background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Thursday 29 November 2012

DARI JAUH KUTITIPKAN DOA BUATMU PALESTIN

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

"Dan tidak sepatutnya bagi orang yang beriman itu pergi semuanya( ke medan perang). Mengapa tidak pergi daripada setiap golongan di kalangan mereka beberapa orang untuk memeperdalami pengetahuan tentang agama dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya(yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka.Mudah-mudahan mereka itu dapat menjaga diri mereka."
al-Taubah(9;122)

Allahuakbar..maka nikmat apa lagi yang terbaik dalam dirimu malainkan menjadi muslim dan mukmin..insyaAllah..sana sini semuanya cerita falestin..mereka yang diserang,anak-anak dibunuh..masih terlalu kecil untuk melalui semua itu..jika kita diuji di tempat mereka adakah kita mampu sebenarnya untuk merasai penderitaan itu..

bermacam kisah telah saya kumpulkan..dan alhamdulillah semua itu telah membuka minda saya untuk mengetahui kedudukan sebenar Islam di Falestin..siapa yang berhak?Falestin atau israel laknatullah?

jika difikirkan,mengapa ya Allah?mengapa mereka memerangi saudara kita di sana?berhakkah mereka?dengan kejahilan mereka?sesungguhnya telah Allah rakamkan di dalam Al- quran bagaimana degilnya kaum bani israel ini sejak pemerintahan para anniya terdahulu..apatah lagi dengan kisah kemurkaan Allah pada mereka dengan pembalasan Allah kepada mereka..namun sehingga kini,masih tidak mereka sedari akan kehinaan  diri             
mereka..masih mahu memerangi umat Islam di Falestin,mengangap bumi Falesti sebagai hak 
mereka,menguasai masjidil Aqsa..siapa mereka sebenarnya israel laknatullah?
rasanya kita semua telah mampu berfikir dengan akal dan pertimbangan yang benar..maka di sini saya menyeru,bahkan mengajak diri saya juga..jalankanlah tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam untuk menegakkan hak kita..tidak semestinya perlu membawa senjata perang ke Falestin di sana untuk menentang israel..yang pastinya banyak cara dan tindakan yang sewajarnya perlu kita lakukan..bagaimanakah caranya??

ya,pertamanya sepatutnya kita sedar dan yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan mereka yang benar..mereka yang salah tetap akan salah..maka nantikanlah pembalasan Allah ke atas perbuatan hina yang telah engkau lakukan..

kedua,seperti ayat al-Quran di atas,begitu terkesan dengan jiwa saya yang hina ini..maka dalamilah ilmu,,kuasai ilmu agar kita semua bersatu,dengan ilmu yang dimiliki kita semua mampu bersatu dan mengalahkan kejahatan mereka..janganlah menjadikan diri seperti katak di bawah tempurung,kosong..langsung tidak mahu mengetahui dan tidak mahu mengambil berat tentang saudara kita di sana..

dan satu lagi pandangan saya,berusaha...
berusahalah melakukan kebajikan untuk membantu sekadar yang termampu.bukanlah wang dan harta itu bernilai melebihi daripada jiwa- jiwa mujahidin ini..derma,doa,dan sebarkan tenang kebenaran kita..kebenaran Falestin..insyaAllah moga setiap usaha kita dinilai olehNya..wallahua'lam..

*catatan ini adalah sekadar luahan hati seorang insan yang banyak kelemahannya..mungkin terlalu banyak kesilpannya.
namun hanya satu tujuannya..iaitu mengajak kita semua bersatu atas nama Islam.lbersatu menegakkan hak kita..mengembalikan hak kia..Falestin will be free...allahuakbar!!!!!

