background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday 25 October 2013

KIMBAP/SUSHI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

hari ni hari jumaat, hari penuh barakah..juga merupakan hari minggu kepada kami di sini..xsedar je dari pagi tadi..da petang da..esok ke kelas semula..

ok,post today is about KIMBAP..what is kimbap???kebab??
hoho..no na no na..

baru taw daripada kawan yg duk belajar negara mata sepet tu..kimbap tu nasi seaweed..atau pun yg femes skali kalau org slalu makan dgn raw seafood tu namanya??:SUSHI..

very enjoyed made it yesterday with my roomates..
how to make it??

ok,so hari ni cef D.B akan sediakan cara2 buat kimbap ni ye..

bahan-bahannya:
1.telur dadar(goreng nipis)
2.nasi yang dimasak agak lembik(kat mesir guna beras mesir je sebab beras sini mcm lembik skit kalau sukat air macam masak beras msia)
3.carrot dan timun yg dihiris nipis
4.crabstick yg dipotong nipis
5.sosej goreng/rebus(optional)
6.mayonis
7.seaweeds jgn dilupa ye(sediakan sushi mat skali utk lebih mudah menggulung)
8.air suam bersama garam,gula dan asam limau/cuka(ni utk digaul bersama nasi yg telah dimasak bg memberi rasa kepada nasi tersebut


cara-caranya:
1.gaulkan nasi yg telah dimasak bersama air suam yg dicampur garam,gula n asam limau..rasa adalah mengikut citarasa anda..kuat masin??bubuh banyak sikit garam..kuat manis??lebihkan gula..:)
2.hamparkan seaweed di atas sushi mat..kemudian ratakan nasi separuh drpada seaweed tu..kemudian sapukan mayonis di atas nasi yg telah diratakan itu
3.Susun segala bahan yg disediakan td diatas nasi yg telah disapu mayonis..begini ye:


4.setelah disusun dengan kemas,bolehlah digulung kesemuanya dengan mudah bersama sushi mat:
5.dan setelah itu..siappppppppp..sebelum makan potong la dulu lemang jepun ni ye..kikiii




selamat mencuba..:)

tapi ade satu makanan yg gue tuggu bonda gue buat mase cuti summer aritu cuma beliau xberkesempatan nk mmbuatkan utk gue..dan akhirnya tadiiiii..
ini gambar yg dihantar kepadaku..:


waduhhh..ni ganda lagi sedap dri kimbap ni..kenal x ni ape???
ni namanya tembikai..oops silap..ni agar-agar tembikai..sebijik rupa cam tembikai..tapi mak cakap tembikai dye terlebih tebal plak kulitnya..hoho..

ada mase buat agar2 tembikai plak..korang nak resepi ni x???tunggu tahun depan cek berguru dgn ibunda cek dulu..hehe..
ok sekian..slamat berhujung miggu:D

Wednesday 23 October 2013

SELALU LUPA TANGGUNGJAWAB

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"YA TUHAN KAMI,JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI SALAH. YA TUHAN KAMI,JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBANAN YANG BERAT SEBAGAIAMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG SEBELUM KAMI"
AL-BAQARAH :286

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

hari ni masuk hari ketiga sebagai pelajar tahun tiga pelajar medik..seronok sebenarnya kerana akhirnya sampai ke fasa terakhir sebagai pelajar pre klinikal...

tapi baru 3 hari..tiba-tiba da rasa macam-macam..rasa macam penat seharian..bermula seawal 7 pagi,sibuk bersiap untuk menghadiri program AHLAN adik2 tahun satu pelajar sains kesihatan di Iskandariah..pukul 8 pagi program telah bermula..

pukul 10 pagi terus lari-lari cari teksi ke fakulti mowassa utk kuliah hari ni selama 2 jam jerrr ..ngehngehngeh..maknanya xdela pening sangat kepala ngadap buku setakat sehari kelas hanya 2 jam..

then balik kelas terus gi kumpul di" virtual bas station for malizi"..portofino ::)
sebab tempat ni kumpul ramai2 nak hantar kawan2 naik "bas kecik" pulang ke malaysia (sbelum tu,bas kecik ni bawak mereka g airport dulu la ye)..

sedih sebab ramai sgt yang pulang ke msia sambung  pengajian di msia..dalam pkul 2.30 petang da kejar-kejar teksi pulak gi convention centre lagi skali nak attend program "BERSAMA KEDUTAAN MESIR"..masuk2 je..
fuhh,lega da dapat rehat dalam dewan aircond..

habis program terus gi asrama MARA n setelkan keje paling biasa buat iaitu menyumbat nasi ke dalam stomach melalui proses yang paling mudah iaitu "makan"

dan akhirnya....maghrib pon masuk,dan kami(saya dan housemates) menaiki teksi untuk pulang ke rumah..

huhh...seharian padat masa..sampai2 bilik terus rasa macam:

AKU NAK TIDURRRRR...PENAT SANGATTTTT

Allah..tengoklah sahabat-sahabt...ni la contoh paling xbaik..ni la saya yang xbaik..astaghfirullahalazim..ni mesti sebab paling besar dia ialah 
"lupa"

lupa taggungjawab sebenarnya..xingat da
"aku ni PELAJAR"
"aku ni HAMBA"

BARU DIUJI DENGAN MASA YANG PADAT..TERASA MACAM DAH LEMAH

yup mybe because im a medical student..everyday kena revise lecture yang belajar pagi2 kat kelas..kalau x ,jadi lupa..kalau x, exam jadi susah..kalau x,nanti xkuat nak jadi doktor..haihh macam2..

kalian punya cerita??

