background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday 17 May 2013

Carilah ia di tiga tempat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Carilah hatimu di tiga tempat;

>>Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
>>Tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
>>Jika tidak kau temui juga,kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati..

-Imam al-Ghazali


Yes,finally..akhirnya diri kerdilku ini berbicara juga perihal hati di medan ku melahirkan rasa-rasa yang terbit dari hati kecil ini..bukan tidak pernah tapi kali ini agak mendalam bicaranya kerana ia adalah bicara soal hati..kurasakannya kini.

Pernahkah kalian merasakan ada sesuatu yang kosong di dalam hati??di cari gali sedalamnya namun tidak kau temu apakah ia yang tidak lengkap dalam hatimu?? 

Sungguh ku merasakan ini suatu perasaan yang berat.namun ku bersyukur kerana ia masih datangNya dari Allah.kuyakin ia datang dari Allah kerana perjuanganku menghadapinya Adalah suatu nikmat setelah berjaya mengharungi sukarnya perasaan ini..T.T..Cuma terkadang,datang juga bisikan dan godaan syaitan untuk terus membawaku hanyut dibuai perasaan tidak enak ini..membawaku lalai dari mengingatiNya..

Sehingga kutidak temui hatiku lagi ketika mulut bebicara mengalun Al-Quran kalamullah..
Sehingga ku tidak temui hatiku lagi ketika khusyukku kian pudar di dalam asyiknya aku bersolat menghadap Ilahi..
Sehingga ku tidak temui hatiku lagi ketika diamku menjauh dari mengingati mati..
Nauzubillah..Allahurabbi..kutahu walau berat ujianMu ini..tapi kuyakin, pasti suatu masa,akan ada jawapannya..

begitukan kalian?? kadang-kadang perasaan yang tidak penting sebenarnya sering datang menyelinap ke dalam jiwa..
**hati mudah bersangka buruk,,
** hati mudah memendam rasa,,
**hati mudah menaruh harapan,,
**hati mudah sekali membiarkan perasaan itu membawa hati jauh dari tempatnya yang sebenar..

pernah sahabatku memaniskan semula keperitan menanggung dugaan menjaga hati ini;
"Yakin Allah sentiasa ada,dunia ini hanya sementara..Allah anugerahkan ujian sebegini kepada kita kerana mungkin kita terlalu banyak dosa kepadaNya,,lalu Allah utuskan ujian ini sebagai kifarah atas dosa-dosa kita selama ini"

mm,betul sangat tu..mungkin sebab diri ni terlalu banyak dosa,.kerana itu datangnya ujian sebegitu untuk menjadi asbab untukku kembali dekat kepadaNya..dan begitu juga kalian..apabila kau merasakan ada ruang kosng dalam hatimu sehingga kau temui bahawa hati itu bukan tempat untuk kau semakin dekat kepadaNya,maka kembalilah kepada asalnya Tuhan Sang Pencipta..Allahurabbuna..Dia sahaja tempat bergantung harap..moga sentiasa ada ruang untuk kembali ke jalan yang diredhai ..amiinnn..

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang yang beriman."
Ali Imran : 139


No comments :

Post a Comment