background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Thursday 22 May 2014

bicara hati(novel versi blog)><*

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



"MAHA SUCI ALLAH TUHAN YANG MENCIPTAKAN PASANGAN-PASANGAN SEMUANYA BAIK DARI APA YANG DITUMBUHKAN OLEH BUMI DAN DIRI MEREKA MAHUPUN DARI APA-APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI"
(YAASIN: 36)


PENAKU BERGERAK DI BAYANGAN YANG NYATA
MENGUKIR KISAH SUKA DAN DUKA
PAHIT MANIT KUHADAM UNTUK DIRASA
INI TEMPATKU MENUKIL RASA
BUKAN SIMPATI KUHARAPKAN DARIMU
APATAH LAGI PERHATIAN YANG TIDAK KUJEMPUT
CUKUPLAH SEKADAR MENGAMBIL IKTIBAR
UNTUK KITA SAMA MERASA
SAMA BERFIKIR
DAN SAMA BERMOHON
AGAR SEGALA KISAH NUKILAN
MENJADI PEDOMAN DI MASA DATANG


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..satu perkongsian menarik yang jarang-jarang saya ulaskan dalam blog ini berkaitan "cinta"..apatah lagi berkaitan kisah -kisah "perkahwinan" kerana merasakan terlalu cetek ilmu untuk dikongsikan apatah lagi melihat pada pengalaman yang masih kosong berkenaan ilmu fitrah suci ini..cehh mukaddimah bajet hot..hehe

alkisahnya semalam bersamaan 21 Mei 2014 hari Rabu telah diadakan satu program "panas" dalam kalangan ahli stanza mahabbah iaitu sebuah forum yang bertajuk DIA UNTUKKU?..forum yang merupakan agenda pertama untuk aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang minggu stanza mahabbah..

memandangkan ramai sahabat-sahabat,kakak-kakak,dan tidak lupa adik-adik bertanya..
"best tak forum semalam?"
"cakap apa dalam forum semalam?"
"ceritalah pasal semalam,mesti banyak cakap pasal kahwin kan?"

jadi sebelum ilmu semalam pergi bersama angin ,bak kata orang dilupakan begitu sahaja dari memori yang padat ini,suka saya untuk berkongsi sedikit sebanyak info-info yang berjaya diperoleh semalam..moga ilmu yang sama-sama kita dapat ini berjaya kita amalkan mengikut cara-cara yang betul..

majlis dimulakan dengan serangkap pantun yang dibawakan oleh moderator setelah berjam-jam beliau mengarangnya..kata moderator,pantun ni nak buat satu dewan gelak tapi..hambarr...hehehe
*maklumlah semua macam malu-malu dan masih terfikir-fikir..
"betul ke aku datang forum kahwin ni?aku datang je,bukan sebab nak kahwin pon.."..betol x??hihi

kompang dipalu pengantin baru,
duduk bersanding tersipu malu,
terbang tinggi si kupu-kupu,
singgah sebentar di dahan semalu,
selamat datang ke majlis ilmu,
Assalamualaikum kata penghulu..
*tudiaaa..dua baris pertama tu rhythm dah sama tapi macam ekstrim pulak so kita batalkan..heehe

maka bermulalah soalan -soalan yang sangat "panas" dan dinanti-nantikan oleh warga stanza mahabbah..

SOALAN 1:BERBENTUK SITUASI:
"ABANG SAYA TELAH MENJAlINKAN HUBUNGAN DENGAN SEORANG WANITA DAN BERHASRAT UNTUK MENIKAHINYA TETAPI MENDAPAT TENTANGAN KELUARGA KERANA MUNGKIN FAMILY RISAU AKAN TANGGUNGJAWAB DAN BEBANAN UNTUK ANAK-ANAK MEREKA SELEPAS BERKAHWIN.MOHON PENJELASAN TENTANG TIPS-TIPS UNTUK MELEMBUTKAN HATI KEDUA IBU BAPA DAN ADAKAH BENAR BEBANAN TERSEBUT MENJADI HALANGAN TERBESAR UNTUK ANAK MEREKA MEMBINA BAITUL MUSLIM??"