ENGINEERING STUDENT??
DENTAL STUDENT??
TESL STUDENT??
EVEN STUDENT NAK BELAJAR MENJAHIT / MEMASAK PUN NAMANYA STUDENT JUGAK TAW..

Sebab semua orang ade tanggungjawab..patutlah ingat balik..walaupun masa tu macam xcukup je 24 jam sehari untuk kita..kita patut kira smula waktu yang masih ade ni untuk kiTa uruskan dengan sebaiknya..
ya jam da pkul 7.00malam(waktu mesir/1.00 pagi waktu msia)..
ada masa lagi..

kesimpulannya..inilah kisah saya sebagai pelajar..pelajar yang masih besar tanggungjawabnya..tidak sekali sepatutnya LUPA tanggungjawab diri..bila penat, rasa malas..tiDak sama sekali..pada kalian di luar sana juga..kalau tiba-iba rasa malas tu,cept2 reset minda..jangan LUPA!!!!!
OK??^^
OK..jumpa lagi

mokcik undur diri dulu..nak study dulu ye..heheeheh..


sharing my daily routine :)
*ampun maaf sebab entry mengarut sangat..tapi seriously lega n semangat nak bukak buku bila da rasa diri da banyak sangat LUPA..dah insaf insyaALLAH:)
SEKIAN..WASSALAM


Sunday 20 October 2013

iskandariah sepi dengan kehilangan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

FLOW OF THE STORY

30 JUN 2013
pra kejatuhan presiden mesir(nama tak dimentionkan berikutan aspek keselamatan penulis blog)huhu..
rakyat mesir mula berhimpun beramai-ramai..mengadakan demo dan sebagainya untuk menyuarakan isi hati sama ada sebagai penyokong atau pembangkang kerajaan..

(SUMBER: INTERNET)

3@4 JULAI 2013
presiden telah dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri..yeah because this is EGYPT...anyone can make anything for what they want..bermula kegelapan untuk hati2 yang menyinari MESIR dengan keamanan..

4-10 JULAI 2013

majoriti students of alexandria university struggled for their final exam..time ni jugak rakyat mesir berkumpul beramai-ramai dengan "kes" yang tak sudah..tapi bagi kami pelajar-pelajar di sini..horayyy..lg seminggu nak balik malaysia..balik puasa di Malaysia,raya d Malaysia,cuti di Malaysia..mesir bagaimanakah???

OGOS,SEPTEMBER 2013
Dua bulan mengahabiskan cuti sejak sampai di Malaysia pada 11 JULAI..hampir 3 bulan bercuti..status mesir masih tidak mengizinkan kami pelajar mesir untuk meneruskan pembelajaran di sana..and finally..kementerian pelajaran Malaysia memeberi tawaran kepada seluruh pelajar Malaysia di mesir untuk membuat permohonan meneruskan pengajian di Malaysia..Allah..kami tahu kami diuji tap kami yakin kami pasti menemui jalan penyelesaiannya..


3OKTOBER 2013
tarikh kepulanganku ke mesir..permohonan kpt telah dihantar..tapi hati langsung tidak tertarik untuk pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajian di tanah air..kenapa???
mak ayah bukan tak risau tapi mereka mletakkan kepercayaan kepada diriku untuk memilih dengan sebaiknya..katanya..kalau rasa yakin,teruskan sahaja di sana..untuk sambung di Malaysia juga bukan satu halangan dari mereka..dan akhirnya..mesir menjadi pilihanku..

14 OKTOBER 2013
keputusan permohonan telah dikeluarkan oleh KPT..
alhamdulillah diriku telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di IPTS..namun tiada terdetik hati untuk pulang ke tanah air..namun hati mula sayu..kerana pada hari ini bermulanya titik perubahan besar buat kami semua warga universiti iskandariah..semua yang memohon telah menerima tawaran di tempat baru,..
hampir 50% agaknya daripada batch stanza mahabbah akan meneruskan pengajian di Malaysia...sepi..kosong...hilang...
mungkin ini yang ku rasakan...

20 OKTOBER 2013
hari ini..bakal mengiringi kepulangan sahabat-sahabat yang mungkin entah bila akan berkunjung ke mesir lagi..Alhamdulillah..kuterima semua ini dengan penuh keredhaaan..moga Allah takdirkan yang terbaik untuk semua..inilah ketentuanMU..moga ini juga yang terbaik buat kami..
schedule esok untuk kami third year medical student da direleased kan sebentar tadi..bersemangat sungguh sebenarnya..mga esok bermulanya hari baru untuk kita yang berbaki di iskandariah ini..







selamat tinggal kesedihan..selamat datang kebahagiaan,
DAMBAKAN BAHAGIA..