background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Wednesday 30 May 2012

REDHA!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. 

''APABILA KITA REDHA ATAS SESUATU YANG MENGECEWAKAN HATI KITA..
MAKA PERCAYALAH ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KEKECEWAAN ITU DENGAN SESUATU YANG TIDAK DIJANGKA''

KUNFAYAKUN..

Benar sekali mutiara kata ini ..tiada kaitan dengan hati ini yang jarang sekali kecewa...namun ia cukup sekadar memberi peringatan bahawa hidup seorang hamba ini perlu REDHA dengan apa yang ALLAH MAHA BERKUASA telah tetapkan..mungkin kadang2 kita kecewa dan memikirkan:


mengapa kita tidak berjaya cemerlang seperti sahabat yang lain walau kita telah berusaha seperti mereka malah mungkin lebih dari itu usaha yang kita lakukan?

mengapa nasib kita tidak seperti mereka yang sentiasa bahagia di samping keluarga sedangkan kita sentiasa berhadapan dengan kesusahan untuk mencari rezeki walau sesuap nasi??

mengapa mereka dapat belajar ke tempat yang bagus; pengajian tinggu.sedangkan kita tidak langsung terpilih untuk meneruskan pelajaran di sana?

tetapi,pernahkah kita terfikir dengan nikmat yang Allah beri kepada kita namun tak dirasai oleh mereka pula..

mengapa Allah beri keamanan kepada negara kita tapi...mereka di Syria dan Palestin berkorban nyawa  dan berjuang untuk menegakkan kebenaran dan agama Allah,ISLAM..adakah kita mampu mengahadap kekejaman yang dirasai oleh mereka?

mengapa pula mereka: bayi2 yang dilahirkan itu dibuang merata-rata seperti sampah sedangkan kita telah diasuh dan dijaga bagai putera puteri oleh ibu bapa dengan sepenuh kasing-sayang?

mengapa kita tidak pernah mendapat segalanya???
ya,itulah persoalan yang bermain difikiran orang yang tidak bersyukur dengan nikmatnya..kita datang dariNya dan kita kembali kepadaNya jua...setiap yang Allah aturkan ini ada hikmah disebaliknya..kenapa??
kerana Allah adalah sebaik-baik perancang..cuma kita sebagai hamba..hamba yang hina ini..sentiasalah bermohon kepadaNya..kembalilah  menyembahNya..sentiasa menadah tangan memohon dan memohon agar Allah sentiasa mengasihi dan merahmati hambaNYA yang sentiasa mencariNya..bukan hamba yang sentiasa menjauh dariNya..kerana itu Allah mengajar hambaNYA agar tidak pernah kecewa dan berputus asa dengan dugaan dan ujian yang ditentukanNya... 


pedoman buat hati kecil ini..

wahai saudaraku..andai kecewa itu melukakan hatimu..maka sentiasalah engkau mendampingi hatimu dengan  kebaikan-kebaikan yang membawamu redha dengan penciptamu..
wallahua'lam..

pena hati untukmu saudaraku..



No comments :

Post a Comment