Wednesday 21 November 2012

MAT SALEH VS MAT SOLEH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Ingatlah! Sesungguhnya (orang munafik) itu memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya ( Muhammad)."
(HUD: 11;5)

Siapa nak jadi macam mat saleh??kulit putih,hidung mancung,tinggi tambah pulak hensem...whoaaa..terujanya..
tapi siapa nak jadi mat soleh?*special untuk lelaki..
mestilah semua nak jadi mamat yang soleh kan..walau kulit xputih,hidung x mancung,rupa x ada..tapi hati bersih tuu..^_^

inilah fitrah manusia..yang sukakan kecantikan..manusia mana yang xsuka pada kecantikan...tapi sebenarnya..kecantikan itulah subjektif semata-mata..manusi dinilai kecantikannya melalui ketinggian imannya..

insan yang soleh/solehah pastinya mempunyai akhlak yang indah..tidak perlu menampilkan diri dengan kehebatan yang fana sebaliknya sentiasalah berpegang pada jati diri sebenar iaitu sebagai insan yang benar-benar mulia dirinya di sisi Allah..

bagaimana menzahirkan kemuliaan diri walau dengan hanya tindakan??melalui akhlak yang mulia dan peribadi yang sempurna..kerana manusia yang benar-benar tinggi imannya pasti akan melakukan perkara dengan berlandaskan syariat..
*tidak perlu melafazkan OH MY GOD,sebaiknya gantikanlah ia dengan lafaz-lafaz mulia: subhanallah..
*tidak perlu me'update' status di fb: BOSANNYA HIDUP ASYIK BANYAK PROBLEM JE...sebaiknya adulah masalah kita kepada Dia yang lebih Medengar dan Maha Mengasihani kita sebagai hambaNya..
*tidak perlu BERDATING DENGAN MAT MALAYA/MINAH CUN..sepatutnya dampingilah orang-orang yang mulia akhlaknya..terbatas ikhtilatnya..
mudah kan untuk menjadi 'MAT SOLEH'..
tidak ada untungnya menjadi seperti 'mat saleh' andai kesolehan diri sedikitpun tidak bercambah dalam iman..nauzubillah..semoga ia adalah sesuatu yang kita idam2kan untuk menjadi insan soleh/solehah yang mulia darjatnya disisi NYA..AMINNN


Tuesday 23 October 2012

musibah-->sabar-->redha..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

" DAN DIA MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKANYA. DAN BARANG SIAPA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN(KEPERLUAN)NYA. SESUNGGUHNYA ALLAH MELAKSANAKAN URUSANNYA. SSUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENGADAKAN KETENTUAN BAGI SETIAP SESUATU."
AL-TALAQ(6;3)

Adilnya Dia...tidak ditinggalkan sesuatu ujian itu malainkan atas kemampuan mereka..

Maha Penyanyang..dianugerahkan nikmat yang
 tidak terhitung walau tanpa diminta..



Dia Yang Maha Pemaaf..dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar angkasa,tidak terhitung dosa insan..hanya Dia yang mengampunkan dosa-dosa dan maksiat mereka yang sering alpa..

Tidak ada yang layak disembah melainkan Dia..
kembali semula kepadaNya andai diri tersasar dari landasan Islam yang sebenar,kerana hanya Dia layak disembah..

Dia yang Bijaksana..bukanlah sesuatu diatur tanpa hala tuju melainkan diciptakannya untuk dinilai oleh manusia dimanakah terletaknya hikmah yang berganda disebalik ujianNya

Ar-Razak..Maha Pemberi Rezeki..jikalau bukan milik kita sebarang sesuatu itu..maka letakkanlah ia 
ditempatnya kerana yakinlah..rezekiNya pada kita tidak pernah terkurang walau sedikitpun..

Bukan harta yang dipinta dariNya,cukuplah sekadar keredhaan dariNya yang aku dambakan..

bukanlah tanda murka Allah pada kita andai diuji..bahkan itulah tandanya telah ditingkatkan darjat kepada hambaNya bagi mereka yang beriman kepadaNya

masih tidak mampu mengira nikmat-nikmat yang dikurniakanNya?
masih tidak mengerti apakah nilai diri menjadi hamba mulia di muka bumi yang sementara ini?

bangunlah..gagahkan dirimu,islah hatimu,tidak ada jalan benar untuk hatimu melainkan kembalilah semula kepadaNya..
tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Dia..wallahua'lam..



