background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Wednesday 21 March 2012

WANITA<>LELAKI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


TERSURAT & TERSIRAT : LELAKI dan WANITA



Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin daripada suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang daripada lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat pada suamainya tetapi tidak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat disebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan pada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya kerana jika melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya di ampun Allah(dosa kecil).


Di akhirat kelak, lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2.isterinya
3.anak perempuannya dan 
4. saudara perempuannya


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: 
1.suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya




Seorang wanita boleh masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. solat 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata .
masyaAllah..sayangnya Allah pada wanita.


 Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah..maka dengan sebab itu Dia mengangkat kamu menjadi pemimpin..maka dengan keistimewaan itu,,jagalah dan hargailah wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing-masing, lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi Allah..




i'm very like to share this note with all of you..may Allah blessing us..
SOLEH UNTUK SOLEHAH
SOLEHAH UNTUK SOLeH..
amiiiinnn...



No comments :

Post a Comment