background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday, 28 February 2014

Mengapaku beristikharah??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Alhamdulillah hari ni dah masuk 1 Mac maka berakhirlah Februari bersama Januari meniggalkan kita..dan pada hari yang hening ini,tiba-tiba pulak rasa tertarik nak bercerita mengenai topik ISTIKHARAH,..

selalunya istikharah dikaitkan dengan manusia yang sedang dalam bertungkus lumus untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah akan apa yang ingin dilakukannya..bolehkah istikharah dilakukan setiap hari..

hmm...

berbalik kepada topik asal,MENGAPAKU BEISTIKHARAH??

cuba semak dalam diri kita,walau sebesar zarah pun Allah pasti mengetahui apa yang tersimpan dalam hati setiap manusia..dan untuk diri kita pastinya kita mengetahui tujuan kita beristikharah..pastinya kita lebih tahu apa yang ingin kita mohonkan..adakah kerana jodoh??kerana peperiksaan??kerana makanan yang kita nak masak apa hari ini??ya istikharah itu bukanlah semata-mata untuk insan yang sedang membuat pilihan untuk jodohnya..

bagi diri yang kerdil ini,saya sebelumnya saya sangat susah untuk melakukan istikharah kerana pengalaman lalu apabila melakukan istikharah,saya tidak pernah bertemu jawapan yang saya rasakan ianya adalah yang terbaik melalui petunjuk Allah..

rupa-rupanya..apabila terbaca sana-sini..manakan Allah ingin memberi petunjuk pada hamabNya yang bermaksiat??jadi baruku sedari,dalam sibuk beristikharah..aku lupa untuk memperbaiki kesilapan diri yang sentiasa bermaksiat pada Allah..patutlah susah menerima jawapan..

berkaitan JODOH..aisshh suka benor den ni kalau cakap pasal ni..hahaa


bolehkah jodoh ditunjukkan apabila kita beistikharah??

saya percaya semua orang yang masih belum berjodoh pastinya ingin sangat2 mengetahui siapa jodohnya??
"dekat dengan aku ke??"
or
"ade dekat dunia lain ke??''haha yang ni kena hati-hati takut2 terminat dek makhluk lain pulak

bagi pandangan saya,

apabila kita ingin meminta,maka kita perlu yakin bahawa lambat atau cepat kurniaanNya itu..siapapun jodoh kita,kita pasti tidak akan mengetahuinya selagi Allah tidak mempertemukannya kepada kita..jadi yakin pada Allah bahawa Dia sedang membawa kita ke arah jodoh kita dengan cara yang dikehendakiNya,,,,

bimbang tersalah langkah,maka eloklah istikharah itu menjadi panduan untuk mendapat petunjuk Allah dalam setiap apa yang dilakukan kita..mungkin dengan hanya beristikharah,Allah akan memudahkan jalan untuk kita menemui adakah DIA JODOHKU..tenang hati dalam setiap urusan..tiada syak dan wasangka pada orang lain..

ok stopppppppppppppppppppppppppppppppppppppp..selesai bab jodoh...malu ana nak cerita pasal jodoh ni,ilmu di dada tersangatlah cetek..

kesimpulan yang saya boleh buat di sini.
apabila kita yakin dengan bantuan Allah,maka perlulah kita menggerakkan diri kita untuk mendapatkan petunjuk Allah dalam setiap keputusan yang ingin dilakukan..
dan yakin juga bahawa ALLAH tidak pernah tersilap dalam menentukan sesuatu pilihan untuk kita..
hanya kita yang perlu menguatkan diri dan melapangkan dada untuk menerima segala ketetapan Allah..
barulah namanya HAMBA SOLEH!

OK selesai dullu luahan hati di pagi hening..jom solat  dulu!!
sekian..

Wednesday, 19 February 2014

winter break 2014;DAY 1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

KATAKANLAH ( MUAHAMMAD) "BERJALANLAH KAMU DI MUKA BUMI,LALU PERHATIKAN BAGAIMANA KESUDAHAN ORANG-ORANG YANG BERDOSA.
(AN-NAML:27;69)

Alhamdulillah..segalanya kuucapkan syukur kepadaNya kerana mengizinkan jasad ini bersama roh untuk sekali lagi menjelajah bumi anbiya di suatu kawasan yang penuh sejarah iaitu di Luxor Aswan dan Hurghada..

moga2,semua kenangan yang terpatri kekal bersama ibrah untuk dijadikan pedoman hidup..di sini kupatrikan segala kisah kami sepanjang permusafiran..:)

selalunya orang yang dapat pengalaman depan mata dia akan lebih excited walaupun gambar dah menceritakan segalanya..hehe,so maknanya kalau bosan view jelah gambor2 eden ni ye..nak baca tunggu rajin2 jela kot takut nanti baca karangan xde penghujung pulak..mihmihmih..:P

dengan ini,,dimulakan..(dengan bismillah)^^

1:30 pm: keluar dari rumah bergerak keluar mencari bekalan,makanan bekal da siap2 masak dah nasi gorang..taw je mesti lapor dalam tremco nak ke cairo nanti



2:00pm: setelah cukup rakan2 seangkatan iaitu 10 akhowat dan 4 ikhwah yang belakanya warga sm(stanza mahbbah):D di mahattah misr,kami bertolak ke cairo dengan menaiki sebuah tremco yang agak selesa,alhamdulillah..