Tuesday 16 October 2012

dua hati yang berkasih..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"TUHANMU LEBIH MENGETAHUI APA YANG ADA DALAM HATIMU, JIKA KAMU ORANG YANG BAIK, MAKA SESUNGGUHNYA DIA MAHA PENGAMPUN BAGI ORANG YANG BERTAUBAT"
AL-ISRA'(17;25)

sahabat 1: andai dua insan sedang bertarung perasaan,apa yang patut dilakukan?
sahabat 2: pada pendapatku ukhtiku sayang..apabila wujudnya perjuangan untuk menahan perasaan itu,maka   mujahadahlah senjata utama untuk memenanginya..betul ke ^_^?
sahabat 1: jikalau kedua-duanya berperang perasaan tetapi tiada yang sudi menghulurkan penawar terlebih dahulu..dengan bentuk yang bagaimana sepatutnya mujahadah itu???
sahabt 2: mungkin dengan bentuk pengorbanan penawar itu dihasilkan..kerana semestinya penawar itu pahit untuk hasil yang mujarab,sebagaimana pengorbanan..
sahabat 1: barangkali..setiap perjuangan pasti ada pengorbanan..nescaya terungkailah kesulitan..insyaAllah ukhtiku..:)

*jawapan lain dari soalan..heehe..
tidak mengapa kan sahabat 1??:D

seperti itu juga kita..this story is all about  friendship..
the true friends are those who are always be by your side whenever you need them..
kata orang,kawan ketawa senang dicari..kawan menangis sukar dicari.. 
manusia mana je yang sanggup hidup bersendirian..
itulah sebabnya Allah mengurniakan insan yang bernama sahabat untuk menemani dan membimbing kita dalam mengharungi ujian dan dugaan hidup di dunia ni..

namun,kadang-kadang..tanpa kita sedari..ada tingkah kita yang mengguris hati sahabat kita..
di mana silapnya??
silap kita ke yang mengguris hatinya?
atau silap dia yang susah memahami kita??
itulah lumrah persahabatan..
seperti adik-beradik..gaduh-gaduh kecik2 dulu tu rencah kebahagiaan..macam tu juga persahabatan..semakin banyak kita cuba fahami hati mereka,semakin erat kasih-sayang kita bersamanya..:D
so,kalau ada antara kita yang terbuat kawan-kawan terguris hati dan perasaan tu..cepat-cepat mintak maaf ye..:)..jangan dipanjangkan rajuknya..nanti susah kita..dia juga yang kita cari..betul kn..
jadi..hargailah mereka yang bergelar sahabat..i love my friends so much..:)
*mungkin putar belit ayatnya,mood ngantuk..demam..:(..sembuhkanku ya Allah..sekian..


Wednesday 10 October 2012

indahnya hati didampingi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Indahnya hati didampingi,
kerana manusia itu tidak bersendiri,
dikala hati menyepi..ada dia untuk didampingi,
dikala hati gusar,ada dia untuk didampingi,
dikala hati pilu,ada dia untuk didampingi..

indahnya hati didampingi,
kerana Allah Maha Pengasih,
dikurniakan dia sebagai as-syifa,
dikurniakan dia untuk bersama mencapai merdhatillah,

wahai hati yang didampingi,
bersyukurlah dengan kehadirannya,
moga setiap saat kewujudannya,
bertambah dekat cinta kita kepadaNya

dialah pendamping hati,
KURNIAAN SAHABAT SEJATI
UKHUWWAH FILLAH..

special dedicated to  my beloved friends..<3
salam dari kejauhan..
hana,take care<3



Sunday 7 October 2012

back to school..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sepagi bersama 'dambakan bahagia'
alhamdulillah hari ni merupakan hari pertama saya melangkah masuk ke kuliah sebagai tahun dua..begitu banyak azam yang telah saya bukukan di dalam hati ini..rasanya semua orang begitu..ingin memulakan hari -hari baru dengan azam yang penuh bersemangat..

kata orang,genggam bara api biar sampai jadi abu..semoga setiap apa yang kita niatkan tidaklah sampai separuh jalan sahaja..kerana setiap yang kita inginkan pasti diharapkan juga keberhasilannya..

dan tidaka lupa juga kepada abang dan ateh..selamat berjuang di medan SPM dan PMR..
angah tahu kamu boleh!!!usah patahkan semangatmu..perjuangan masih panjang..angah sentiasa mendoakan kalian..aminnn...

dan kepada rakan-rakan perjuangan..semoga kita semua mamapu menghadapi ujian dan cabaran sebagai medical students..cabaran adalah kekuatan untuk kita semua..all the best!!!..



