background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Wednesday 29 February 2012

SEINDAH MAWAR BERDURI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


mawar itu cantik sekali tetapi durinya sungguh berbisa..
orang akan memandang kecantikan mawar tanpa menyedari duri itu la yang sentiasa menjadi senjata untuk melindungi kecantikan itu...

begitulah di gambarkan seorang wanita..
setiap wanita telah dikurniakan kecantikan yang berbeza-beza..
kecantikan wanita adalah keistimewaan buat mereka yang tiada pada Sang Adam..

namun..harus kita ingat..kecantikan wanita itu perlu dilindungi..
bagai duri melindungi kelopak mawarnya..
kerana...kecantikan wanita bukanlah sesuatu yang murah untuk dipamerkan sesuka hati..


nilai wanita itu sangat tinggi sebenarnya..
lebih tinggi di sisi Allah andai ia sentiasa dilindungi..
dilindungi dengan akhlak mahmudah..
dibentengi dengan iman yang teguh..
diselimuti dengan maruah yang tinggi...

wanita..lindungilah dirimu..sebagaimana mawar yang cantik itu dilindungi..
walau sekali wamar itu layu akhirnya..
namun kamu lebih tinggi nilainya kerana kecantikanmu tidak akan pernah layu di sisi Allah jika kamu memahami apa erti sebenar kecantikan..


jadilah seperti mawar yang berduri..
sentiasa dilindungi..

PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI JUGA



No comments :

Post a Comment