topik tu tiba2 topik jodoh dengan "mati" lagi menyentap hati..nanti insyaAllah patik sambung tajuk hot tu bila rajin2 na..

salam syaaban..



Friday 6 June 2014

because iloveufillah ukhti

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


dari mata hati kita mengambil ibrah..

hari pertama: " siapa tunjuk dia nangis dekat nani kita cekik" dia(xsure betul ke tak cekik tu sebab da sobbs2)..ok tak nangis,gelak sikit depan nani..

hari kedua : sepanjang hari dari pagi sampai ke malam sampai da nak habis waktu melawat,nani tak berhenti melayan tetamu,kurang lenanya,banyak senyumnya,banyak juga bicaranya..

hari terakhir di bilik 303: nani rehat banyak dari malam sampai lepas subuh,tenang tengok nani malam2 tak terjaga cuma ada dengar nani cakap "akhowat SM nak ambik gambar dengan nani"..haha sory nani saya taw nani xsedar nani cakap apa,,krik3..dan2 akhowat SM,hehe.(dah sembuh nanti boleh claim ):P

"nani,nani taw tak da tiga hari duduk sini macam tak percaya secepat ini nani da sembuh..da nampak muka nani yang sebenar..sebab saya perasan dah tiga hari tak pernah nampak nani termenung teringat "peristiwa hitam"..tak menangis sorang-sorang..kuatnya hamba Allah ni.."

walaupun nani jauh dari keluarga tapi nani ada ramaiiiiii sangat sahabat-sahabat yang ziarah nani sampai makanan dah boleh buat stok setahun..hihi

"walaupun hari pertama sangat sakit tapi masa tu ramai sangat orang dan orang tak henti-henti datang semua senyum,malulah nani yang sorang ni nak sedih.."-ukhti kuat

satu rahsia dari pemerhati buta..tidak kira sakit selemah mana pun,hubungan dengan Allah jangan sekali dilupa,solat dalam sakit pun ada rukhsohnya..jangan sesekali menjadikan alasan lemah itu membuatkan kita meninggalkan solat..orang sakit pun mampu solat..tak boleh duduk baring,tak boleh baring cukuplah dengan isyarat mata,begitu juga dengan wuduk,ada kemudahannya..dan penting juga tak pernah tolak ubat walaupun dah hancur-hancur rasa pahit kalah hempedu..dan percaya juga ubat itu hanya asbab namun Allah juga pemberi kesembuhan.."jangan makan lagi ubat,baca doa yang dalam buku tu dulu sebelum makan"..antara yang utama juga ialah sokongan psikologi,jika hati dan emosi kita kuat,peyakit yang sakit tu pun boleh dikalahkan oleh semangat dalaman dalam tubuh kita..

kami bangga dengan nani..moga siti di sana juga sekuat nani,xberkesempatan lagi ziarah siti..insyaAllah lepas kami exam kita jumpa ya siti....tak sabar nak tengok nani cepat-cepat sembuh dan cepat-cepat happy lagi macam hari-hari biasa..

*aimi,malam ni saya nk buat ala2 sweet dgn nani,nani tengah tidur dia pegang tangan saya..heee..terima kasih nani sebab sudi menghadap muka ni,esok dah boleh keluar ramai2 ziarah nani dekat rumah ye..

be strong nani..
"bersahabatlah kerana Allah dan bukan semata-mata hanya untuk kepentingan sendiri,nescaya Allah akan mengikat erat ukhuwwah ini"
Allah takdirkan "ia" hanya sebagai asbab untuk saling mendekatkan hati-hati kita,bukan kerana "sesuatu" tetapi kerana Dia

tidak dilupa kepada Aemi Shukri yang setiap malam menemani sahabat,terima kasih sebab jagakan nani..

terima kasih jugak doakan exam kami esok..nani kata jangan risau,exam esok mesti senang!!aminnnnnn..

Monday 2 June 2014

mintalah dengan doa!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


cepatnya masa berlalu,macam tak percaya esok merupakan hari terakhir kelas untuk sesi semester 6..dan makanya esok jugalah bermulanya masa untuk berjuang dengan sekeras-kerasnya sebelum menghadapi final exam..

sebulan dari sekarang,patik akn pulang ke tanah air tercinta..rasa macam tak sabar sangat-sangat sebab dalam kepala dah terbayang-bayang mak ayah,makanan sedap-sedap,rumah tercinta..alahai..banyaknya benda nak berangan...tapi bila ingat pesan mak..
"belajar betul-betul sebelum balik ni,tiket tu tak lari ke mana,fokus betul-betul jngan teringat balik je.."haiyyakk..tak jadi berangan..hehee

dan sebulan dari sekarang juga(tak sampai sebulan sebenarnya),kita seluruh umat Islam akan sama-sama menyambut ketibaan Ramadhan..tak percaya rasanya baru je lagi puasa sama-sama dengan parents tahun lepas,alih-alih dah puasa lagi..ya Allah,sampaikanlah kami dengan Ramdahan kali ini..aminnnnn

dan paling menakutkan sebenarnya..bulan ini juga adalah bulan peperiksaan untuk final exam for this semester..hanya Allah tahu betapa cuaknya hati ini..tapi satu senjata kekuatan ialah jangan pernah putus berdoa..jika kamu mahukan sesuatu dariNya maka mintalah denganNya..melalui???doa-doa yag sungguh-sungguh..aminnnn...

moga Allah permudahkan urusan sebulan ini dengan kebaikan-kebaikan yang tidak sia-sia..aminnn