background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Saturday 24 December 2011

buat si pemilik hati..

Bismillahirrahmanirrahim...

mungkin entry kli ini agak sensitif..bru sahaja saya terbacanya di blog..rasenya sesuai dijadikan peringatan untuk si hati yang keliru..mana yang baik,kita jadikan tauladan dan sumber kekuatan..yang buruk kita jadikan sempadan..

semestinya buat MUSLIMAH SEJATI PENDAMBA KASIH SAYANG DARI SANG PENCIPTA..
ALLAHURABBUNA ..


‎*Untuk para Adam yang pernah
mengecewakan hati perempuan secara
sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga
kepada perempuan yang telah berjaya
bangkit kembali. Chill~ =)
Jasad yang kamu pandang itu kini adalah
perempuan itu. Seorang perempuan yang
dahulunya engkau injak-injak, seorang
perempuan yang dulu, hatinya engkau
permainkan, seorang perempuan yang
engkau pernah taburi banyak janji yang
tidak engkau tepati, seorang perempuan
yang engkau pandang sebelah mata,
seorang perempuan yang engkau kira hanya
bisa dibuat mainan, seorang perempuan
yang pernah engkau kenyit mata, seorang
perempuan yang bisa engkau buat
seenaknya, seorang perempuan yang telah
banyak engkau melakukan dosa, seorang
perempuan yang engkau kira tidak bijak,
seorang perempuan yang engkau pernah
hancurkan masa depannya, seorang
perempuan yang pernah engkau
memberikan senyuman palsu buatnya, dan
seorang perempuan yang hakikatnya engkau
belum kenal siapa dirinya yang sebenar!
Engkau mengajak dia melakukan dosa,
sedangkan engkau tahu dia perempuan
mulia. Engkau pernah menghancurkan dia
sedangkan engkau tahu dia perempuan
terhormat. Engkau pernah menyakiti dia
sedangkan engkau tahu bahawa dia
perempuan berhati lembut. Engkau
mengotori cintanya sedangkan engkau tahu
cintanya suci. Engkau mempermainkan
hatinya sedangkan engkau tahu dia
perempuan hebat.
Sedarlah Adam, perempuan itu pernah
membahagiakan kamu. Perempuan itu
pernah membuatmu tersenyum. Perempuan
itu pernah berjasa dalam hidupmu.
Perempuan itu yang pernah bimbang
kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan
semua itu. Kerana engkau telah
menukarkan perempuan hebat itu menjadi
perempuan rosak akhlaknya.
Jika dia suatu masa dulu, naqibah terkenal
mengajak manusia melakukan kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran, tapi setelah
datangnya engkau, kata-kata dia hanya
menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak
seiring tindakan. Jika suatu masa dulu, dia
seorang perempuan yang mementingkan
ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi
setelah adanya engkau, dia menjadi kera
sumbang, menjadi perahsia terhadap
mereka. Jangan pernah lupa, perempuan
ceria itulah yang engkau telah ragut
keceriaannya.
Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna
lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa
dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu.
Setelah engkau merasa bosan dengan
perempuan itu, lalu, engkau membuangnya
bagai membuang sampah di dalam tong
sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat
untuk membuang dia dari hidupmu.
Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan
‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib
terbesarmu.. iaitu, menghancurkan seorang
perempuan terhormat! Dan sejak detik itu,
engkau sering merasa berdosa, maka
berdosalah dengan Allah. Pintalah
keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah
engkau lupa, kemaafan perempuan itu
ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri
tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu
sebelum kamu meminta maaf kepadanya.
Suatu masa dulu, berani saja engkau
memperkotak-katikkan dirinya, tetapi
sekarang jangan pernah engkau berani lagi,
kerana perempuan itu suatu masa dulu
yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi.
Dia memasang misi tertinggi; Memburu

cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia,
 Perempuan itu kembali
menjadi terhormat, malah lebih baik dari
dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan
berpanjangan, rupa-rupanya Allah
datangkan pelangi. =)
Jangan pernah engkau samakan perempuan
itu suatu masa dulu dengan kini. Masa
merubah segala kerana dia perempuan
terhormat yang kembali menjaga dirinya
dan hatinya...~

*copypaste*

*ketika cinta bertasbih....:)

Friday 16 December 2011

satu kisah..



Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..hari ni,,satu lagi perkongsian ilmu mampu saya kongsikan..
sudah lama rasanya tidak menambah coretan di laman blog ini...

teringin sekali sy kongsikan tentang pengunjungan saya dan rakan2 ke makam ulama2 dan makam imam2..berdirinya makam di sekitar kawasan yang wujudnya 3 buah masjid di situ..sungguh tertanya-tanya..kenapa ya ada 3 buah masjid yang besar yang hampir sama binaanya,,sudahlah sama,sangat berdekatan pula..

rupa-rupanya..baru ku tahu..ade sejarah besar di sebalik pembinaannya..masjid ini merupakan tempat yang dahulunya menjadi tempat pengajian bagi imam2 yang membawa mazhab mereka..sehingga ke hari ini..saya berasa begitu kagum dan berbangga dengan ketinggian ilmu yang dimiliki para ulama dan imam2 terdahulu...

selepas itu..saya dan rakan2 telah di bawa oleh senior kami menziarahi makam2 ulama dan makam imam2 yang membawa makna yang besar dalam ISLAM...


*di makam imam-imam-12 makam semuanya..


tok syeikh bercerita mengenai makam2 yang terdapat disana..terdapat jugak makam imam yang pernah menjadi imam di Makkah dan makam bapa Imam Syafie..

*salah satu nama imam...

subhanallah..tenang sekali rasanya hati apabila berada di sini..semoga  Allah mencucuri rahmat ke atas mereka..amiiinnn...

Alahmdulillah..inilah peluang saya dan rakan2 dapat kongsikan sepanjang kami mendiami bumi anbiya ini...insyaAllah..semoga kami dapt mencari sebanyak mungkin ibrah2 di sebalik kejadian di bumi ardul kinanah ini..amiinnn..



babyyyy...cute sangat..<3

sekian...:)

Tuesday 6 December 2011

apabila rindu bertandang..

Bismillahirrahmanirrahim..

sahabat2 BWP yang tersayang..tidak lupa juga pada walid ustaz Ubai...tiada apa yang ingin saya sampaikan..hanya mengimbau kenangan kita besama meneraju pasukan BWP 09/10...semoga kalian dirahmati olehNya..berjaya menruskan impian masing2 dengan sempurna kelak..Amiinn..:)




the best moment of BWP


\\\\\\\\\


*epa...sy da masukkan nama epa dalam blog saya..hehe

*actually gamba ni saya download kat fb farihah..syukran ea farihah..:)sory ambik dulu baru btaw..hehe..ok,,mase mngimbau kenangan da tamat..harus ke kuliah sekarang..jaga diri semua..

*doakan kita sama2 berjaya suatu hari nanti..:)
Assalamualaikum..


Thursday 24 November 2011

NIKMAT??

Bismillahirrahmanirrahim...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
 "Sesiapa di antara kamu yang berasa aman dirinya,sihat tubuhnya
dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari itu, seakan-akan dia sudah diberi semua kenikmatan dunia."(Hadis Riwayat at-Tarmizi)


Alahmdulillah..pujian buat Allah tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..syukur kepadanya kerana kita diberi nikmat yang berbagai dariNya..tanpa kita sedar..semua yang ada di sekeliling kita merupakan nikmat yang sangat besar untuk setiap hambaNya..

antara nikmat terbesar yang kita miliki ialah memiliki kekayaan harta dunia..hakikatnya,,semua kita dianugerahkan nikmat kekayaan harta dunia..namun ada sesetengah insan yang begitu payah untuk mensyukuri nikmat kekayaan harta yang mereka miliki..sedangkan kita seawalnya mengetahui bahawa semua kekayaan harta itu adalah milik Allah dan itu semua adalah amanah untuk kita menngunakannya ke jalan yang Dia redhai..

bagi remaja2 di luar..kita seharusnya bersyukur kerana biarpun di usia semuda kita..kita telah dianugerahi pelbagai nikmat harta..apatah lagi di era permodenan ini..kita mampu menikmati pelbagai kemudahan teknologi..berbanding dengan dahulu,remaja2 dahulu tidaklah semewah kita yang mampu memiliki alat2 teknologi terkini..