Wednesday 3 October 2012

alamak borosnya!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Dan berikanlah kepada kaum kerabat yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu membelanjakan(hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"
al-Isra'(17;26-27)

~saudara syaitan??betapa hinanya mereka yang bersaudara dengan syaitan!~

wang bukan segalanya tapi segalanya perlukan wang..hmm,,pernah tak suatu ketika kita merasakan:
"aduiii,banyaknya habiskan duit harini..kalau la boleh jimat tadi,kalau laaaaa.."
tiap kali kita merasakan kita terlalu boros dalam mengurus perbelanjaan,hati mulia kita pasti berbisik
"lepas ni aku nak jimat2..tak mahu boros2 lagi"
pernah kan saudari mengalami situasi begini..namun,seberapa lama sikap mulia ini tertanam dalam diri kita..apabila syaitan dan nafsu menyelinap masuk ke dalam hati,pasti semua itu kita tinggalkan..ya,akulah orang mampu memiliki ini,memiliki itu..

sehinggakan kadang-kadang kecewa memikirkan..kalaulah wang itu disimpan dan disalurkan ke jalan yang sepatutnya..pasti syaitan akan menangis mengenangkan kita yang mampu melawan hasutan mereka..tetapi,itulah lumrah insan..sesungguhnya manusia itu lalai..

jadi bagaimana caranya??ya,cara untuk berjimat..
ok,sebaik-baik jalan untuk mengelak kita menjadi 'saudara syaitan' ini ialah dengan memasang NIAT yang betul..jangan sesekali pesongkan niat kita..terutamanya apabila terpaksa mengalah dengan nafsu..ingat!!!!nafsu yang perlu kita kawal,bukan kita yang dikawal nafsu..

so,kalau kita yang mengawal nafsu..apa susahnya kan..siapa kata susah??hanya orang yan lemah mengatakan susah baginya mengawal nafsu..sebaik-baik kita adalah sentiasa beristiqamah untuk terus mengawal nafsu..apabila nafsu terpelihara..pasti kita mampu membuang sikap boros yang sebati dengan jiwa kita..peringatan penting untuk diri sendiri!!!

oklah..bermula hari ini,seterusnya hari esok,seterusnya hari lusa dan hari-hari seterusnya..sentiasalah kita tajdidkan niat kita untuk memperbaiki kekurangan diri..orang yang boros ni orang yang tak baik taw..sebab itu tandanya dia suka membazir..:)
insyaAllah Dia permudahkan kebaikan yang kita harapkan..aminnn..

*duit mesir..:)

*duit malaysia..warna-warni lagi tu..:)

Tuesday 2 October 2012

membaca lagi..:)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy(singgahsana) yang agung."
Al-Taubah : (9;129)

~hanya kepadaNya aku berharap~

Alhamdulillah.terisi lagi masa lapang yang berbaki 4 hari lagi sebelum kuliah sebagai tahun 2 bermula..akan kuisikan lagi ruang kekosongan ini dengan menjelajahi penulisan idola saya iaitu 2 buah lagi novel hasil karangan Ustazah Fatimah Syarha..

ni novel baru,,baru beli..baru pinjam dari kawan..trima kasih kawan sebab sudi pinjamkan..kepada yang berminat dengan novel ni,boleh la dapatkannya di kedai berhampiran..heee..:)

selamat membaca..:)

sesungguhnya orang yang rajin membaca itu semakin bertambah gedung ilmunya..pasti!!!:D










*motif penulisan entri ni: membawa anda mengenali novel2 islamik..yang semestinya membawa anda mendekati Dia dengan penuh mahabbah kepadaNya:)

sekian..

Monday 1 October 2012

masamnya muka..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

masamnyaaa....

kisahnya antara saya dan pak cik arab kedai dobi ni masa saya nak hantar dobi,maklumla,musim sejuk da nak sampai tak lama lagi..:):
saya: i put this blanket in this box.
p.cik arab: ok,you can leave it n take back your box,i will keep this blanket in a plastic bag after I wash this blanket.
saya: ok,thank you
saya pun keluar dari kedai tersebut dan terlupa pula nak bawa sekali kotak tu..aduiii,macam mana boleh lupa pulak ni..
p.cik: your box!!!!!!
saya: i'm sorry ..
bila terpandang je muka dia..tappp!!!,sedihnya..da la dia cakap tegas tadi,tiba-tiba buat muka masam pulak..malunya dekat pak cik-pak cik  dekat situ..