JAWAPAN OLEH DR.YADIY:
Pertamanya mari kita semak,adakah sebenarnya perhubungan kita dengan seseorang itu sah di sisi syarak sebagaimana mereka telah ber"couple" dahulu baru bertanya keizinan dari ibu bapa masing-masing..sebaik-baik perhubungan dalam Islam,tiada istilah "COUPLE"..kenapa xdibenarkan couple??panjang hujahnya..nanti kalau cukup point boleh dikongsi..dan berkaitan pasal melembutkan hati ibu bapa tu,sepertimana kata panel..kalau nak pegang tanggungjawab suami or isteri ni,kena semak balik peribadi kita..apa kita dah rasa mampu nak pimpin orang sedang kita pun masih terumbang-ambing..bangun lewat,malas nak buat kerja rumah,lepas subuh duk melalak lagi tidur..rasanya perlu perbetul banyak lagi..bukan sekadar cakap mampu tapi semak balik hubungan diri dengan Allah terutamanya.....

SOALAN 2: JUGA BERBENTUK SITUASI:
"SESEORANG MENGADU KEPADA SAHABATNYA MENGATAKAN HATINYA BERASA TENTERAM PABILA TERINGATKAN SESEORANG YANG BERLAINAN JANTINA..(kang sama jantina lain plak jadi..)TETAPI MEMIKIRKAN STATUS KEWANGAN YANG TIDAK MENCUKUPI MEMBUATKAN DIA BERASA RISAU UNTUK MELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN,JADI MOHON PENJELASAN ADAKAH PERASAAN TENTERAM ITU SEMATA-MATA HASUTAN SYAITAN YANG SEKADAR MENCABAR IMAN DIA ,DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENGAWAL HATI SUPAYA TIDAK TERLALAI DARI MENGINGATI PERKARA SIA-SIA SERTA BAGAIMANA MENGURUS KEWANGAN YANG STABIL?"

JAWAPAN OLEH DR.AFIQ:
perasaan tenteram...hati-hati dengan tipu daya syaitan..bila mana kita teringatkan seseorang,hati kita terus lalai dan semakin lalai sehingga mambayangkan sesuatu yang menaikkan syahwat maka ia dikira sebagai zina hati..dan sekiranya kita memandang seseorang yang berlainan jantina,pandangan pertama dimaafkan tapi jika masih memandang sesuatu yang masih haram buat kita sehingga menaikkan nafsu maka ia dikira sebagai zina mata..bukan perkara yang remeh apabila bercakap perkara berkaitan zina hatta perkara yang mendekatkan diri ke arah zina..berkaitan itu,peliharalah hati dengan sebaiknya..jaga hubungan dengan Allah terutamanya..kalau masih kurang membaca Al-Quran maka tambah lagi amalan,masih kurang ibadat,maka perbaiki ibadat..selepas itu tengok pula hubungan dengan rakan serumah..kalau pinggan mangkuk lepas makan pun duk main campak je dalam sinki..tak payah berangan nak pegang beban jadi suami/isteri irang..*deep...

dan berkenaan status ekonomi pula,mungkin ni lebih specific kepada lelaki-lelaki di luar sana,kata abang afiq,paling kurang mesti ada 10000 LE dalam akaun simpanan..ada pengalaman dari sahabat dr.Afiq yang katanya setiap bulan telah menghantar wang simpanan ke akaun bank di Malaysia dan memastikan ibu bapanya menyemak akaun simpanan wang yang digunakan anaknya sepanjang belajar di luar negara..


SOALAN 3 :

"APAKAH PERANAN SEBENAR UNIT BAITUL MUSLIM DITUBUHKAN..UNIT BAITUL MUSLIM MERUPAKAN SALAH SATU CABANG PENGURUSAN YANG DITUBUHKAN OLEH [PERUBATAN]*saya sayang perubatan<3,tiba2..:P..DIPEGANG OLEH PASANGAN-PASANGAN YANG TELAH BERKAHWIN DI ISKANDARIAH .TETAPI APAKAH PERANAN SEBENAR UNIT BAITUL MUSLIM INI DITUBUHKAN..APAKAH SEKADAR TEMPAT UNTUK MENCARI JODOH??ATAU SEBENARNYA ADA PERANAN LAIN YANG MASIH RAMAI DI ANTARA KITA MASIH BELUM MENGETAHUINYA?"

