background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Thursday 26 January 2012

MATI ITU PASTI..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
(SURAH ALI-'IMRAN:185)

Sesungguhnya tiap-tiap yg bernyawa itu telah ditentukan oleh ALLAH akan kematiannya..tiada siapa di antara kita yang akan mengetahui bilakah datangnya ajal kita..tanpa sedikit pun kita boleh menolaknya kerana hanya Allah yang akan menentukan dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-sebaik perancang..


kerana yang paling dekat dengan kita adalah MATI..orang yang paling bijak di antara kita adalah orang yang sentiasa mengingati mati.




 tiada apa bekalan yang terbaik untuk kita bawa ke yaumil akhir melainkan sebanyak-banyak amal ibadah kita kepada Allahhurabbuna..


dan tidaklah harta dan tahkta mahupunn pangkat yang menjadi kenderaan untuk membawa kita ke sana dengan menggantikan amal ibadat yang telah menjadi kewajipan kepada setiap hamba MUSLIM selagi mana dia telah bersumpah untuk mentaati perintah Allah sejak di alam roh..


Oleh itu..sebagai peringatan untuk diri dan saudara.sentiasalah kita bersiap sedia dengan meningkatkan amal ibadat kita untuk bertemu denganNya kelak..dan sentiasalah berdoa kepadaNya agar segala amlan kita sentiasa dikhlaskan semata-mata keranaNya...LILLAHITAALA..dan diterima setiap amalan kita walau sekecil zarah amalan itu..amiin..


kerana sesungguhnya MATI ITU PASTI BAGI TIAP-TIAP YANG BERNYAWA..WALLAHUA'LAM..



*Sayu di hati apabila mendengar berita pemergian bapa saudara di tnh air..sentiasa rohNya sentiasa dicucuri rahmat..ALFATIHAH..





No comments :

Post a Comment