background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Sunday 15 April 2012

MAJLIS KERAIAN PENGANTIN ALEX(ASFES)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

"DAN SEGALA SESUATU KAMI CIPTAKAN BERPASANG-PASANGAN AGAR KAMU MENGINGATI (KEBESARAN ALLAH)
(SURAH AL-ZAARIYAT: 49)

alhamdulillah..satu lagi Majlis sempena ASFES( Alexandria Spring Festival) iaitu Majlis Keraian Pengantin Alexndria yang betempat di Masrah Iskandariah..


*silat pun ade..:)

bermula seawal jam 10 pagi tetamu mula berkumpul..sangat menarik majlis ini kerana pertama kali saya menghadiri majlis keraian untuk pengantin di MESIR..hampir sama macam di MALAYSIA di mana tetamu berkumpul dalam majlis yang penuh barakah dengan diserikan lagi dengan MAJLIS PERMATA ALEXANDRIA..ada ramai babyyyy..
saya sangant-sangat sukakan baby: ini FAKTA..HEHEE..

adik MUJAHID dan adik IFFAH..

mereka sangat chumelll..<3

Majlis bertemakan warna merah,putih dan pink..Memang sangat menyerlah keserian suasana majlis ni kan..:).

Banyak jugak ilmu yang kami peroleh melalui tazkirah yng disampaikan ustaz berkenaan BAIT MUSLIM..
BAIT MUSLIM??..persediaan membina keluarga..bukan tu je..banyak lagi la..melatih diri mencari kematangan,membentuk keperibadian menjadi lelaki dan wanita solehah and banyak lagi..:)

tapi..suka saya tekankan di sini..walaupun perkahwinan itu mungkin jauh lagi dengan kita..mungkin 5 tahun lagi,mungkin 10 tahun lagi..tetapi seharusnya kita bersedia membina fikiran dan membentuk jati diri yang bersesuaian dengan fitrah ISLAM sebelum mendirikan rumah tangga..kerana kalau kita lihat contoh dari ibu Imam Syafie,beliau telah mempersiapkan diri beberapa tahun dahulu sebelum bersedia melahirkan cahaya mata iaitu anaknya, Imam Syafie..

Begitu juga dengan kita wahai muslimah-muslimah serikandi Islam..Marilah kita bersedia membina keperibadian yang solehah sebelum melangkahnya kita menjadi zaujah dan ibu kepada anak-anak satu hari nanti..dan buat lelaki para pejuang-pejuang agama Allah..berusahalah menjaga hati dan keperibadian diri demi menjamin generasi yang terpuji dan mulia disisi Allah kelak..

Alhamdulillah,,serba sedikit perkongsian daripada tazkirah yang saya peroleh..moga bermanfaat untuk semua..

dan pada waktu tengah harinya..kami menyambung majlis dengan jamuan makan..nasi minyak ke??mungkin ye..kat sini susah nak cari nasi minyak pengantin..heehe..

kita makan dulu..

lepas majlis jamuan berakhir..apalagi..kami pun cabut balik..:P..

*SEKIAN..*..
TIME TO LEAVE THE BLOG AND OPEN THE BOOKS NOW..

wassalam..


1 comment :