background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Tuesday 23 October 2012

musibah-->sabar-->redha..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

" DAN DIA MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKANYA. DAN BARANG SIAPA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN(KEPERLUAN)NYA. SESUNGGUHNYA ALLAH MELAKSANAKAN URUSANNYA. SSUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENGADAKAN KETENTUAN BAGI SETIAP SESUATU."
AL-TALAQ(6;3)

Adilnya Dia...tidak ditinggalkan sesuatu ujian itu malainkan atas kemampuan mereka..

Maha Penyanyang..dianugerahkan nikmat yang
 tidak terhitung walau tanpa diminta..



Dia Yang Maha Pemaaf..dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar angkasa,tidak terhitung dosa insan..hanya Dia yang mengampunkan dosa-dosa dan maksiat mereka yang sering alpa..

Tidak ada yang layak disembah melainkan Dia..
kembali semula kepadaNya andai diri tersasar dari landasan Islam yang sebenar,kerana hanya Dia layak disembah..

Dia yang Bijaksana..bukanlah sesuatu diatur tanpa hala tuju melainkan diciptakannya untuk dinilai oleh manusia dimanakah terletaknya hikmah yang berganda disebalik ujianNya

Ar-Razak..Maha Pemberi Rezeki..jikalau bukan milik kita sebarang sesuatu itu..maka letakkanlah ia 
ditempatnya kerana yakinlah..rezekiNya pada kita tidak pernah terkurang walau sedikitpun..

Bukan harta yang dipinta dariNya,cukuplah sekadar keredhaan dariNya yang aku dambakan..

bukanlah tanda murka Allah pada kita andai diuji..bahkan itulah tandanya telah ditingkatkan darjat kepada hambaNya bagi mereka yang beriman kepadaNya

masih tidak mampu mengira nikmat-nikmat yang dikurniakanNya?
masih tidak mengerti apakah nilai diri menjadi hamba mulia di muka bumi yang sementara ini?

bangunlah..gagahkan dirimu,islah hatimu,tidak ada jalan benar untuk hatimu melainkan kembalilah semula kepadaNya..
tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Dia..wallahua'lam..



Tuesday 16 October 2012

dua hati yang berkasih..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"TUHANMU LEBIH MENGETAHUI APA YANG ADA DALAM HATIMU, JIKA KAMU ORANG YANG BAIK, MAKA SESUNGGUHNYA DIA MAHA PENGAMPUN BAGI ORANG YANG BERTAUBAT"
AL-ISRA'(17;25)

sahabat 1: andai dua insan sedang bertarung perasaan,apa yang patut dilakukan?
sahabat 2: pada pendapatku ukhtiku sayang..apabila wujudnya perjuangan untuk menahan perasaan itu,maka   mujahadahlah senjata utama untuk memenanginya..betul ke ^_^?
sahabat 1: jikalau kedua-duanya berperang perasaan tetapi tiada yang sudi menghulurkan penawar terlebih dahulu..dengan bentuk yang bagaimana sepatutnya mujahadah itu???
sahabt 2: mungkin dengan bentuk pengorbanan penawar itu dihasilkan..kerana semestinya penawar itu pahit untuk hasil yang mujarab,sebagaimana pengorbanan..
sahabat 1: barangkali..setiap perjuangan pasti ada pengorbanan..nescaya terungkailah kesulitan..insyaAllah ukhtiku..:)

*jawapan lain dari soalan..heehe..
tidak mengapa kan sahabat 1??:D

seperti itu juga kita..this story is all about  friendship..
the true friends are those who are always be by your side whenever you need them..
kata orang,kawan ketawa senang dicari..kawan menangis sukar dicari.. 
manusia mana je yang sanggup hidup bersendirian..
itulah sebabnya Allah mengurniakan insan yang bernama sahabat untuk menemani dan membimbing kita dalam mengharungi ujian dan dugaan hidup di dunia ni..

