background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Sunday 24 June 2012

AURAT LAGI??

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

" Wahai orang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia (syaitan) akan menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (daripada perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya,tpi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(SURAH AL-NUR: 21)


sebut wanita je aurat..sebut aurat je wanita..ya..begitulah sinonimnya wanita dengan aurat..sebelum tu,baca kisah saya dulu :): 
Alahamdulillah hampir setahun di bumi anbiya ini, semakin bertambah permata-permata yang memberi sinar kebaikan dalam hati ini,semakin dekat hati ini kepadaNya..dengan biahnya yang terjaga,ikhtilat yang terpelihara,apatah lagi dengan AURAT..tanpa sedar,semua itu berubah..Alhamdulillah Allah memberi hidayahNya kepada hati ini untuk menerima dan mengamalkan perintahNya..

kisah kalian pula bagaimana pula ya??insyaAllah kita semua berada dalam kisah yang sama untuk meraih cinta yang sama dariNya..sweetnya kan..:)

tapi bagaimana pula dengan mereka yang belum merasakan kemanisan menjadi muslimah atau muslim yang sempurna itu..jika bicara pasal aurat,adakah hanya terdetik di hati kecil mereka : aurat lagi???,,hhmm.mungkin benar..mungkin itu tidak asing dari pemikiran mereka..persoalannya,salahkah mereka???
andai saya tidak berada di MESIR,adakah saya bersalah kerana di MALAYSIA saya mungkin tidak menerima mutiara-mutiara sebagaimana kisah saya di Mesir..pada pandagan saya,hanya satu sahaja prinsip yang saya tetapkan..
"Kalau sempurna ibadat kita,maka sempurnalah hati kita untuk menerima segala perintahNya,kalau tidak sempurna keperibadian kita,mungkin kerana ibadat kitalah yang perlu diperbaiki.." 
setuju???terpulang kepada yang menilai..:)

tentang aurat yang masih belum sempurna,apakah mereka itu terus membiarkan aurat mereka sehingga terus dinodai dosa?terdetik juga dalam hati ni 
"aku dah dapat peluang untuk jadi labih baik,tapi bagaimana pula dengan mereka yang berada disekelilingku,mereka yang aku sayang??sanggupkah aku membiarkan mereka sedangkan aku sudah terpelihara??
oh tidak!!tidak sekali -kali..itulah peranan berdakwah..sebagaimana post saya terdahulu berkenaan amar ma`ruf nahi munkar..sekiranya kita yakin kita mempunya ilmu yang cukup,gunakanlah ia sebaiknya,salurkannya dengan jalan yang terbaik..ikutilah cara nabi yang paling afdal:
*hikmah dan bijaksana(bilhikmah)

*pengajaran yang baik(mauizatul hasanah)

*perbahasan dengan cara yang baik(mujadalah billati hiya ahsan)

seorang daie itu tidak pernah menyerah andai tegurannya itu ditolak..kerana dia yakin..Allah telah berfirman :
"Sesungguhnya Kami menurunkan ayat2 yang memberi penjelasan. Dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus"(24;46) 
bersabarlah dalam membawa mad`u mu kembali kepadaNya..


dan berbalik semula pada topik AURAT..pesanan buat diri sendiri dan juga sahabiah sekalian..andai kita telah mengetahui bahawa perintah Allah itu telah tertulis di dalam Al-Quran..janganlah sekali-kali mengabaikannya..mungkin kadang-kadang kita mengambil mudah akan hal itu..tetapi selagi kita masih bernafas,cubalah untuk memperbaikinya..janganlah terus jahil dengan kehidupan yang fana ini..islah diri kuatkan jiwa,jauhi kemungkaran,amalkan perintahNya..nescaya Allah permudahkannya..sama-sama kita perbaikinya..

wallahua'lam...segala kekurangan itu datangnya dari silap saya sendiri..
selamat beramal..:)



1 comment :

  1. kak.. sya ade kne wat presention tok agme ari jmaat ni. tjuk wanita dalam melanggar syariat. akk bole tlong sya

    ReplyDelete