background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Saturday 16 June 2012

bahagialah wahai sang hati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah..NIKMAT..nikmat bahagia kian kukecapi..tiada nikmat didunia ini yang sangat dihargai oleh manusia iaitu hidup untuk mencari kebahagiaannya..

sudah dua kali saya dengari prinsip ini dari tokoh ilmuwan yng saya sanjungi iaitu katanya : 

"manusia hidup di muka bumi ini tiada lain adalah untuk meraih kebahagiaannya setelah berjaya mendapatkannya dari Sang Pencipta Allah Maha Agung"

ini adalah kata-kata yang sangat dalam maknanya.misalnya, dalam solat kita mampu bahagia ..ketika mana kita berjaya menyelesaikan kewajipan solat di akhir waktunya..pasti pernah terdetik di hati kita:
"Alhamdulillah Ya Allah..aku telah berjaya menunaikan kewajipanku padaMu..tidak lain ibadatku hanya semata-mata keranaMu"..bukankah itu bahagia..

jangan dianggap bahagia itu suatu perasaan yang boleh dinilai apabila kita mampu tertawa sepanjang masa,apabila kita mampu dikelilingi oleh orang-orang yang kita sayangi..
walau diri ini jauh dari ibubapaku..namun ku sentiasa bahagia apabila menatap wajah mereka dalam doa ku..ya,bahagia sentiasa bersamaku..semoga bahagia itu tidak pernah pudar dalam setiap diri yang bergelar insan..





No comments :

Post a Comment