background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Tuesday 23 October 2012

musibah-->sabar-->redha..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

" DAN DIA MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKANYA. DAN BARANG SIAPA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN(KEPERLUAN)NYA. SESUNGGUHNYA ALLAH MELAKSANAKAN URUSANNYA. SSUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENGADAKAN KETENTUAN BAGI SETIAP SESUATU."
AL-TALAQ(6;3)

Adilnya Dia...tidak ditinggalkan sesuatu ujian itu malainkan atas kemampuan mereka..

Maha Penyanyang..dianugerahkan nikmat yang
 tidak terhitung walau tanpa diminta..



Dia Yang Maha Pemaaf..dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar angkasa,tidak terhitung dosa insan..hanya Dia yang mengampunkan dosa-dosa dan maksiat mereka yang sering alpa..

Tidak ada yang layak disembah melainkan Dia..
kembali semula kepadaNya andai diri tersasar dari landasan Islam yang sebenar,kerana hanya Dia layak disembah..

Dia yang Bijaksana..bukanlah sesuatu diatur tanpa hala tuju melainkan diciptakannya untuk dinilai oleh manusia dimanakah terletaknya hikmah yang berganda disebalik ujianNya

Ar-Razak..Maha Pemberi Rezeki..jikalau bukan milik kita sebarang sesuatu itu..maka letakkanlah ia 
ditempatnya kerana yakinlah..rezekiNya pada kita tidak pernah terkurang walau sedikitpun..

Bukan harta yang dipinta dariNya,cukuplah sekadar keredhaan dariNya yang aku dambakan..

bukanlah tanda murka Allah pada kita andai diuji..bahkan itulah tandanya telah ditingkatkan darjat kepada hambaNya bagi mereka yang beriman kepadaNya

masih tidak mampu mengira nikmat-nikmat yang dikurniakanNya?
masih tidak mengerti apakah nilai diri menjadi hamba mulia di muka bumi yang sementara ini?

bangunlah..gagahkan dirimu,islah hatimu,tidak ada jalan benar untuk hatimu melainkan kembalilah semula kepadaNya..
tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Dia..wallahua'lam..



No comments :

Post a Comment