background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Wednesday 21 March 2012

SALAHKAH MERINDU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

 ..INDEED,ALLAH WILL NOT CHANGE THE CONDITION OF PEOPLE UNTIL THEY CHANGE WHAT IS IN THEMSELVES
(13:11)


Bicara tentang hati..tentang perasaan..tentang cinta..
perkara yang sukar untukku merungkai bersama pena di papan kekunci ini..mungkin kerana bukan selayaknya hati ini berbicara tentang itu..namun.sememangnya fitrah manusia memang gemar mencari penyelesaian hati disebalik perasaan-perasaan ini yang menyelinap ke dalam hati tanpa kita sedarinya...
HATI..telah diciptakan Allah sejak azali kepada setiap manusia supaya disimpannya di situ sesuatu naluri mahupun perasaan yang berbeza-beza agar manusia dapat menilai setiap apa yang berlaku disekelilingnya degan sempurna..kerana dengan hati..naluri sebagai insan yang ingin merasakan PERASAAN CINTA itu tidak pernah lari..secebis perasaan yang sangat manis dan suci nilainya di pandangan Allah andai disalurkan fitrah itu ke jalan yang diredhaiNya..

tentang cinta..siapa yang tidak mahukan cinta..sedangkan haiwan mempunyai perasaan kasih antara satu sama lain..apatah lagi kita insan yang memiliki akal yang sempurna..dan hati yang suci...
kadang-kadang..dengan cinta..ia membuat kita merasakan secubit kekosongan di hati..mengapa ya???

kerana ingatlah teman..Allah YA RAHMAN YA RAHHIM telah menyediakan kepada kita perasaan cinta itu untuk melengkapkan kemanisan iman sebagai insan yang muslim wa mukmin..namun sebagai mengikut percaturannya..haruslah kita mengikut saluran yang sempurna dalam mencapai CINTA yang agunG di sisi Allah.. dan sebelum selayaknya kita mencari cinta itu..genggamlah cinta yang sejati untuk pemilik kekal kita iaitu Allah YA AZIZ YA MUHAIMIN...

Dan berusaha menggapai keimanan yang mampu membawa kita kepada mardhatillah..bagaimana pula kita mahu mencari halawatul iman itu ??
ingatlah..iman itu tidak sempurna untuk kamu andai kamu masih belum merasakan kemanisannya dalam beramal mencari redhaNya..
jadi..berusahalah menjaga hati..jauhkanlah hati daripada didatangi syaitan-syaitan yang membisikkan kejahatan di hati..menyebarkan cinta yang bersulamkan nafsu semata-mata..nauzubillahiminzalik..
SEKIAN..



No comments :

Post a Comment