6:00pm: sampai ke cairo dan menaiki sebuah lagi tremco untuk menuju ke hayyu asyir,souk sayyarat..tempat bejanjinya warga2 bas ke luxor:)..

8.00pm: sepatutnya bas bergerak pukul 8 malam,tapi sebab kami sampai betul2 pukul 8 dan perut masing2 da lapor bebenor,ustaz yang menguruskan perjalanan,btw semua ustaz adalah warganegara indon..jadi kami pon bisa jadi orang indon juga dong..terusin kami di bawa ke restoran seberang gituh..makan2 nasi ayam penyek sebentar..:)ala2 sinetron pun ado sebabnya ramai sangat orang indon dekat kedai makan tu..huhu






9.45pm: perut kenyang,hati girang,mata pon ngantuk..lepas je baca doa naik kenderaan,masing2 mula melayan angan sambil memejam mata menunggu lena,cewh..hehehe..
alhamdulillah bas mula bergerak ke destinasi.. 

next,TERUSKAN MEMBACA DI LINK BAWAH:)
****************
winter break 2014; day 2





winter break 2014:day 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


" Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi,sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dada"
(Al-hajj: 22;46)

2:00 am : setelah hampir 5 jam perjalanan,yang tak sedar pape..tiba2 bas dah berhenti..kami berhenti di RnR versi mesir,terbaik!!!!
turun sat semayang jamak isyak n maghrib..masyaALLAH tandasnya.. tak tahu dekat mana tempat berhenti ni..agak kecewa dengan keadaan toilet tapi xpelah orang kata..xpergi xmerasa..teruk pon teruklah asalkan sempat tunaikan solat..

6:30 am: singgah untuk solat subuh di suatu kawasan yang xtaw nama jugak tapi memang sejuk ya amat..brrrr..



7:00 am: sampai ke destinasi pertama iaitu LUXOR..

sejarah luxor : ni diaaa
~nama asal: luxor atau al-aksor yang bermaksud istana
~pemerintahan oleh Firaun amin khattab( ejaan xdisahkan benar) yang merupakan firaun yang mempercayai bahawa tuhan itu hanyalah satu
~wilayah pemerintahan adalah Thebes
~pemerintahan sejak abad ke 17


da sampai2 ke luxor,perjalanan diteruskan ke ASWAN pulak..

sejarah Aswan 
~nama asal: sulu;market(nama sebenar in english)
~800km from cairo
~the most beautiful place in Egypt
~famous island in Aswan: Nubian Island




first place in Aswan yang dilawati: UNFINISHED OBELISK
dengar dari tour guide: unfinished old place..haha lain benor 

sejarah:

~tinggalan sejarah sejak 3500 tahun dahulu
~ini adalah tempat untuk pembinaan obelisk(benda ni hat orang zaman2 dulu letak depan temple kononnya lambang cahaya(kot) 
~orang2 dulu depa korek batu ni terus jadi sekeping sebatang obelisk tu..
~lebih kurang 7 months taken to finish the extraction of obelisk
~ada satu tinggalan yang xsempat dicabut,ini adalah obelisk untuk firaun HASHEPSUT,panjang lebbih kurang 42 meter tapi xsempat nak extract sebab ada keretakan pada batu tersebut..maka tinggallah ia menjadi sejarah sejak zaman firaun lalu..

*ini adalah unfinished obelisk yang xsempat di extract kerana ada keretakan  pada batu tersebut

*yang dipegang oleh tour guide: tool untuk cabut obelisk:deurite





second place: NUBIAN ISLAND
sejarah: 

~kawasan penempatan masyarakat nubian di sebuah perkampungan yang terletak antara mesir dan sudan
~mereka adalah masyarakat arab tetapi dari kaum berkulit gelap seperti orang africa..
~boleh bertutur arab tetapi bahasa pertuturan sesama mereka adalah bahasa nubian..orang dyorang je faham
~satu keunikan mereka ni,depa duk bela buaya dalam rumah..buaya besar lagi hidup plak tu..huhhh..serraamm..
letak buaya dalam sangkar pendek pulak tu..macam bahaya sangattt,..
~rumah pulak tidak beratap..hanya berbumbungkan daun2 kurma kerana kawasan mereka ni jarang berhujan..pernah 3/4 tahun sekali baru hujan..
~mereka juga adalah golongan yang menolak kemajuan.masih hidup dalam tamadun sendiri dan masih mempercayai perkara2 tinggalan nenek moyang masing-masing walaupun da menganut agama islam..
~bayaran untuk masuk ke kampung ini adlah 20le memandangkan kawasan ini memang disediakan untuk pelancong..sesapa yang datangboleh terus serbu rumah diorang ni..pintu terbuka..open house gituhh..hehe

last sekali before balik,kami dihidangkan syai bil mint sebagai hidangan tetamu di sutuh yang memang cantik untuk melepak sedut2 angin..:)