mm,saya paling x setuju kalau orang da buat silap kita nak buat-buat muka pulak..jatuh air muka pesalah tu..
sepatutnya kita senyum balik pada dia sebab kita da bantu dia betulkan kesilapan dia..besar sangat pengajaran yang saya dapat ari ni..
ingat ye,walau siapa pun mereka..orang asing ke,orang tempatan ke,orang sebelah rumah ke..kalau da memang kita nak tegur kesalahan dia..xperlulah tarik muka masam...sebab utamanya menjatuhkan air muka mereka dan yang kedua sudah pastinya mengguris hati mereka..oh Allah,Kau ampunkan dosa mereka yang tidak mengetahui..aminnn..

kesimpulannya..jangan buat muka masam lagi ye depan orang lain..senyum je selalu..pasti bertambah pahala free kita ni kan..insyaAllah,,:D


Saturday 29 September 2012

BERPISAH LAGI..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"TEMAN-TEMAN KARIB PADA HARI ITU SALING BERMUSUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN, KECUALI MEREKA YANG BERTAQWA"
AL-ZUKHRUF(43;67)

Hati manusia,apabila diikat dengan rasa kasih sayang,pasti sukar untuk dipaskan ikatan pertemuan itu..walaupun masa yang membawa mereka sentiasa bersama terlalu lama..masih tidak cukup untuk mereka menyemai benih-benih kebahagian antara mereka..kecualilah orang-orang yang redha akan pertemuan dan perpisahan yang fana ini semata-mata demi mencari redha Allah..walau jauh terpisah,namun hati akan tetap diikat dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang tersemat di dalam doa insan-insan yang mereka sayangi..

2 bulan bersama keluarga tidak cukup sebenrnya untuk kulepaskan rindu dan kasih ini kepada mereka yang kusayangi..namun,harus kusedar..perjuangan ini baru bermula..masih bnyak onak dan duri yang harus ditempuhi..semoga Allah akan mengira setiap pengorbanan ini..insyaAllah..

~SALAM PERPISAHAN~
@_@




























from: angah,doakan angah semoga berjaya di tempat orang..:)..aminn..
homesicknya walaupun da 10 hari tinggalkan Malaysia..xsabar nak tunggu cuti lagi..:(..

Thursday 27 September 2012

I LOVE READING..:)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Ketika Nabi Muhammad SAW didatangi oleh Malaikat Jibril,Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW iaitu :
"BACALAH"...

Sebenarnya hikmah penurunan wahyu yang pertama ini memberi kesan yang paling pesar dalam hidup masyarakat terdahulu sehinggalah generasi kini..sejak dahulu kita dipupuk dengan sikap membaca..dengan membaca kita mampu memiliki ilmu..ilmu dunia mahupun ilmu akhirat..dengan ilmu kita mampu berfikir..dengan berfikir secara bijak kita mampu membezakan antara hak dengan yang batil..itulah hikmah terbesarnya kepada kita..
semoga kita semua mampu menyemai sikap rajin membaca dalam hati kecil kita ini..

i like reading so much..:)
this is my new collection..alhamdulillah dapat jugak kumpul semua buku-buku ni untuk dijadikan rencah bacaan selain menghadap buku medik tu..:)..nice to share about these books..all made from Malaysia..:)..kat mesir memang xjumpa la..heee..



ni hadiah dari mak sebab teringin sangat nak baca bila nampak buku ni dalam bilik mak..
walaupun saya x baca lagi tapi confirm isi kandungannya terbaik!!!
banyak mengisikan kandungan tentang ilmu fardu Ain dan merangkumi panduan-panduan untuk kita memperbaiki diri menjadi anak,ibu,bapa,suami,isteri dan keluarga yang soleh..yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar
by: AL-USTAZ DATO' HJ.ISMAIL KAMUS


ini pula novel karangan novelis idola saya iaitu Ustazah Fatimah Syarha..istimewanya novel ini adalah ia dihasilkan melalui penulisan beliau dan zaujnya,DR.Farhan Hadi yang juga seorang novelis terkenal..
novel ini mengandungi kisah-kisah yang wajar dijadikan panduan untuk menjadi muslim dan muslimah yang sentiasa berpegang kepada asas agama sebagai prinsip hidup dalam membuat keputusan..tip-tip cinta pun ada..:)..
(seronok sebab akhirnya berjaya bawak novel ni naik kapal terbang..hehe.)