apatah lagi nikmat makanan dan minuman..betapa beruntungnya kita berbanding insan2 di luar sana yang serba kekurangan..dengan nikmat makanan yang kita miliki..kita tidak pernah diberi kesempitan seperti insan2 lain yang terpaksa membanting tulang untuk mencari secebis rezeki demi sesuap nasi..

 inilah nikmat yang paling mudah untuk kita rasai...


namun..sekiranya Allah menarik semula nikmat kurniannya..barulah kita akan menyedari betapa indah dan besarnya keistimewaan nikmat kurniaan Allah itu..andai Allah menarik nikmat terbesar dalam diri setiap Muslim iaitu nikmat IMAN DAN ISLAM..nescaya akan rosak binasalah umat pada akhirat dengan kemurkaan Allah..Astaghfirullahalazim..semoga kita dijauhi dari kemurkaan Allah..


jadi..pengajarannya pada kisah kali ini..


1.KITA SEHARUSNYA MENSYUKURI SEMUA NIKMAT DIDUNIA INI YANG TELAH ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA TANPA SEDIKITPUN PERSAAN RAGU KEPADA KURNIAANNYA


2.REDHALAH DENGAN SEMUA KELEBIHAN YANG ALLAH ANUGERAHKAN DAN JANGANLAH KITA MEMPERSOALKAN SETIAP KEKURANGAN YANG ALLAH CIPTAKAN KERANA SETIAP DARI KITA TELAH DICIPTAKAN DENGAN KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MASING2...


insyaAllah..sama2 kita ambil iktibar dari perkongsian saya kali ini..semoga bertemu lagi kita di lain masa..sekian..

Monday 21 November 2011

cabaran medik

Bismillahirrahmanirrahim....

SCIENCE..MEDIC..DOCTORS...


alhamdulillah..selangkah demi selangkah..kita semua mengorak langkah mengharungi pelbagai rintangan demi rintangan untuk mencapai sebuah impian yang telah sekian lama diimpikan...begitu juga dengan saya...alhamdulillah..tahun ini merupakan tahun pertama saya menyelami arus perubatan..
namun,seperti kata orang,,medik ni bukanlah satu bidang yang mudah..betul ke???habis tu,macam mana ade orang jadi doktor..ramai pulak tu..mudah ke mereka menempuhi alam medik ?? terpaksa mengorbankan masa yang sangat panjang demi menggengam segulung ijazah dan segunung ilmu perubatan untuk merawat pesakit kelak???

so,jawapannya ,,btul la tu..memang tak dinafikan,,bidang medik bukanlah satu bidang yang mudah...huhuu..hmmmm...:(..ingin saya kongsikan pengalaman saya yang hanyalah diibaratkan seperti setapak sahaja melangkah ke alam perubatan ini...
walau baru di tahun satu...telah saya rasakan betapa besarnya cabaran dalam pengajian medik ini..
dulu terfikir jugak..kalau pmr,spm da boleh berjaya,,,takkan medik ni xboleh kan...mestilah kena kuat 
semangat macam dulu..huhuhu..
tapi..itu hanyalah pemikiran luaran...kalau diikutkan dalam hati ni..terdetik jugak perasaaan.."Ya Allah...mampukah aku menempuhi 6 tahun akan datang ni dengan cabaran yang berat ini Ya Allah..."
sebenarnya..bidang perubatan ni bukanlah satu bidang yang boleh diambil mudah..setiap masa sangat berharga apabila kita belajar..oowh..24 jam ni cukup ke untuk student medik ??




pergi lecture-study..balik umah-study..siang malam-study..

hakikatnya..bukan mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru..semakin banyak ilmu yang dituntut,,semakin besar dugaan yang akan kita tempuhi..tidak kiralah sama ada bidang perubatan ke..walhal..nak menuntut ilmu di dapur pun banyak cabarannya..kalau tak..tak dela orang masak nasi jadi bubur..hehehee..


tapi..kite kena ingat pepatah dahulu.."berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian..bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian"..dalam maknanya...