JAWAPAN OLEH DR.SARAH SURAYA:
unit baitul muslim merupakan satu unit yang bukan sahaja menjadi agen untuk menguruskan pencarian jodoh tetapi berperanan penting untuk memberi kaunseling kepada pasangan-pasangan yang sudah berkahwin atau masih belum berkahwin tetapi sudah bersedia ke arah perkahwinan..(kata kak sarah,semua tahun dari tahun 1,2,4,5,6 dah ada wakil mutazawwijin kecuali tahun 3,bila nak ada wakil??)hahaa..biasalah tahun 3 ni banyak matlamat lagi..kekekekkee..sama-sama kita nantikan kad jemputan pertama daripada wakil stanza mahabbah..

dan bekenaan dengan borang UBM,sesiapa sahaja boleh mula mengisi..bukan lah menjadi risiko kepada penghantar borang UBM bahawa dia akan cepat-cepat ditaqdim sebaliknya terpulang kepada kita bilakah waktu yang sesuai untuk borang tersebut diproses..jika telah bersedia maka pihak UBM akan mengambil langkah seterusnya..dan menariknya UBM juga ada link dengan pelaja-pelajar dari negara lain sperti Jordan,UK,Malaysia juga kalau tak silap saya..*apa lagi kawan-kawan..gi cepat-cepat ambik borang UBM..Ceh cakap orangg..><*


SOALAN 4:
"TANPA ADAM SIAPALAH HAWA,TANPA ROMEO SIAPALAH JULIET..MANUSIA MEMANG DICIPTAKAN UNTUK SALING MELENGKAPI..NAMUN SEBAGAI MANUSIA YANG SIFATNYA MEMPUNYAI KEKURANGAN,PASTI SETIAP DARI KITA MENDAMBAKAN INSAN YANG SEMPURNA..YANG HENSEM MACAM...TUKARLAH TAK NAK AMITABH BATCHAN..SEBAB RAMAI CAKAP SEMALAM DIA TAK HENSEM..OK HENSEM MACAM SHAHID KAPOOR???*hindustan tak sudah..YANG CANTIK MACAM..ANGELINA JOLIE?TINGGI?KAYA?BIJAK?RAJIN MASAK?RAJIN MENGEMAS?ATAU APAKAH SEBENARNYA CIRI-CIRI YANG PATUT ADA PADA SESEORANG UNTUK DIJADIKAN CALON YANG SESUAI??

JAWAPAN OLEH DR YADIY:
*maaf tak ingat sangat point ni..:(

tapi penekanan penting yang diterangkan ialah berkenaan ciri-ciri sebenar yang patut dimiliki oleh bakal (suami/isteri) adalah melalui pemilihan yang paling baik iaitu melalui 4 perkara..dalam hadis nabi Muhammad saw bersabda bahawa nikahilah wanita itu atas 4 perkara iaitu keturunan,rupa paras,agama,dan harta dan sebaik-baik pemilihan.maka pilihlah lah mereka yang baik dari agamanya..jika baik agamanya maka baiklah peribadinya,baiklah akhlaknya..tambahan,sebaik-baik pasangan itu adalah dari kalangan mereka yang subur kerana salah satu tujuan utama perkahwinan adalah untuk memanjangkan generasi umat nabi Muhammad saw...