namun,kadang-kadang..tanpa kita sedari..ada tingkah kita yang mengguris hati sahabat kita..
di mana silapnya??
silap kita ke yang mengguris hatinya?
atau silap dia yang susah memahami kita??
itulah lumrah persahabatan..
seperti adik-beradik..gaduh-gaduh kecik2 dulu tu rencah kebahagiaan..macam tu juga persahabatan..semakin banyak kita cuba fahami hati mereka,semakin erat kasih-sayang kita bersamanya..:D
so,kalau ada antara kita yang terbuat kawan-kawan terguris hati dan perasaan tu..cepat-cepat mintak maaf ye..:)..jangan dipanjangkan rajuknya..nanti susah kita..dia juga yang kita cari..betul kn..
jadi..hargailah mereka yang bergelar sahabat..i love my friends so much..:)
*mungkin putar belit ayatnya,mood ngantuk..demam..:(..sembuhkanku ya Allah..sekian..


Wednesday 10 October 2012

indahnya hati didampingi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Indahnya hati didampingi,
kerana manusia itu tidak bersendiri,
dikala hati menyepi..ada dia untuk didampingi,
dikala hati gusar,ada dia untuk didampingi,
dikala hati pilu,ada dia untuk didampingi..

indahnya hati didampingi,
kerana Allah Maha Pengasih,
dikurniakan dia sebagai as-syifa,
dikurniakan dia untuk bersama mencapai merdhatillah,

wahai hati yang didampingi,
bersyukurlah dengan kehadirannya,
moga setiap saat kewujudannya,
bertambah dekat cinta kita kepadaNya

dialah pendamping hati,
KURNIAAN SAHABAT SEJATI
UKHUWWAH FILLAH..

special dedicated to  my beloved friends..<3
salam dari kejauhan..
hana,take care<3



Sunday 7 October 2012

back to school..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sepagi bersama 'dambakan bahagia'
alhamdulillah hari ni merupakan hari pertama saya melangkah masuk ke kuliah sebagai tahun dua..begitu banyak azam yang telah saya bukukan di dalam hati ini..rasanya semua orang begitu..ingin memulakan hari -hari baru dengan azam yang penuh bersemangat..

kata orang,genggam bara api biar sampai jadi abu..semoga setiap apa yang kita niatkan tidaklah sampai separuh jalan sahaja..kerana setiap yang kita inginkan pasti diharapkan juga keberhasilannya..

dan tidaka lupa juga kepada abang dan ateh..selamat berjuang di medan SPM dan PMR..
angah tahu kamu boleh!!!usah patahkan semangatmu..perjuangan masih panjang..angah sentiasa mendoakan kalian..aminnn...

dan kepada rakan-rakan perjuangan..semoga kita semua mamapu menghadapi ujian dan cabaran sebagai medical students..cabaran adalah kekuatan untuk kita semua..all the best!!!..



Wednesday 3 October 2012

alamak borosnya!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Dan berikanlah kepada kaum kerabat yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu membelanjakan(hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"
al-Isra'(17;26-27)

~saudara syaitan??betapa hinanya mereka yang bersaudara dengan syaitan!~

wang bukan segalanya tapi segalanya perlukan wang..hmm,,pernah tak suatu ketika kita merasakan:
"aduiii,banyaknya habiskan duit harini..kalau la boleh jimat tadi,kalau laaaaa.."
tiap kali kita merasakan kita terlalu boros dalam mengurus perbelanjaan,hati mulia kita pasti berbisik
"lepas ni aku nak jimat2..tak mahu boros2 lagi"
pernah kan saudari mengalami situasi begini..namun,seberapa lama sikap mulia ini tertanam dalam diri kita..apabila syaitan dan nafsu menyelinap masuk ke dalam hati,pasti semua itu kita tinggalkan..ya,akulah orang mampu memiliki ini,memiliki itu..

sehinggakan kadang-kadang kecewa memikirkan..kalaulah wang itu disimpan dan disalurkan ke jalan yang sepatutnya..pasti syaitan akan menangis mengenangkan kita yang mampu melawan hasutan mereka..tetapi,itulah lumrah insan..sesungguhnya manusia itu lalai..