FAINNAMA`AL U`SRI YUSRA..
INNAMA`AL USRI YUSRA(94:5;6)
(maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Maka apabila engkau telah selesai(daripada sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain)

apa yang penting...KERJASAMA..hehe..teringat plak kat amir bulat..:P
rindu plak nk gaduh ngan adik..:P

ok,apa yang penting..walau setiap apa yang kita lakukan..kita mestilah ikhlas menerimanya,,
.kepada kawan2..bersabarlah dengan ujian yang 
deterima..banyakkan bertawakal kepadaNya..nasihat buat sy jugak..terimalah cabaran belajar itu dengan hati terbuka..tidak ada kejayaan tanpa usaha yang gigih..good luck for all of you..especially for medical students...amiiinnnn...








Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuaidengan kemampuannya.
Dia mendapat pahala(dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa(dari kejahatan)
yang dikerjakannnya..(Al-Baqarah:286)

mak ayah..doakan angah dipermudah dalam menuntut ilmu ea...:)


sekian..syukran untuk semua..:)


Saturday 5 November 2011

hikmah sambutan aidiladha..

Bismillahirrahamanirrahim...


 pada setiap tahun...jutaan umat islam di dunia ini mngunjungi Baitullah di kota Makkah untuk menunaikan tuntutan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan ibadat haji..
pada  10 Zulhijjah...seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aiadiladha...bermula di awal pagi..semua umat akan memenuhkan masjid2 untuk menunaikan solat sunat aidiladha...di samping itu..sembelihan binatang ternakan seperti unta,lembu, dan kambing turut diadakan..

Ibadah korban..
ia merupakan keistimewaan yang terdapat pada bulan Zulhijjah...bermula selepas khatib menyampaikan bacaan khutbah Aidiladha,,sehinggalah sebelum terbenam matahari 13 Zulhijjah..betapa besarny ganjaran bagi orang yang melakukan ibadah korban...
mengimbau kisah nabi Ibrahim  AS yang mendapat wahyu dari Allah untuk mengorbankan anaknya sendiri,nabi Ismail..

"maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia)berusaha bersama-sama denganny,(Ibrahim) berkata: "Wahai anakku!Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu..Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!"
Dia (Ismail) menjawab: "Wahai ayahku! Lakukan apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; dengan kehendak Allah, engkau akan mendapatiku termasuk orng yang sbar."
surah al-Saffat:ayat 102..

begitulah kisah disebalik pengorbanan nabi Ismail yang sentiasa taat kepada bapanya..
selain itu..pada 9 Zulhijjah..ia merupakan hari yang mulia di mana seluruh umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada hari tersebut bersempena hari Arafah..betapa besarnya ganjaran berpuasa di hari mulia ini..MasyaAllah..semoga Allah menerima amalan dan ibadat kita..aminnn..


SALAM AIDILADHA..:)


Wednesday 2 November 2011

pintu taubat sentiasa terbuka..:)

Bismillahirrahmanirrahim..

Katakanlah :'wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun, 
Lagi Maha Penyayang..
(surah AL-Zummar;ayat 53)


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...
Ya Allah,aku memohon kepadaMu,Kau ampunilah dosa2 ku Ya Allah...


tatkala bersendirian..hati kecil ini begitu mudah merintih
kesedihan..kesedihan akan dosa-dosa lalu..walau sekecil zarah,,namun kesilapan lalu masih tidak dapat membuat hati ini melupakannya...

lantas Allah Ya Rahman..tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..telah memberi sebanyak peluang kepada hambaNya untuk menginsafi dosa-dosa lalu..diberikannya ruang untuk hambaNya bertaubat..meninggalkan dosa-dosa lalu..dibukakannya pintu taubat kepada sesiapa sahaja untuk mereka memohon keampunan dariNya..selagi mana mereka membenci kesilapan lalu..

kerana manusia alpa..kealpaan membuatkan hati2 manusia begitu mudah lalai dalam mengingati Sang Pencipta..
namun..rahmat Allah sentiasa mengatasi KemurkaanYa..oleh itu sahabat..ayuhlah..walau sebesar mana dosa kita..walau sebesar mana kesilapan kita..kepada insan lain..dan terutamanya kepada Ya Rahman..marilah sama2 kita berusaha memohon keampunan dariNya..tidak ada tempat yang layak bagi hamba yang dimurkainYa melainkan sneraka kecuali bagi orang-orang yang bertaubat...


kambalilah kepadaNya..innallahamaana


Saturday 29 October 2011

hati...anugerah berharga dariNya..