SOALAN 5:
"RAMAI YANG MENGATAKAN BERCINTA SELEPAS NIKAH ITU LEBIH INDAH.SEPERTI CINTA SAIDINA ALI DAN SAIDATINA FATIMAH.JADI APAKAH TIDAK WUJUD CINTA SEBELUM NIKAH?DAN JIKA INGIN BERCINTA SEBELUM NIKAH ATAS SEBAB MENGENAL BAKAL SUAMI/ISTERI,ADAKAH IA DIBENARKAN??DAN SATU LAGI SOALAN YANG SERING HANGAT DIPERKATAKAN,AKHOWATDI MESIR INI SUKA MEMAKAI CINCIN..KATANYA UNTUK LANGKAH KESELAMATAN DARIPADA GANGGUAN ARAB..TAK TAHULAH KALAU BETUL-BETUL DAH BERPUNYA KAN?:),SEBUT PASAL BERTUNANG,RAMAI YANG MENGATAKAN TIDAK MANIS MEWAR-WARKAN PERTUNANGAN.JADI MENGIKUT SITUASI MASA KINI,WAJARKAH PERTUNANGAN DIHEBAHKAN ATAU PERLU DIRAHSIAKAN??SERTA BAGAIMANA PULA LAYANAN SESEORANG ITU KEPADA TUNANGANNYA SEBELUM DIIJABKABULKAN??"

JAWAPAN OLEH DR.AFIQ:
cinta sebelum nikah..mungkin term yang biasa diguna pakai pada masa kini ialah "couple"..adakah couple ini dibenarkan dalam Islam..seperti yang diterangkan oleh dr.Yadiy,adakah couple itu tidak melalaikan kita??jom sama-sama semak..kalau sekadar bercouple dan asyik bergayut di telefon,membazir masa melakukan perkara yang lalai..sekadar tanya dah makan?dah bangun solat?dah baca quran??ya..nampak macam cinta islamik kan..menyuruh ke arah kebaikan..tapi niat tak menghalalkan cara..walaupun kita mengajak ke arah yang lebih baik,tetapi harus disedari bahawa kita bukanlah orang yang layak untuk memperingatkan mereka sebaliknya tanggungjawab itu adalah di bawah tanggungan ibu bapa mereka untuk menjaga segala amal ibadah seharian anak mereka..
terkesan sekali saya dengan kata-kata panel..

"sekiranya kita yang masih belum berkahwin sudah berani-berani menjalin hubungan dengan oran lain,cuba bayangkan jika perkara ini dilakukan oleh anak-anak kita suatu hari nanti..kita mahu tengok anak kita asyik bergayut dengan boyfriend/girlfriend mereka??keluar dating??lakukan maksiat yang konon-konon ringan..adakah kita sebagai ibu bapa sanggup melihat anak kita melakukan maksiat??

renungkan~~~~~~~~~~~~~~~~


sebenarnya apabila antara lelaki dan wanita itu apabila mereka telah mengetahui perasaan masing-masing dan bersetuju untuk berkahwin,maka secara syariatnya bukan secara adat..mereka telah dikira bertunang..jika terikatnya ikatan pertunangan antara mereka maka haramlah untuk orang lain datang untuk meminang salah seorang dari mereka untuk dijadikan bakal isteri/suami..berkenaan pertunangan pula,sebenarnya tidak seharusnya kita menghebahkan pertunangan kerana melalui hadis nabi yang mengatakan "sembunyikan pertunangan,hebahkan perkahwinan"..apakah hikmah disebaliknya??mengapa perlu disembunyikan pertunangan??ya kerana dia masih bukan milik kita..sesorang itu masih belum menjadi milik kita selagi mana ikatan yang sah ijabkabul terlafaz.dan bilamana terikatnya hubungan pertunangan..bukanlah lelaki/perempuan itu bertunang sesama mereka tetapi mereka juga telah mula mengikat satu perhubungan antara ahli keluarga masing-masing..jadi demi menjaga maruah keluarga masing-masing maka perlu dirahsiakan pertunangan bahkan jika pertunangan ini tidak membawa ke alam perkahwinan maka ia tidaklah menjatuhkan aib antara satu sama lain.

SOALAN 6:
"PALING MENARIK SAYA KIRA DI MANA IA BERKAITAN PERIGI CARI TIMBA..ADAKAH MASIH WUJUD PERIBAHASA INI ATAU KATA SEBENARNYA,ADAKAH BOLEH ATAU LAYAK UNTUK SEORANG WANITA ITU MENTAQDIM/MELAMAR LELAKI YANG DIRASAKAN SESUAI UNTUK MENJADI IMAMNYA??APAKAH CARA TERBAIK DAN SEKIRANYA DITOLAK BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHADAPI SITUASI INI??"

