background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Saturday 21 February 2015

segenih pun masalah!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"SEHINGGA ALLAH AKAN MENGAZAB ORANG MUNAFIK LELAKI DAN PEREMPUAN,ORANG MUSYRIK LELAKI DAN PEREMPUAN DAN ALLAH AKAN MENERIMA TAUBAT ORANG MUKMIN LELAKI DAN PEREMPUAN DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN,LAGI MAHA PENYAYANG".
AL-AHZAB-73

Belakangan ni,naik teksi je kita nak bayar 5le,dia nak 7le..kita nak bayar 6le,dia nak 7le,kita nak bayar 7le ,suka dia pulak nk 8le..aduss..pak cik teksi lagi kisahnya..hmm,hari ni membuatkan diriku mengimbau kenangan duit teksi ni dua tahun lepas semasa masih berulang-alik ke kuliah di Mowassa..
turun-turun dari teksi tanpa berlengah kuhulur sekeping not bernilai 5le namun di situ juga aku ditengking dan dia meminta tambahan sehingga menjadi 10le
(1 le= 50 sen)

dan disebabkan kesabaran yang hilang pantas aku berlari selepas mencampakkan baki yang masih dituntut oleh pak cik arab tersebut..dan sesampai di bilik maka berlakulah drama menagis meraung melalak kerana berang dan tidak berpuas hati dengan sikap pak cik tersebut..bukan kerana duit,cuma yang lebih memanaskan hati apabila diri terasa dizalimi,dia berlaku tidak adil.. dan segala ketidakpuasan hati mendidih-didih dalam hati..

tapi hari ini,setelah mengalami benda yang sama..
dengan mudah hati berbisik pada diri sendiri
"amboi,sedapnya kau pak cik..dahla,peduli jelah..banyak lagi benda lain yang aku nak fikir"
mudah!

mudahnya bila sabar itu menjadi kunci pada kemarahan..
aku bersyukur kerana di bumi mesir inilah aku belajar mebentuk hati menjadi "sejuk" dengan sikap orang-orangnya yang "panas"..ini bukan kutukan tapi kajian yang boleh diperhatikan dari sudut budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini yang memang agak "panas"..

perhatikan pada setiap dari kita,memang banyak masalah yang kadang-kadang membuatkan kita rasa terlalu terbeban..

ditanya soalan-soalan ubm pun dah celaru,tengok kawan-kawan naik pelamin pun dah kalut nak cari mana partner pelamin aku ni??
kui3..maf naa ni kalau terasa..

patutlah emakku pernah berpesan..jangan terlalu "memikir"..kadang-kadang sebab kita terlalu fikirkan masalah maka ia akan tetap menjadi masalah bahkan menjadi beban pula untuk ditanggung..sudahlah jalannya tiada penyelesaian..seperti kisah duit teksi ini,mungkin adalah lebih baik jika dua tahun lepas aku mampu berfikir sekadar
"argh,ambik la nak sangat!"walaupun marah tapi sekadar biasa-biasa itu lebih bik dari meletakkan ia sebagai bebanan kerana yang lagi meyusahkan apabila kawalan emosi yang tidak stabil itu akhirnya membentuk diri kita mejadi orang yang susah untuk bersabar,bahkan senang pula untuk mengeluh dengan masalah-masalah kecil..


dan semalam MTC telah berakhir,banyak yang dimuhasabahkan pada diri sendiri..melihat pada pimpinan-pimpinan seorang demi seorang..aku berfikir,mereka memikirkan masalah warga seiskandariah ini,masalah kebajikan,masalah pelajaran,masalah sosial ahli dan macam-macam lagi..semua itu masalah..tapi bagaimana akhirnya mereka telah meletakkan posisi/jawatan masing-masing dengan sebaik-baik pencapaian terbaik dari setiap AJKT..TERIMA KASIH KALIAN SEMUA!!
kadang-kadang kita yang di bawah ini suka melihat pada masalah namun bersyukurlah dengan bantuan-bantuan kerahan tenaga merekalah kita mampu menyelesaikan masalah-masalah yang pasti lebih besar dari masalah 'duit teksi" 

dan akhirnya,ingin kukongsi..mungkin juga kadang-kadang kita terlalu memikirkan yang kita sahaja mempunyai beban,seolah-olah kita sahaja yang memiliki masa untuk menyelesaikan hal kita..caknakah kita pada masyarakat di luar sana?yang sah-sah lagi bertimbun bebanannya..barangkali..huhu..

jangan membesar-besarkan perara kecil sehingga sekecil bebanan sudah tidak terdaya untuk diatasi..refleks!terutama pasna penggerak pena maya ini..
sekian..

