background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday 13 April 2012

KEPIMPINAN RASULULLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

''Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kamummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan 
( keimanan dan keselamatan) bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin"
(At- Taubah : 128)

mood : enjoying my creation..


Minggu ni adalah minggu rehat untuk kami setelah berjaya mengahabiskan lecture bersama para lecturer..:)..So,sempena cuti kali ini..banyak aktiviti-aktiviti telah dianjurkan bagi mengisi masa yang terluang ini dengan aktiviti yang berfaedah. Dan tidak terkecuali juga saya dan rakan yang turut menyertai PAMERAN   MALAM KEBUDAYAAN ISLAM yang akan diadakan pada esok hari..dan tajuk yang kami olahkan memang bermanfaat untuk semua..

sekadar perkongsian..
cuba teka gambar di  atas ni sebenarnya apa ye??mm,inilah contoh pamphlet yang telah saya hasilkan sempena pameran esok..Sebenarnya bukanlah gambar pamphlet ini yang ingin saya tonjolkan sebaliknya berkenaan isi-isi penting dalam pamphlet ini..memang banyak penjelasan berkenaan dengan KEPIMPINAN RASULULLAH..

Kita patut bersyukur kerana telah diciptakan menjadi umat terakhir Rasulullah.Kalau kita hayati sifat- sifat mulia Rasululah,memang tidak terkira banyaknya iktibar yang dapat kita contohi..Dari segi kepimpinannnya, baginda sentiasa:



1. BERTINDAK SESUAI DENGAN PERINTAH ALLAH

2. MENGHORMATI PENDAPAT YANG DISAMPAIKAN KEPADANYA

3. PENGASIH DAN PENYAYANG KEPADA RAKYATNYA

4. BIJAK MENGATUR TEKNIK DAN STRATEGI PERJUANGANNYA

5. GAGAH DAN BERANI

6. SELALU TENANG, PERCAYA DIRI, TIDAK PERNAH PANIK

7. MEMPERLAKUKAN ORANG DENGAN ADIL DAN JUJUR

Cuba kita lihat, betapa banyaknya contoh sifat kepimpinan yang dimilki oleh baginda Rasulullah..Adakah kita mampu mencontohi kepimpinan sepertimana yang dimilki oleh baginda???
ya,sememangnya kita mampu..bukankah setiap dari kita adalah pemimpin..walau lemahnya kita seandainya tidak mampu untuk memimpin orang lain, tetapi jadilah seorang pemimpin yang terabaik untuk memipin diri sendiri..dan yang paling penting untk para lelaki,ingat!!!!anda adalah pemimpin yang diciptakan untuk memimpin isterimu, anak-anakmu suatu hari kelak..maka bermula dari sekarang..cubalah untuk memiliki sifat2 yang dimilki oleh Rasulullah..Rasulullah adalah contoh terbaik untuk umat akhir zaman,umat Rasulullah Al- AMIN..



No comments :

Post a Comment