BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
''Jangan sibuk mencari rusuk kiri ( isteri ) kalau syurga di bawah kaki ( ibu ) pun tidak boleh dihargai sebaiknya"..
_MIN SAHABATI_
wooow!!!!
pedas x ayat ni??siapa makan cili dia la yang akan terasa pedasnya kan..mm,saja saya ambik line ayat ni..nampak macam hott je kan untuk syabab2 kat luar sana..untuk akhawat2,pun apa kurangnya kan..
sebenarnya takde niat pun saya nak kaitkan pasal cari rusuk kiri..(baca = isteri)..n kalau tengok ayat ni..nampak macam persediaan untuk pemuda-pemudi ni nak mencari2 CINTA pun boleh jugak la..cinta???
saya budak-budak lagila..xtaw pun apa itu cinta???kwang2..sape budak-budak lagi jangan jangan jangan berkenalan cinta ni taw...sebab apa??sebab cinta ini untuk orang yang nak membawanya ke jalan yang diredhai Allah iaitu PERKAHWINAN..haa,tengok tu,,apabila budak-budak berkata-kata..hehe..
ok,,tu mukaddimah je..@________@
fokus saya pada kali ini adalah berkaitan dengan ayat kedua tu : syurga di bawah tapak kaki ibu..saya tertarik sangat dengan ayat ni sebab mungkin ada setengah daripada remaja kat luar sana mungkin sibuk mencari cintanya sampai terlupa akan cinta hakiki yang Allah anugerahkan untuknya mencintai ibu bapanya sebagaimana mereka mencintai dan menyayangi anak-anak..
teringat lagi pesan mak :
"angah xpayah bercinta lagi la ye,bercinta dengan mak ayah je dulu"..
terharu sangat dengar ayat tu..walaupun mak sangat sporting,,tapi ketegasan mak sangat mendalam dalam ayat tu..angah pegang ayat tu mak..:)
mana ada ibu bapa yang nak tengok anak-anaknya x berjaya kn..macam tula juga denga ibu bapa kita.. bermula daripada mengandungkan kita,melahirkn kita dan membesarkan kita..memang tidak mampu rasanya kita untuk membalas jasa ibu bapa kita..jadi sebab itulah..peringatan untk diri dan kalian semua,,belajarlah untk menghargai dan membalas jasa ibu bapa masing-masing sebelum belajarnya kita untuk menghargai 'orang lain'..bukan apa,usia kita semakin lama semakin meningkat..begitu juga dengan ibu bapa kita..semakin lama,mereka semakin di mamah usia..
Bagi kawan-kawan yang masih belajar..mungkin ada di antara kita terpaksa berjauhan dengan ibu bapa demi mencari ilmu untk masa hadapan,,dan mungkin juga di antara kita telah lama kehilangan ibu bapa..hilangnya kasih untuk bermanja sepertimana kita yang sentiasa berpeluang untuk berbicara dengan mereka pada bila-bila masa sahaja..boleh anda bayangkan bagaimana rasanya hati mereka yang merintih kerana tiada lagi tempat bermanja..namun,itulah janji Allah
" KULLU NAFSIN ZAIQATUL MAUT"
TIAP-TIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI
cuma masanya saja masih belum tiba..
oleh itu,,gunakanlah kesempatan yang masih Allah berikan ini untuk kita mencintai ibu bapa kita sepertimana mereka mencintai kita..ingat..kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah tiada penghujungnya..dan diingatkan juga..janganlah sesekali kita menderhakai mereka..besar dosanya tida terhitung..nauzubillahiminzalik...
'Ya Allah,kukuhkanlah ikatan persaudaraan kami,jauhkanlah kami dari azab api neraka..aminnn"
No comments :
Post a Comment