JAWAPAN OLEH DR.SARAH SURAYA:
ya!!! boleh!!..lelaki suka sebenarnya jika perempuan mentaqdim mereka kerana tak perlu mereka susah-susah nak cari calon..kak sarah tak tipu..(tapi pelik sikit lelaki dalam dewan katanya tak mahuuuuu)..hahaha..tak normal barangkali mereka ini..opppppssss...:P..seperti kisah Khadijah melamar Rasulullah..maka tiada sebab untuk seorang wanita itu melamar sesorang yang dirasakan sesuai untuk menjadi suaminya..bahkan tidak perlu risau sekiranya lamaran ditolak..kerana setiap dari kita perlu bersedia sekiranya kita tidak berjaya memiliki apa yang diimpikan..kerana Allah juga pernah berfirman bahawa..setiap apa yang Allah kurniakan jika kita tidak mampu memilikanya lagi maka percayalah bahawa Allah sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita..jika dari luh mahfuz lagi Allah telah menetapkan siapa jodoh kita,dan kita pula mengimpikan orang lain yang bukan milik kita maka ia tetap tidak akan terjadi..janji Allah itu benar..hanya bersabar dan berdoa..jika ia benar milik kita..pasti Allah akan membuka jalan dan ruang untuk kita memiliki apa yang kita impikan..wallahua'lam

**************************************
sekian.....

inilah antara soalan-soalan yang berjaya dikemukakan oleh saudari moderator.moderator agak segan sebenarnya memberikan soalan-soalan panas sebini kerana sedar diri masih tidak layak ke arah "perkara yang dibincangkan"bukan kerana tidak bersedia tapi tkaut jika suatu hari nanti diuji,adakah masih berada di takuk yang lama???bersediakah mengawal hati dan menjaga perasaan untuk perkara yang lebih aula..

walau  bagaimanapun...alhamdulillah kerana Allah telah memberi peluang yang sebaiknya semalam kepada semua warga stanza mahabbah untuk saling bermuhasabah dalam berbicara soal fitrah terbesar dalam hati setiap manusia iaitu fitrah suci berkaitan "cinta"...insyaALLAH moga dengan bertambahnya ilmu ini kita semua semakin matang dalam membuat keputusan..yang mana silap dan perlu dibetulkan maka wajib kita meninggalkannya dan memperbaiki kesilapan-kesilapan..Islam TIDAK KEJAM..kerana Islam itu indah maka disalurkan cara-cara yang sebaiknya untuk memelihara cinta kepada manusia..

dan muhasabah juga buat diri yang kerdil ini..tanya balik diri ini..
"apa cukup dan sempurna hubungan aku kepada Sang Pencipta yang Maha Agung Allah azza wajjalla untuk aku membina hubungan yang baik dengan manusia???"

"dan apakah sudah cukup sempurna tanggungjawab aku kepada kedua orang tuaku sehingga aku yakin bahawa aku pasti bukan milik ibu bapaku sepenuhnya jika terlafaznya ikatan mulia itu suatu hari nanti?"

bukan sempurna yang menjadi asbab untuk menerima cinta manusia tetapi dengan cara "menyempurnakan" diri dengan sebaiknya nescaya Allah juga tidak menangguh lagi anugerah darinya kepada kita iaitu insan yang turut "sempurna" kepada kita untuk kita sama-sama melangkah ke arah pembentukan insan yang soleh dan solehah hendaknya..aminnnnnn..

segala keterlanjuran bicara dari diri ini kudahulukan dengan ribuan kemaafan andai terasa hati dengan bicara penaku ini..jika terasa itu membuat kita sedar bahawa kita perlu mengubahnya maka perbetulkan ia..jangan biar diri kita kekal dan setia bersama kejahatan dan maksiat yang ditopengkan kebaikan oleh syaitan laknatullah..wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..




1 comment :