background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Wednesday, 8 August 2012

mak kata da boleh kawinn..:)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

MAK : boleh je angah da nak kawin..........then,,,alamak x ingat langsung da ayat mak..
apelaa...tapi ayat first tu mmg bestttt..hehee..


puihhhh:P..gataiii..hehee..ade ke  yg suka bila cakap pasal kawen?atau: "i x maen la ckap psal kawen2 ni,gtai sgt ke nak kawen?"..haha..kt luar je ni dlm hati mesti fikir,"kalau sampai masanya,moga Allah pertemukanku dengan si dia yg sesuai.aminn.."*tipu kalau x pkir mcam ni kan..hehe...
actually,malam ni tertarik pulak nak bercerita topik kawenn ni..not for me,just nak mnggulung ayat mak tu je..hehee..*cover2,,

bukan apa,sejak da naik umur ni nak masuk 20,rasa macam da matang satu langkah lagi,yela,anak dara,kalau duduk dengan mak..rugi x korek rahsia..sejak bercuti dengan mak ni..banyak ilmu yang saya da simpan sikit2 dalam hati ni..yang pasti bukan ilmu kawenn..huhu

sekadar untuk peringatan diri dan sahabat yang dikasihi..anak2 remaja di luar sana suka bercerita tentang khidupan akan datang terutamanya bab kawen2 ni..tapi tak dinafikan itu adalah fitrah yang Allah ciptakan untuk mereka setelah mampunya mereka itu berfikir secara matang..namun..kadang2 kita lupa..*sedikit je tu lupa..:)

adalah lupa untuk meletakkan kasih sayang sebenar pada dua insan yg tersangat layak untuk kita kasihi sebelum masuknya kita ke 'alam baru' dan membahagikannya pula pada insan satu lagi ni..
pernah dulu saya terkesan dengan kata2 sahabat:

"kita suka bercerita tentang pernikahan..tapi mungkin dalam masa yang sama kita telah lupa untuk bercerita tentang kasih kita pada ayah dan ibu kita"..

ya,,betul sekali teman2...selagi kita masih belum dimiliki dan memiliki.letakkanlah rasa kasih kita ini sepenuhnya pada kedua ibu bapa kita setelah Allah dan  Rasul..fikir-fikirkanlah masa singkat yang ada ni..sedar tak sedar..kita da jadi insan dewasa..yang akan sampai pada fitrah itu..fitrah yang saya ceritakan di awal2 tadi..sebab itulah..daripada ayat pertama yang dikeluarkan oleh mak tu,hati saya terus menjadi sebak..kerana..diri ini belum cukup berguna untuk membalas jasamu wahai ibu dan ayah..;(..


wahai sahabiah sekalian..jodoh itu telah tersurat sejak di luh mahfuz lagi untuk kita..mak kata..kalau nakkan sesuatu yang baik..janganlah dikejar apa yang baik itu,sebaiknya baikilah diri sndiri dulu..kmudian,pasti apa yg dikejar itu akan mengejar kamu pula..mm,,betul sangattt..

so,back to the topic..untuk remaja di luar sana yang dikasihi..penuhkanlah hati2 kita dengan kasih sayang pada insan yang selayaknya selagi belum tiba masanya itu..jangan dibiarkan masa itu berlalu pergi tanpa kita sedari kehilangannya..sekiranya datang insan yang Allah aturkan untuk kita ,bersyukurlah padaNya kerana telah mengaturkan yang terbaik untuk kita..*sronok juga dapat jemputan2 majlis kawen dari kakak2 yg dikenali..moga kita juga dipermudahkan.xperlua risau2 ea..yang penting apa??
JAGA DIRI JAGA HATI JAGA IMAN ..confirm lagi senang Allah hadiahkan 'kebahagiaan' untuk kita suatu hari nanti..aminnn..

*entri ini tiada kaitan dengan sesiapa mahu yang hidup atau yg mati..sekadar bicara hati Sang Pendamba Kebahagiaan untuk peringatan diri sndiri dan sahabat sekalian..semoga bermanfaat..
salam ramadhan ke 21..