Bismillahirrahmanirrahim...


bicara hati....:)
alhamdulillah..kite sebagai makhluk di muka bumi ini dikurniakan dengan anugerah yang tidak ternilai harganya iaitu..sekeping hati...
pernah tak kita terfikir..apakah fungsi sebenar hati??
kadang2..perasaan kite sering berubah2..daripada gembira..tiba2 kite begitu mudah sekali untuk merasakan perasaan duka..perasaan yangg hanya mampu kite rasai..sedangkan orang lain tidak merasakannya...
ITULAH KUASA HATI...

kadang2..kita merasakan ade sesuatu perasaan yang seolah-olah berbisik kepada kite..sememangnya dirasai oleh semua insan..sama ada ke arah kebaikan mahupun kejahatan..dari manakah ianya datang?..ya,,
ITULAH KUASA HATI...

kadang2 jugak..kite begitu mudah merasaai dan mengahayati kesedihan yang dirasai oleh orang lain..
adakah hati kita berhubung dgn hati orang lain??
jawapannya benar sama sekali...manusia diciptakan hatinya untuk saling berhubung dengan insan yang lain..
ITULAH KUASA HATI...

begitu besar nikmat yg Allah berikan kepada kita dengan hanya ciptaan sekeping hati kepada setiap makhluknya...dan nikmat terbesar hati..ia merupakan tempat untuk kita berhubung dgn Allah..yakni..hati yang sentiasa berhubung dengan Allah akn merasa betapa dekatnya hubungannya dengan Allah..=)...

oleh itu...selagi nadi kita masih berdenyut..selagi mata kita mampu melihat..selagi badan kita masih mampu bergerak..dan,,selagi hati kita masih belum menajadi 'keras'...ambillah peluang yang masih ada ini untuk kita sama2 memperbaiki kelemahan diri kita..memperbaiki kelemahan hati kita..insyaAllah...Dia sentiasa ada bersama kita...selagi kita membawa nama ISLAM..hati suci akn sentiasa bersama kita..
yakinlah~...innallahamaana..=)..

sekian


Saturday 22 October 2011

Doktor vs Ustazah??

Bismillahirrahmanirrahim....


tajuk mcm dlm buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA plak..:)
sebenarnya pada entri kali ni..sy tertarik nk berkongsi mengenai proffesion doktor dan ustazah..
adalah sebelum ni sy ade bertanya kepada kawan2..
"kalau jd doktor,,boleh tak nak jadi ustazah jugak??"
wow!..leyh la bi a'mal keda..

maknanya..lg power la kn kalau doktor bley jadi ustazah..atau ustazah jd doktor..
alhamdulillah,,sejuk hati dgr..insyaAllah..sy pun nk jd cmtu..antum semua pun msti nk jugak kn..
tapi..mcm mana nk dpt jd cmtu kalau xde ilmu kn..
so,,,ape2 yg kita nk..mestilah kene ade ilmu..mcm mana nk dpt ilmu??
di mana2 pun ade la..btul??..
ya,,,betul..ilmu ni satu nikmat Allah pada hambaNya..
kat mana2 pun boleh cari..

"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun. Dan Dia memberi kamu pndengaran, penglihatan dan hati,agar kamu bersyukur"...
(QS.An-Nahl:78)

jadi..ambillah peluang yang Allah berikan untuk kite same2 meneroka ilmu Allah walau di mana2 sahaja..insyaAllah..

mm,berbalik semula pada topik asal..DOKTOR VS USTAZAH..
mmg itulah yang sy harapkn suatu hari nanti..mampu memiliki ilmu dunia dan akhirat walau pun diri tidak semulia insan lain..


