background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Sunday, 24 June 2012

AURAT LAGI??

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

" Wahai orang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia (syaitan) akan menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (daripada perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya,tpi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(SURAH AL-NUR: 21)


sebut wanita je aurat..sebut aurat je wanita..ya..begitulah sinonimnya wanita dengan aurat..sebelum tu,baca kisah saya dulu :): 
Alahamdulillah hampir setahun di bumi anbiya ini, semakin bertambah permata-permata yang memberi sinar kebaikan dalam hati ini,semakin dekat hati ini kepadaNya..dengan biahnya yang terjaga,ikhtilat yang terpelihara,apatah lagi dengan AURAT..tanpa sedar,semua itu berubah..Alhamdulillah Allah memberi hidayahNya kepada hati ini untuk menerima dan mengamalkan perintahNya..

kisah kalian pula bagaimana pula ya??insyaAllah kita semua berada dalam kisah yang sama untuk meraih cinta yang sama dariNya..sweetnya kan..:)

tapi bagaimana pula dengan mereka yang belum merasakan kemanisan menjadi muslimah atau muslim yang sempurna itu..jika bicara pasal aurat,adakah hanya terdetik di hati kecil mereka : aurat lagi???,,hhmm.mungkin benar..mungkin itu tidak asing dari pemikiran mereka..persoalannya,salahkah mereka???
andai saya tidak berada di MESIR,adakah saya bersalah kerana di MALAYSIA saya mungkin tidak menerima mutiara-mutiara sebagaimana kisah saya di Mesir..pada pandagan saya,hanya satu sahaja prinsip yang saya tetapkan..
"Kalau sempurna ibadat kita,maka sempurnalah hati kita untuk menerima segala perintahNya,kalau tidak sempurna keperibadian kita,mungkin kerana ibadat kitalah yang perlu diperbaiki.." 
setuju???terpulang kepada yang menilai..:)

tentang aurat yang masih belum sempurna,apakah mereka itu terus membiarkan aurat mereka sehingga terus dinodai dosa?terdetik juga dalam hati ni 
"aku dah dapat peluang untuk jadi labih baik,tapi bagaimana pula dengan mereka yang berada disekelilingku,mereka yang aku sayang??sanggupkah aku membiarkan mereka sedangkan aku sudah terpelihara??
oh tidak!!tidak sekali -kali..itulah peranan berdakwah..sebagaimana post saya terdahulu berkenaan amar ma`ruf nahi munkar..sekiranya kita yakin kita mempunya ilmu yang cukup,gunakanlah ia sebaiknya,salurkannya dengan jalan yang terbaik..ikutilah cara nabi yang paling afdal:
*hikmah dan bijaksana(bilhikmah)

*pengajaran yang baik(mauizatul hasanah)

*perbahasan dengan cara yang baik(mujadalah billati hiya ahsan)

seorang daie itu tidak pernah menyerah andai tegurannya itu ditolak..kerana dia yakin..Allah telah berfirman :
"Sesungguhnya Kami menurunkan ayat2 yang memberi penjelasan. Dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus"(24;46) 
bersabarlah dalam membawa mad`u mu kembali kepadaNya..


dan berbalik semula pada topik AURAT..pesanan buat diri sendiri dan juga sahabiah sekalian..andai kita telah mengetahui bahawa perintah Allah itu telah tertulis di dalam Al-Quran..janganlah sekali-kali mengabaikannya..mungkin kadang-kadang kita mengambil mudah akan hal itu..tetapi selagi kita masih bernafas,cubalah untuk memperbaikinya..janganlah terus jahil dengan kehidupan yang fana ini..islah diri kuatkan jiwa,jauhi kemungkaran,amalkan perintahNya..nescaya Allah permudahkannya..sama-sama kita perbaikinya..

wallahua'lam...segala kekurangan itu datangnya dari silap saya sendiri..
selamat beramal..:)



Saturday, 16 June 2012

bahagialah wahai sang hati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah..NIKMAT..nikmat bahagia kian kukecapi..tiada nikmat didunia ini yang sangat dihargai oleh manusia iaitu hidup untuk mencari kebahagiaannya..

sudah dua kali saya dengari prinsip ini dari tokoh ilmuwan yng saya sanjungi iaitu katanya : 