bagi saya tajuk buku ni sangat menarik..Shamrock tu apa ye???oowh,baru tahu tu nama tempat..hehe..n masih belum dibaca..tp yakin juga buku ni memang bagus kandungannya..sebagus kandungan buku 
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA dan AKU TERIMA NIKAHNYA..
semoga banyak ilmu yang mampu dicedok dari kisah benar pengarang buku ini..
by: HASRIZAL ABDUL JAMIL





yang dua ni pulak adalah koleksi novel alaf 21 yang saya sebenarnya x kenal penulisnya ni..
yang pasti novel ni mesti berkaitan dengan cinta..x salah rasanya membaca bahan-bahan sebegini..mungkin banyak pengalaman dari cerita ini boleh kita jadikan sebagai tauladan diri..siapa tahu mungkin ia seperti watak diri kita sendiri dalam novel ni..sekurang-kurangnya kita ada jalan untuk memperbaikinya kan..:)

tapi saya tahu,kawan-kawan kat luar sana mesti ada banyak lagi buku-buku dan novel-novel yang bagus2..semoga ilmu yang kita peroleh dari pembacaan ini mampu menjadi teman untuk kita menjadi insan yang sempurna..wallahua'lam..


#SUMMER 2012: SELAMAT HARI RAYA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Entri kedua untuk sanak saudara..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN..:)
Berkumpul di pagi Syawal..

kami di pagi raya..:)







paun-puan dan dara-dara..:)



4 ahli: keluarga A.CIK SOPIAN DAN M.SU NUR JAHAN

5 ahli : keluarga M.CIK SAADIAH DAN A.CIK.NIZAM

7 ahli: keluarga M.CU SITI FATIMAH DAN A.CU ZAKARIA

8 ahli : keluarga M.NDAK SALMIAH DAN A.NDAK ZULKIFLI..
ade ahli baru sorang tu..heee

12 ahli: keluarga A.LONG ABU SEMAN DAN M.LONG SIWOK.
.menantu 2 + cucu 3..berkembang2..hehee

4 ahli: keluarga A.TANG ALI DAN M.TANG TIMAH

kami warga biras-biras..heehee

kamilah peneraju keluarga BAHARI'S FAMILY


bakal-bakal penambah ahli keluarga..:)

beraya di rumah a.ngah tersayang..


ok..ni lah kenangan raya kita sepanjang di bulan syawal 2012..
insyaAllah tahun depan kita cukupkan semua ahli keluarga kita dalam album kita..:)


#summer2012 YA ALLAH,PEGANGLAH HATI-HATI KAMI..:)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sungguh sekejap masa berlalu..sedar-sedar da balik Malaysia..sedar-sedar da ada di Mesir..
sedar-sedar da di Malaysia semula..tahun depan la tu..aminn..:)

this entry i dedicated special to all my lovely friends in Malaysia..proud to be your friend..with the strong bonds of ukhuwwah beetwen us..may Allah bless us always..:)

IFTAR JAMA'E bersama sahabat-sahabat yg paling saya sayangi..
4 OGOS(SABTU) AND 5 OGOS(AHAD)
Restoran xingat..tp ada finger kn..hehe..
 at ICT for celebrating birthday..:D


ibu dan mok cik cantikkk:)

Secret recipe n bwp memang x boleh pisah..:)



 mana satu birthday girl ni??heehe

we are bidaba!!!!:)..tp sedih cbb x cukup semua..:(

kereta yb..:P

UIA PJ..:)


my roomates in qber..:)..ARINA je xde..miss u all

ni mesti 3 serangkai..

tahun depan jumpa lagi ye..sobs..:(


satu perkara yang paling bermakna dalam hidup kita adalah membuatkan orang-orang di sekeliling kita tersenyum dan bahagia dengan kehadiran kita..tiap langkah kita dirasakan oleh mereka walau jauh mana kita terpisah...tiap detik sentiasa merasakan mereka ada di sisi kita kerana mereka itulah yang wujud di setiap detik jantung hati kita..itulah manisnya ukhuwwah..tiada mnisnya ukhuwwah tanpa sulaman kasih sayang dan kebahagiaan bersama mereka...:)..


~DAMBAKAN BAHAGIA~