jadi bagaimana caranya??ya,cara untuk berjimat..
ok,sebaik-baik jalan untuk mengelak kita menjadi 'saudara syaitan' ini ialah dengan memasang NIAT yang betul..jangan sesekali pesongkan niat kita..terutamanya apabila terpaksa mengalah dengan nafsu..ingat!!!!nafsu yang perlu kita kawal,bukan kita yang dikawal nafsu..

so,kalau kita yang mengawal nafsu..apa susahnya kan..siapa kata susah??hanya orang yan lemah mengatakan susah baginya mengawal nafsu..sebaik-baik kita adalah sentiasa beristiqamah untuk terus mengawal nafsu..apabila nafsu terpelihara..pasti kita mampu membuang sikap boros yang sebati dengan jiwa kita..peringatan penting untuk diri sendiri!!!

oklah..bermula hari ini,seterusnya hari esok,seterusnya hari lusa dan hari-hari seterusnya..sentiasalah kita tajdidkan niat kita untuk memperbaiki kekurangan diri..orang yang boros ni orang yang tak baik taw..sebab itu tandanya dia suka membazir..:)
insyaAllah Dia permudahkan kebaikan yang kita harapkan..aminnn..

*duit mesir..:)

*duit malaysia..warna-warni lagi tu..:)

Tuesday 2 October 2012

membaca lagi..:)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy(singgahsana) yang agung."
Al-Taubah : (9;129)

~hanya kepadaNya aku berharap~

Alhamdulillah.terisi lagi masa lapang yang berbaki 4 hari lagi sebelum kuliah sebagai tahun 2 bermula..akan kuisikan lagi ruang kekosongan ini dengan menjelajahi penulisan idola saya iaitu 2 buah lagi novel hasil karangan Ustazah Fatimah Syarha..

ni novel baru,,baru beli..baru pinjam dari kawan..trima kasih kawan sebab sudi pinjamkan..kepada yang berminat dengan novel ni,boleh la dapatkannya di kedai berhampiran..heee..:)

selamat membaca..:)

sesungguhnya orang yang rajin membaca itu semakin bertambah gedung ilmunya..pasti!!!:D










*motif penulisan entri ni: membawa anda mengenali novel2 islamik..yang semestinya membawa anda mendekati Dia dengan penuh mahabbah kepadaNya:)

sekian..

Monday 1 October 2012

masamnya muka..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

masamnyaaa....

kisahnya antara saya dan pak cik arab kedai dobi ni masa saya nak hantar dobi,maklumla,musim sejuk da nak sampai tak lama lagi..:):
saya: i put this blanket in this box.
p.cik arab: ok,you can leave it n take back your box,i will keep this blanket in a plastic bag after I wash this blanket.
saya: ok,thank you
saya pun keluar dari kedai tersebut dan terlupa pula nak bawa sekali kotak tu..aduiii,macam mana boleh lupa pulak ni..
p.cik: your box!!!!!!
saya: i'm sorry ..
bila terpandang je muka dia..tappp!!!,sedihnya..da la dia cakap tegas tadi,tiba-tiba buat muka masam pulak..malunya dekat pak cik-pak cik  dekat situ..

mm,saya paling x setuju kalau orang da buat silap kita nak buat-buat muka pulak..jatuh air muka pesalah tu..
sepatutnya kita senyum balik pada dia sebab kita da bantu dia betulkan kesilapan dia..besar sangat pengajaran yang saya dapat ari ni..
ingat ye,walau siapa pun mereka..orang asing ke,orang tempatan ke,orang sebelah rumah ke..kalau da memang kita nak tegur kesalahan dia..xperlulah tarik muka masam...sebab utamanya menjatuhkan air muka mereka dan yang kedua sudah pastinya mengguris hati mereka..oh Allah,Kau ampunkan dosa mereka yang tidak mengetahui..aminnn..

kesimpulannya..jangan buat muka masam lagi ye depan orang lain..senyum je selalu..pasti bertambah pahala free kita ni kan..insyaAllah,,:D