*menarik kan buku ni...

inilah buku fiqh lil mar'ah..untuk insan yang bergelar wanita..
dan sesuai untuk bakal2 DOKTOR n USTAZAH..=)
sama2 kita tnggu apa kandungan kitab ni pada entri akan datang..insyaAllah..:)


Wednesday 19 October 2011

PCI...At-taqwa,,As-syifa..Ar-rahmah..

Bismillahirrahmanirrahim...

PERUBATAN..
Alhamdulillah..inilah satu organisasi yg tlah mmbawa satu pertarbiahan yg berkesan kpada dri sy sejak mnjejakkan kaki ke bumi anbiya' kira2 dua mgu yg lpas..


PERUBATAN..
merangkumi pelbagai menu untuk santapan jiwa dan rohani..
snnguh bertuah kerana dipimpin oleh senior2 yg sangat2 mngambil brat tntang kbjikan junior2nya..
*da lame x rase jd junior..huhu..:P
bkn sng nk rase ksih syg kakak bile duk jauh2 ngn family ni..hehe..

PERUBATAN..
ape yang dapat sy simpulkan mngenainya..
ia merupakan sebuah prsatuan yg bertabggungjwab n sentiasa mnjaga kebajikan pelajar2 di uni. kami..

sedikit perkongsian..
dalam mencapai redha Allah..ape yg pling pnting di jaga adalah hubungan kite kpadaNya sbgi khalifah di muka bumi ini..setiap ape yg kita lakukan..sebaiknya..jagalah hubungan sesama manusia n yg pling pnting..
HABLUMMINALLAH..penting!!!
@_@

tadi adelah sedikit pesanan dari kakak2 dan abang2..buat renungan ea..
dalam berhubunan antara lelaki dan perempuan..itu adalah sesuatu perkara normal kerana kite tdk lari daripada berkomunikasi antara dua jantina yg berbeza terutama dalam mnguruskan sesuatu pntadbira..antara adab2 dalam bekomunikasi..sebaiknya kita..
@tajdidkan niat agr tidak terpesong dari melakukan kelalaian..cbb manusia ni perlu sntiasa diingatkan..
@jagalah batas pergaulan dalam berkomunikasi...
@mnjaga tutur kata terutama apbila mnyuarakan pndapat di khalayak ramai..
@jauhilah daripada mngundang fitnah..
dan lst sekali..jagalah adab2 dalam bermajlis..
=)...

PERUBATAN..
sentiasa buat sy ingt kat..BWP..
BADAN WAKIL PELAJAR 09/10...

i'm always remember the sweet moment with them..:)..
love bwp..

sekian wat kali ni..
*mmg sjuk bila da makin dekat ngan winter ni..=)


**********

Friday 14 October 2011

ukhuwah...semanis kasih antara kita....

Bismillahirrahmanirrahim...

UKHUWAH...sering dikaitkan dengan jalinan antara sahabat...

kadang2...di sebalik kegembiraan,kesedihan...di situlah kite mencari erti sahabat kerana sahabat la insan yg diciptakan untuk menjadi peneman dan bkn itu sahaja..sebagai orang yg terus memimpin saudaranya untuk mencapai mardhtillah..insyaAllah...

dari manakah ikatan persahabatan itu muncul????
ya..bermula dgn UKHUWAH ..kasih syg antara sahabat dpt dijalin...
bagimana dgn hati dan perasaan????
oowh..itu adalah lumrah....manusia itu tidak sempurna..masing2 ade kelebihan dan kekurangan...mungkin kadang2 kite mersakan sahabat itu sering membuat hati kite terluka...


tetapi..adalah sebaiknya kite melupakan kesalahan sahabat dan sebaiknya 
memaafkan mereka...
HIDUP TIDAK AKAN BAHAGIA ANDAI KITA SENTIASA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN...

UKHUWAH..
tidak akan dpt dirasai andai tiada jalinan kasih yg berpanjangan antara sahabat...

oleh itu...walau siapa pun mereka..mereka tetap sahabat kite..terimlah sahabat kite dgn hati yg terbuka...
SEKALI KU MENGENALIMU..SAMPAI BILA KAU TETAP SAHABATKU...
semoga Allah merahmati ukhuwah yg dibina antara kite semua..amiinnn...:)