"manusia hidup di muka bumi ini tiada lain adalah untuk meraih kebahagiaannya setelah berjaya mendapatkannya dari Sang Pencipta Allah Maha Agung"

ini adalah kata-kata yang sangat dalam maknanya.misalnya, dalam solat kita mampu bahagia ..ketika mana kita berjaya menyelesaikan kewajipan solat di akhir waktunya..pasti pernah terdetik di hati kita:
"Alhamdulillah Ya Allah..aku telah berjaya menunaikan kewajipanku padaMu..tidak lain ibadatku hanya semata-mata keranaMu"..bukankah itu bahagia..

jangan dianggap bahagia itu suatu perasaan yang boleh dinilai apabila kita mampu tertawa sepanjang masa,apabila kita mampu dikelilingi oleh orang-orang yang kita sayangi..
walau diri ini jauh dari ibubapaku..namun ku sentiasa bahagia apabila menatap wajah mereka dalam doa ku..ya,bahagia sentiasa bersamaku..semoga bahagia itu tidak pernah pudar dalam setiap diri yang bergelar insan..





Friday, 8 June 2012

menghitung hari

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

menghitung hari..menanti detik waktu ku di pinang olehnya..tidak sabar rasanya hati ini..oops!!
da la zifah,,hentikan angan-anganmu..:p
xpela kan sekali-sekala berangan,,bukan sampai ke bulan pun angan-angan..hehe


actually i just have about two months here before i come back to my HOMELAND..sekejap je da nak masuk setahun duduk sini..sedar-sedar tahun depan da 20 tahun..ooh tidak..i hate the number 2 ,,still 1? kat depan pun cool jekan..

so,for my beloved parents,siblings;sister and brother,very cute little cousin,my beautiful friends..just have to wait for me..Allah..betapa dalamnya rindu kepada mereka..hanya Allah saja yang tahu..

tapi,ade seperkara besar yang perlu dilakukan sebelum pulang nanti:
IMPORTANT!!!:
1.habiskan module terakhir untuk second semester

2.study the previous module untuk final exam nanti
3.make sure habiskan study module muskulosekeletal,ummune system, n concept of health and disease
4.dapatkan sebanyak mungkin ole-ole untuk sanak saudara tercinta..hooho


5.try to lose my weight,penting ni sebab raya nanti cnfirm makan banyak..
6. save budjet belanja;boros itu membazir;membazir itu sifat syaitan;NOTED!!!
DAN YANG PALING PENTING:
7. hablumminallah wa hablumminannas..
tak kira bila-bila pun perkara ni memang perlu dijaga..*xsemestinya waktu nak exam je baru nak berteleku atas sejadah 24 jam..ingat,kita ni hamba, kalau sombong dengan Allah,mudah ke Allah nak makbulkan doa-doa kita dan impian kita ni???renungkan..:)

8. sentiasa ambil iktibar atas perkara yang telah berlaku..ingt firman Allah.."kunfayakun"..kalau kata Allah begitu,maka jadilah..tiada siapa dapat menghalang..semoga pengajaran yang ku lalui ini memberi kekuatan untukku berusaha menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan di akhirat..amiinnn

OH MALAYSIA!!WAIT FOR ME...:(

Wednesday, 6 June 2012

hati yang menyesal


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan namaMu Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

" Demikianlah Allah, tuhan kamu. Tidak ada tuhan selain Dia, pencipta segala sesuatu. Maka sembahlah Dia.dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu'.
(6: 102)


Ya Allah
hati ini terlalu banyak berdosa kepadaMu
terlalu lalai kepadaMu
keindahan dunia yang sementara
kuabaikan semuanya

Ya Allah
hati kecil ini hina Ya Allah
di sini jua hati kecil ini meminta padaMu
adakah masih diberi kesempatan kepadaku 
untuk memohon seribu kempunan padaMu

Ya Allah
andai masa itu mampuku putar
akan kutinggalkn segalanya
segalanya yang membawaku hanyut
aku menyesal
aku menyesal
aku menyesal Ya Allah

sesungguhnya Ya Allah
berikanlah kesempatan padaku
untuk merasai nikmat diriku
menjadi hamba yang bertaqwa padaMu

Ya Allah
akan ku sematkan tekad di hati ini
untuk mencintaiMu sepenuh hatiku
membawaku jauh dari bisikan syaitan yang durjana itu..
meninggalkan nikmat sementara itu

Ya Allah
hati ini bemohon
berikanlah aku kekuatan
berikanlah aku kekuatan
berikanlah aku kekuatan

sesungguhnya
hidup dan matiku hanya keranaMu Ya Allah..
amiinnn..

NUKILAN DOA BUAT HATI YANG SENTIASA MAHU BERTAUBAT KEPADANYA,
KAMBALILAH KEPADANYA ALLAH AZZAWAJALLA..