background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday, 2 September 2016

anak-anak karamella mudah didekati;SISWA BERBAKTI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

selawat ke atas baginda nabi Muhammad saw junjungan mulia sempena sayyidul ayyam hari barakah

alang2 tengah ada mood nak recall aktiviti harini ,jom layan kisah ke Karamella hari ni..
alhamdulillah dah masuk kali ke-4 berpeluang join bermacam-macam aktiviti kemesyarakatan di kampung Karamella yang terletak di Iskandariah ini

pembawaan pada kali ni yang agak menarik di mana kehadiran kami tidak seperti aktiviti lepas-lepas yang membawa pelbagai hadiah dan sumbangan untuk warga kampung Karamella tapi pada hari ini lebik spesifiknya kami membawa nilai yang agak mahal ertinya dalam kalangan masyarakat arab disini iaitu 

"kebersihan itu separuh daripada iman"

betul kata salah seorang pengisi tafakkuh,ustaz Jamil,kita tidak akan mampu mengubah seseorang melainkan mereka yang mengubah diri mereka sendiri,ertinya sekeras mana usaha yang kita lakukan untuk mengubah seseorang itu belum tentu mampu menukarnya menjadi seperti apa yang kita mahu melainkan diizinkanNYA untuk melihat nilai-nilai murni yang kita terapkan lalu diamalkan olehnya dengan seikhlas hati



kisahnya di Karamella,kasarnya penduduk di kampung ini sangatlah ramai bahkan kanak-kanak sahaja bilangannya hampir ratus-ratusan..mereka mempunya keluarga yang besar dan sangat-sangat menghormati antara salah satu antara mereka

bagi pelaksanaan program pada hari ini,kami hadir bersama lebih kurang 40 peserta yang menjadi sukarelawan untuk mengimarahkan kampung ini dengan melakukan beberapa aktiviti bersama penduduk kampung dan kanak-kanak khususnya..

sebahagian antara kami telah bersemengat untuk hadir awal dan team ini berjaya melakar satu lukisan mural yang sangat2 istimewa nilainya kepada warga kampung

taraaa..

beberapa kumpulan lain juga ditugaskan untuk bersama-sama bergotong royong membersihkan masjid..

turut dibantu oleh anak-anak karamella yang sangat-sangat mengalukan kehadiran kami..bersama-sama membersihkan sawang-sawang kipas,mencuci tandas,menyapu karpet , menyusun al-Quran dan lain2..:)



dan usai solat sasar berjemaah akhirnya tiba aktiviti yang ditunggu-tungu iaitu "jom kutip sampah"

pada awalnya, expect budak-budak kecik ni mesti tak nak tolong sebab mcm krik-krik je haha.. sekali kita keluar sarung tangan plastik tu berebut nak sorang satu..mereka ni bestnya bagila apapun tetap mereka terima..cara dapat sarung tangan tu macam nak kutip sampah sampai rabak plastik tu haha..

"kalau awak nak sarung tangan ni wajib kutip sampah dan buang dalam plastik hitam ni!"
dan alhamdulillah semua bersemangat untuk saling membantu..inilah generasi yang cuba kita bimbing dan pupuk untuk melahirkan nilai-nilai murni untuk sama-sama menjaga kebersihan..





dan sebelum pulang sempatlah kami bergambar dengan berlatar belakangkan potret mural yang terpower tercantik tergempak ni










dan setelah selesai semua nya kami bertolak pulang,meninggalkan team mural yang masih menghabiskan baki-baki mengecat dinding mural,keshiaannn huhu

sesungguhnya anak-anak kecil ini bergitu mudah mengikut tingkah yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa daripadanya,semoga dengan usaha kecil ini mampu medidik dan melahirkan satu nilai murni dalam diri mereka semua agar terus sama-sama menjaga kebersihan..

insyaALLAH next time kita akan adakan lagi program-program sebegini yang sangat-sangat mendapat sambutan dari para sukarelawan dan penduduk-penduduk kampung semua..alhamdulillah..:)

#PEACEAlex
#KampungKita
#karamella






No comments :

Post a Comment