Monday 16 February 2015

wanita dan jodoh

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Wahai Nabi!Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang mukmin: " Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."
Al-Ahzab;59

alhamdulillah selesai sudah exam ophthalmology hari ni,moga Allah berikan yang terbaik untuk natijah imtihan..selepas tamat sesi peperiksaan tadi,kami beramai-ramai menuju ke cafe untuk bersama-sama meraikan birthday sister gameelah..<3

dan beberapa topik hangat dibicarakan memandangkan bertambahnya umur dengan setiap kali sambutan birthday..maksudnya umur juga semakin menginjak ke arah dewasa..wanita kini bukan lagi baby girl..kuang3

dan doa terkesan..
"ya Allah kurniakanlah kami semua jodoh yang baik"

ya,sekadar merefleks diri,jadi topik hari ini adalah berkaitan jodoh:)
*senyum mudah terhibur..

bukan kerana terlalu terdesak hingga kerap bercerita mengenai jodoh,namun ingin ku ajak kalian saudari ukhti untuk bersama-sama merenung,adakah jodoh ini menjadi sesuatu yang menganggu..manakan tidak 

kawan-kawan mula bertanya..
"bilakah giliran enti??"

"dah ada calon ke??"

hmm,bukan itu topik utamanya..namun dengan usia di awal 20-an ini,fitrahnya remaja sekelilingku membesar dengan suasana begini.ini fitrah normal..apatah lagi melihat rakan-rakan sebaya sudah mula ke jinjang pelamin,membina keluarga bahagia..hati mana yang tidak berbunga..melihat sahabt bahagia juga sudah cukup membuat hati sendiri juga bahagia..

namun..untuk merenung kepada diri sendiri..

"adakah jodoh lambat ini petanda aku tidak sempurnakah?"

duhai sahabat..sentiasalah mengingatkan hati bahawa jodoh itu juga salah satu rezeki yang Allah aturkan untuk hambaNya..dan rezeki itu seperti yang Allah janjikan..Dia tetap memberi rezeki itu kepada setiap hambaNya yang bermohon dan berusaha ke arah rezeki itu walau dengan apa cara sekalipun..

begitu juga jodoh..jadi..sangatlah beruntung sebenarnya jka hati masih belum terisi dengan perasaan untuk diberi kepada insan lain..kerana peluang untuk mendekatiNya masih terlalu luas..


dan secara peribadinya saya sendiri kadang-kadang ragu-ragu adakah jodoh itu sesuatu yang perlu dikejar-kejar??

apabila memikirkan ibu bapa,amalan dan hubungan pada Allah..akhirnya hati berserah bahawa 
"mungkin kerana ini Allah lebih tahu yang aku belum bersedia"

"Perempuan-perempuan yang keji untu lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)."
Al-Nur;26

maka adalah................takde idea dah..bersambung..:)



Saturday 14 February 2015

tahajjud itu hadiah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



IMAN..

makin diuji makin bertambah nilainya,namun adat manusia..terkadang ujian itu menjadikan iman mereka jatuh serendah-rendahnya di dasar...

namun yakinlah..hadiah yang Allah ciptakan untuk hambaNya sentiasa dekat padaNya..kebali merintih padaNya..itulah namanya tahajjud..

sejujurnya aku sangat suka dan cinta berbicara soal ketuhanan kerana aku punya tuhan yang sangat Agung,Allah azza wajalla..yang sentiasa menjadi tempat untuku berlindung..da hanya padaMu ya Allah aku sandarkan pengharapan..

moga cebican ujian yang hanya sekecil ini mampu mendidik jiwa untuk sentiasa mendekatiNya..astaghfirullahal adzim.
hamba hina~

lelaki tetap lelaki~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

PENAKU BERGERAK DI BAYANGAN YANG NYATA
MENGUKIR KISAH SUKA DAN DUKA
PAHIT MANIT KUHADAM UNTUK DIRASA
INI TEMPATKU MENUKIL RASA
BUKAN SIMPATI KUHARAPKAN DARIMU
APATAH LAGI PERHATIAN YANG TIDAK KUJEMPUT
CUKUPLAH SEKADAR MENGAMBIL IKTIBAR
UNTUK KITA SAMA MERASA
SAMA BERFIKIR
DAN SAMA BERMOHON
AGAR SEGALA KISAH NUKILAN
MENJADI PEDOMAN DI MASA DATANG

Hari ni sembang-sembang santai sambil release tension,alhamdulillah selesai exam oral dan OSCE untuk ophthalmology..rumusannya exam tadi,alhamdulillah..nasib baik doktor banyak tolong..moga Allah beri yang terbaik..mula-mula nak masuk exam berdebar teramat,tapi bila keluar dewan senyum macam kerang busuk..kikiki..ala kulli hal,tawakkal sepenuhnya pada Allah..

