background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Saturday 21 February 2015

segenih pun masalah!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"SEHINGGA ALLAH AKAN MENGAZAB ORANG MUNAFIK LELAKI DAN PEREMPUAN,ORANG MUSYRIK LELAKI DAN PEREMPUAN DAN ALLAH AKAN MENERIMA TAUBAT ORANG MUKMIN LELAKI DAN PEREMPUAN DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN,LAGI MAHA PENYAYANG".
AL-AHZAB-73

Belakangan ni,naik teksi je kita nak bayar 5le,dia nak 7le..kita nak bayar 6le,dia nak 7le,kita nak bayar 7le ,suka dia pulak nk 8le..aduss..pak cik teksi lagi kisahnya..hmm,hari ni membuatkan diriku mengimbau kenangan duit teksi ni dua tahun lepas semasa masih berulang-alik ke kuliah di Mowassa..
turun-turun dari teksi tanpa berlengah kuhulur sekeping not bernilai 5le namun di situ juga aku ditengking dan dia meminta tambahan sehingga menjadi 10le
(1 le= 50 sen)

dan disebabkan kesabaran yang hilang pantas aku berlari selepas mencampakkan baki yang masih dituntut oleh pak cik arab tersebut..dan sesampai di bilik maka berlakulah drama menagis meraung melalak kerana berang dan tidak berpuas hati dengan sikap pak cik tersebut..bukan kerana duit,cuma yang lebih memanaskan hati apabila diri terasa dizalimi,dia berlaku tidak adil.. dan segala ketidakpuasan hati mendidih-didih dalam hati..

tapi hari ini,setelah mengalami benda yang sama..
dengan mudah hati berbisik pada diri sendiri
"amboi,sedapnya kau pak cik..dahla,peduli jelah..banyak lagi benda lain yang aku nak fikir"
mudah!

mudahnya bila sabar itu menjadi kunci pada kemarahan..
aku bersyukur kerana di bumi mesir inilah aku belajar mebentuk hati menjadi "sejuk" dengan sikap orang-orangnya yang "panas"..ini bukan kutukan tapi kajian yang boleh diperhatikan dari sudut budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini yang memang agak "panas"..

perhatikan pada setiap dari kita,memang banyak masalah yang kadang-kadang membuatkan kita rasa terlalu terbeban..

ditanya soalan-soalan ubm pun dah celaru,tengok kawan-kawan naik pelamin pun dah kalut nak cari mana partner pelamin aku ni??
kui3..maf naa ni kalau terasa..

patutlah emakku pernah berpesan..jangan terlalu "memikir"..kadang-kadang sebab kita terlalu fikirkan masalah maka ia akan tetap menjadi masalah bahkan menjadi beban pula untuk ditanggung..sudahlah jalannya tiada penyelesaian..seperti kisah duit teksi ini,mungkin adalah lebih baik jika dua tahun lepas aku mampu berfikir sekadar
"argh,ambik la nak sangat!"walaupun marah tapi sekadar biasa-biasa itu lebih bik dari meletakkan ia sebagai bebanan kerana yang lagi meyusahkan apabila kawalan emosi yang tidak stabil itu akhirnya membentuk diri kita mejadi orang yang susah untuk bersabar,bahkan senang pula untuk mengeluh dengan masalah-masalah kecil..


dan semalam MTC telah berakhir,banyak yang dimuhasabahkan pada diri sendiri..melihat pada pimpinan-pimpinan seorang demi seorang..aku berfikir,mereka memikirkan masalah warga seiskandariah ini,masalah kebajikan,masalah pelajaran,masalah sosial ahli dan macam-macam lagi..semua itu masalah..tapi bagaimana akhirnya mereka telah meletakkan posisi/jawatan masing-masing dengan sebaik-baik pencapaian terbaik dari setiap AJKT..TERIMA KASIH KALIAN SEMUA!!
kadang-kadang kita yang di bawah ini suka melihat pada masalah namun bersyukurlah dengan bantuan-bantuan kerahan tenaga merekalah kita mampu menyelesaikan masalah-masalah yang pasti lebih besar dari masalah 'duit teksi" 

dan akhirnya,ingin kukongsi..mungkin juga kadang-kadang kita terlalu memikirkan yang kita sahaja mempunyai beban,seolah-olah kita sahaja yang memiliki masa untuk menyelesaikan hal kita..caknakah kita pada masyarakat di luar sana?yang sah-sah lagi bertimbun bebanannya..barangkali..huhu..

jangan membesar-besarkan perara kecil sehingga sekecil bebanan sudah tidak terdaya untuk diatasi..refleks!terutama pasna penggerak pena maya ini..
sekian..

No comments :

Post a Comment