 Jannah dan adiknya yang comel:D







 TEMPAT2 MINUM TEH..BESAR DAN KEMAS BERSIH..

bumbung yang tidak beratap..



third place: PHILEY TEMPLE

sejarah:
~firaun Uzairus(good) dan firaun sist(bad)
~firaun uzairus dibunuh oleh sist
~ini adalah temple lambang kasih sayang oleh isteri uzairus iaitu Aixis yang sangat mencintai uzairus walaupun uzairus telah mati dibunuh..
~temple ni adalah tempat kedua setelah dipindahlan dari pulau yang sebenar yang jaraknya 500m dari pulau kedua selpas dipindahkan..
~banyak lagi kisahnya..panjang sangat so gambor2 jela ye..:)


 menaiki bot untuk ke philey temple

















 kedudukan temple yang sebenar di pulau seberang..





NEXT
*************





Tuesday, 4 February 2014

ke Qalaah kami berukhuwwah:)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM WBT..setelah sekiannn lama..akhirnya blog berjaya diupdate..punya lah malas nak jenguk blog..akhirnya hati kembali ke pangkal jalan..kerana terlebih excited dan xmahu pengalaman indah ni hilang begitu sahaja..maka kupatrikan kisah kami hari ini dalam blog tercinta ini..

alkisahnya..:)

satu hari di hari renyai2 hujan..kami memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju iaitu Qalaah/Citadel of Qaitbay..bersama-sama adik sc atau umumnya dikenali sebagai adik sc(smart circle)..


mase ni adik2 sc semua macam xde mood sangat.maklumlah lepas exam..mesti semua dok pikir pasal paper tu boleh score ke x..hehe,biase da banyak pengalaman..:)..insyaALLAH adik2,kita dah usaha..tawakkal je yang tinggal..jangan sedih2 ya:)

tunggu punya tunggu tremco(van) nak ke qalaah tp xde jugak..last2 gerak jalan kaki..rezeki hari ini xpernah lagi tengok orang tarik pukat tepi laut..

  
subhanallah xterkata indahnya ciptaanMU..


Setelah hampir 1000 meter..nampak jauh sikit kan tulis dalam m instead ok km hanya 1 je..hehee.

kami pon mencuba untuk mencari tremco..da xlarat jalan..muka semua da lapar..hee..
alhamdulillah akhirnya dapat naik sekali harung semua,tremco kosong..sesampai sahaja di sana..masing-masing mengekspreskan kegembiraan masing--masing..
ya ALLAH..BESTNYAAA...

mencari port yang sesuai untuk menjamu selera makan tengah hari..tiba2..hujan membasah bumi..bertempiaran makhluk2 di tepi pantai mencari tempat berteduh termasuklah kami yang sramai 14 orang ni:)

xsampai lima minit,hujan berhenti..alhamdulillah..

setelah menjumpai tempat yang sesuai dan agak bersih..kami menapak di benteng pantai untuk makan-makan..:)

alhmdulillah abis seperiuk nasi.



gendang gendut tali kecapi..kenyang perut??suka hati...



acara terakhir..memasuki kubu sultan salahuddin al-ayubi..:)
bayaran yang agak berpatutan untuk kami warga asing ni..15le.hhee..boleh la kan walopun kalau 10 orang da jadi 150le,mak aii banyak jugak tu..tapi xper,,berbaloii:)




xdapat nak ambik gambar sama-sama dengan adik-adik dalam ni sebab semua dah ilang dalam bangunan..berpecah segalanya..hee.dari 3.00 petang..kami berjanji untuk bertemu semula pada jam 4.00 petang..alhamdulillah cukup sejam abis satu bangunan kubu dilawati..macam-macam ada dalam kubu ni rupanya..

~meriamm kebabomm
~masjid kedua tertua di iskandariah
~penjara..izy kata best sebab pandang luar nampak laut..aman bahagia duk dalam penjara
~rumah bilik-bilik...
~tempat penyediaan makanan
kubu ini dibina sebanyak tiga tingkat..alhamdulillah merasa lah duduk tepi pagar tingkap penjara tu ala2 rapunzel kena kurung ngan mak tiri dye..hehee..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulilah..tak tahu bagaimana ingin digambarkan perasaan seronok menimba pengalaman hari ini..syukur..:)

balik dalam pukul 4.30 semua diam dalam tremco..penat sgt kan tapi seronok..balik-balik edit gambor,upload gambor,share gambor n lastly update blog..kholass...

ok,da semangat nak sambung study plak sebab nk exam last paper 9 feb ni..mohon doakan..adik-adik pun exam last paper 15 feb..insyaALLAH rabbuna yusahhil..aminnn..

sekian..wassalam..