background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Tuesday 3 February 2015

ada bakat jadi surirumah tak?

bismillahirrahmanirrahim

hari ni teratarik untuk saya kongsikan perihal berkenaan surirumah..aihh,da tak lama nak tukar status ke kak oii..

ahha..kalau nak buat kerja pon tak reti ke laut jela nak tukar status suri rumah..makk aii,baru den tahu nak jadi surirumah ni pon kena ada bakat nak..

hari ni mari belajar kenapa perempuan kena jadi surirumah walau tinggi mana pun dia belajar,sibuk mana pun dia bekerja..buat pedoman untukku bakal surirumah nanti..hehee

teringat dulu-dulu selalu ambe bertanya pada bondaku..
"apa rahsia untuk kurus ye??"

dan senangnya mak menjawab,tak payah exercise pun tak pe,yang penting bangun lepas subuh tu jangan tidur-tidur da,terus kemas rumah,basuh baju,jemur kain,kemas dapur,basuh inggan,sapu depan rumah..*bongkok2 tangan di belakang pinggang..uhuk3..
tu pun dah keluar peluh..fuhh,betul akhirnya kata mak tu..

dan terkenang-kenang ambe,
nak jadi orang pandai maka bersahabatlah dengan orang pandai..

nak jadi orang baik maka bersahabatlah dengan orang baik..

nak jadi orang rajin maka bersahabatlah dengan orang.....??jawab sendiri..

memang manusia ni tiada siapa yang dapat mengubahnya melainkan dirinya sendiri..duduklah dengan orang yang rajin macam mana pun kalau diri sendiri tak sedar-sedar untuk berubah memang tiada guna juga..

dan sahabatku sentiasa mengingatkan..setiap perkara buruk atau kelemahan yang kita ada dan kita sedar akan sifat itu maka ia adalah sebaik-baik jalan pertama untuk berubah..

saya mengaku,saya kurang berbakat sebenarnya bab-bab mengemas ni mungkin sebab terlampau rajin bab memasak..tapi apasal masak tak sedap-sedap pun..hahaa..insyaAllah bab mengemas tu sentiasa dalam progress,nanti nak jadi amalan surirumahtangga kn..

baru kusedar..mungkin jugak kalian wanita-wanita hebat bidadari syurga kelak,yang menjadi wanita sempurna ini tidak cukup dengan rupa paras yang cantik,budi pekerti yang elok..masih perlu ditambah satu pakej lagi iaitu sentiasa rajin..rajin buat kerja..jangan jadi anak dara malas la kesimpulannya..

hari ni banyak nak muhasabah diri..kadang2 kita rajin pun kena tengok niat jugak..takut terlari dari niat ikhlas tu nanti mulalah muka berkerut mencuka bila banyak kerja yang terpaksa kita buat..

dan rutinnya...inilah ruang kecil rumah kami..




gambar cliche je :P

moga lepas ni bertambah-tambah lah rajin wahai pemilik tangan yang menaip ni..huhu..


No comments :

Post a Comment