tangan nak menaip tapi idea plak tak datang..

banyak keluar newsfeed hari ni pasal valentine..ade apa dengan valentine tu..level sayang pada kekasih tu jadi tinggi ke  bila sampai 14 februari?
sampai berasmara sana sini,berjimba sana sini,dan akhirnya buang anak sana sini..nauzubillahiminzalik..insyaAllah bukan kitalah yang menjadi golongan itu..
jadi tertarik untuk berkongsi pengalaman tentang lelaki ni..kisah lelaki biasa sebagai pak cik teksi jela sebab berikhtilat dengan pak cik teksi lebih menyeramkan sebenarnya..tapi jangan risau..ni siang2,kalau malam of course ada musyrif kan??huk3

kisahnya~~~~

PAK CIK 1:
PERJALANAN DARI CAMP CESR MENUJU KE SYATBY,UMUR MUNGKIN BAYA AYAHKU DAN STATUS TANPA RAGU-RAGU YANG PAK CIK NI DAH KAHWIN..*sebab muka da kawin..ade ke teori tu??haha

Soalan pertama dia,belajar medik?tahun berapa?lepas abis kerja mana?and sampai part luar biasa..dah kahwin??
hmm..ni kerja biasa arab,leading question orang kata..huhu..
nak jawab ap ni??
cincin mak bagi..mak kandung*..hmm da terbeliuk patah dalam bekas simpanan da..nak tunjuk cincin tak de nak menipu dah kawin melampau sangat plak rasa..then..sambil hati takut-takut..ahhh tipu jela macam biasa..saya dah bertunang!*ingat,tipu je tu..:P

boleh lagi disambung..tunang awak di mana?malaysia?mesir?paling menyedihkan bila dia akhirnya berkata,awak boleh kawin dengan saya sebulan pun dah cukup..wahid syahr bass..
ehh???
wahid syahr..ma'aya..cawan tembikar dia!
dan syukur tak sempat cakap panjang teksi dah berada di depan bangunan rumah..

kesimpulannya??dah tua macam mana pun kalau namanya lelaki sentiasalah berhati-hati..inikan pula lelaki muda kan.

PAK CIK 2:
PERJALANAN DARI RUMAH KE CC,UMUR 64*sempat tanya,AGAMA KRISTIAN
hujan renyai-renyai datang je teksi tanpa berlengah terusku ambil tempat di depan sebab belakang ade orang..tengah2 perjalanan orang belakang turun..alamak mati aku..
dalam hati hanya 20% husnudzon tapi lega sebab atas dashboard dye ada al-quran..
and pertanyaan dia nampak educated,tahun berapa?asal mana?pandai berapa bahasa?

dengan riangnya dia memberitahu 4 bahasa yang pandai dia cakap termasuk bahasa malaysia,sekit-sekit katanya..katanya bekas engineer n 4 tahun lepas da bersara,dah pergi serata negara,Turki,Jordan,n blaaa blaa blaaa...

dan tiba2 mulut ni ringan plak bertanya..HOW ABOUT MAKKAH?
NO NO ..I DONT GO TO MAKKAH..
lil haj?
rupanya baru taw pak cik ni kristian..
but why u put this al-quran in your car??
NO PROBLEM,BAECAUSE I HAVE MUSLIM FRIENDS..AND THEY CAN READ THIS AL-QURAN ANYTIME THEY WANT..
Dan husnu dzon menjadi stabil dan akhirnya sampai ke CC dengan selamat..alhamdulillah..

kesimpulannya??hati lelaki ni tak kan dapat kita baca walaupun nampak baik dekat luar,nampak macam Islam je dalam kereta dia kan..huhu.letakkan waspada tinggi-tinggi sebab kita tak tahu apa yang dia akan buat pada kita..

*gambar ihsan google

“Bukankah Aku telah memerintahkan kamu wahai anak cucu Adam iaitu agar kamu jangan menyembah (mengikuti godaan dan rayuan) syaitan, sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata. Dan hendaklah kamu hanya menyembah (patuh) padaKu. Inilah yang lurus”. 
(Surah Yasin ayat 60-61)

dan sempena 14.2 yang hari biasa tak ada special celebration pun..ingatkan lah hati untuk sentiasa berhati-hati dengan sesiapapun lelaki tak kira muda tua..
and lastly,jangan lupa guna khidmat musyrif~JAMU lover..hihi..




