background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday 9 May 2014

tak sampai dua bulan lagi??

cerah pagi di hari Jumaat yang indah ini,ditambah dengan lebihan masa,al maklumlah hari Jumaat nilah masa untuk bersantai-santai sikit..walaupun DB(tukar nama la DB=baca as Azifah la ye) tahu sepatutnya DB dah tak boleh santai-santai macam orang lain...ibaratnya kalau masa tu,orang lain ada 24 jam satu hari tapi masa DB hanya ada 12 jam sehari disebabkan kesibukan yang terpaksa disusun atur sehingga menjadi terlalu 'PACK'

secara kasarnya,masa yang berbaki untuk pulang ke Malaysia dan menjalani cuti musim panas hanya tinggal tak lebih dari dua bulan untuk pulang ke kampung halaman..namun,kali ini DB kurang merasakan ia waktu yang ditunggu-tunggu seperti dua tahun yang lepas di mana keseronokan perasaan untuk pulang ke Malaysia itu bagai orang yang diberi bulan jatuh ke riba..


menyedari akan hal ini,DB juga perasan apabila menelefon mak dan ayah di rumah..mak cepat-cepat mengingatkan agar fokus sepenuhnya pada pelajaran..jangan duk fikir sangat pasal balik tu..nanti takut fikir balik,belajar entah ke mana..baik mak baik ayah!!!

sebenarnya apa yang ditunggu dan dinantikan ialah dalam masa tak sampai dua bulan lagi,kita semua umat Islam akan meenerima kaehadiran Ramadhan al-Mubarak..macam tak percaya betapa sekejapnya masa berlalu..tanpa sedar,rasa macam baru je lagi pergi terawih sama-sama dengan maka dan ayah di masjid,rasa macam baru je lagi tolong mak buat kuih raya..

rasa macam kurang bersedia lagi untuk menghadapi puasa kali ini jika dilihat pada amalan harian..puasanya,mengajinya..jom sama-sama kita recheck!!

cuma satu peringatan untuk diri sendiri terutamanya,janganlah melakukan ibadah dengan sempurna apabila dalam bulan Ramadhan je,time Ramadhan la baru rajin nak bersedekah,rajin nak solat bangun malam,baru rajin nampak muka solat jemaah di masjid..rata-rata kita selalu macam tu,kalau bukan bulan Ramadhan,kosong sekosong kosongnya masjid..astahgfirullah..teguran untuk diri sendiri jugak..

ala kulli hal,semoga Ramadhan yang ditunggu ini sempat kita semua rasai..




No comments :

Post a Comment