Tuesday 3 February 2015

ada bakat jadi surirumah tak?

bismillahirrahmanirrahim

hari ni teratarik untuk saya kongsikan perihal berkenaan surirumah..aihh,da tak lama nak tukar status ke kak oii..

ahha..kalau nak buat kerja pon tak reti ke laut jela nak tukar status suri rumah..makk aii,baru den tahu nak jadi surirumah ni pon kena ada bakat nak..

hari ni mari belajar kenapa perempuan kena jadi surirumah walau tinggi mana pun dia belajar,sibuk mana pun dia bekerja..buat pedoman untukku bakal surirumah nanti..hehee

teringat dulu-dulu selalu ambe bertanya pada bondaku..
"apa rahsia untuk kurus ye??"

dan senangnya mak menjawab,tak payah exercise pun tak pe,yang penting bangun lepas subuh tu jangan tidur-tidur da,terus kemas rumah,basuh baju,jemur kain,kemas dapur,basuh inggan,sapu depan rumah..*bongkok2 tangan di belakang pinggang..uhuk3..
tu pun dah keluar peluh..fuhh,betul akhirnya kata mak tu..

dan terkenang-kenang ambe,
nak jadi orang pandai maka bersahabatlah dengan orang pandai..

nak jadi orang baik maka bersahabatlah dengan orang baik..

nak jadi orang rajin maka bersahabatlah dengan orang.....??jawab sendiri..

memang manusia ni tiada siapa yang dapat mengubahnya melainkan dirinya sendiri..duduklah dengan orang yang rajin macam mana pun kalau diri sendiri tak sedar-sedar untuk berubah memang tiada guna juga..

dan sahabatku sentiasa mengingatkan..setiap perkara buruk atau kelemahan yang kita ada dan kita sedar akan sifat itu maka ia adalah sebaik-baik jalan pertama untuk berubah..

saya mengaku,saya kurang berbakat sebenarnya bab-bab mengemas ni mungkin sebab terlampau rajin bab memasak..tapi apasal masak tak sedap-sedap pun..hahaa..insyaAllah bab mengemas tu sentiasa dalam progress,nanti nak jadi amalan surirumahtangga kn..

baru kusedar..mungkin jugak kalian wanita-wanita hebat bidadari syurga kelak,yang menjadi wanita sempurna ini tidak cukup dengan rupa paras yang cantik,budi pekerti yang elok..masih perlu ditambah satu pakej lagi iaitu sentiasa rajin..rajin buat kerja..jangan jadi anak dara malas la kesimpulannya..

hari ni banyak nak muhasabah diri..kadang2 kita rajin pun kena tengok niat jugak..takut terlari dari niat ikhlas tu nanti mulalah muka berkerut mencuka bila banyak kerja yang terpaksa kita buat..

dan rutinnya...inilah ruang kecil rumah kami..




gambar cliche je :P

moga lepas ni bertambah-tambah lah rajin wahai pemilik tangan yang menaip ni..huhu..


Monday 2 February 2015

tenggelamnya kapal vander wijck

bismillahirrahmanirrahim..


tahu kamu,orang sedang hatinya runsing itu lahirnya penulisan-penulisan yang lagi hebat puisinya,lagi indah bahasanya kerana dari hatinya itu disampaikan langsung melalui penulisannya..bahkan segala isi penulisannya itu adalah segala hakikat yang dirasai oleh penulisnya..
-bang Muluq,tenggelamnya kapal vander wijck

ya,baru kusedar..banyak yang aku lepaskan melalui penulisan,kerana dengan penulisan,isi hati bisa diluah...bahkan bisa di usir dari kerunsingan jiwa yang melarat..

hati itu punya jiwa dan jiwa itu punya roh..hanya roh yang hidup mampu membawa hati sentiasa mendekati pemiliknya Allahurobbi..

jangan dikuathiri akan apa yang sedang kau tunggu dan impikan sebaliknya bersedialah menanti setiap kurniaan dan hikmah yang sentiasa Dia aturkan untuk kau rasanya jika bukan sekarang maka ada harinya untuk kau milikinya..insyaAllah..


"yang menguatkan kita itu hanya kita kerana bukan orang lain yang tahu di mana kelemahan kita tetapi hanya kita yang tahu apa kekuatan yang bisa mengalahkan kelemahan kita'
-tenggelamnya kapal vander wijck

jangan heran kenapa aku meluah rasa di sini,kerana ini medan aku bertutur kepada diri sendiri agar hatiku sentiasa kuat mencari hikmah disebalik setiap aturanNya..

moga dari apa yang engkau baca ini juga lahir kekuatan yang sedang engkau perlukan utk sama2 mencari redhaNya