background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Wednesday 22 February 2012

BANI ISRAEL,,SIAPAKAH MEREKA???(PART 1)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


"Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji(taat setia) dari kamu dan Kami angkatkan Bukit Sinai(Tur Sina) di atasmu(seraya Kami berfirman): ''Peganglah teguh-teguh apa apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya agar kamu bertaqwa."
(Al- Baqarah:63)


apa yang kita ketahui..kaum bani ISRAEL merupakan kaum yang tidak pernah bertaubat kembali ke jalan Allah..beruntunglah kita kerana telah dilahirkan sebagai Islam...walaupun Islam kita telah diwariskan daripada keturunan nenek moyang kita,,namun bukanla satu peluang untuk kita mengabaikan ajaran2 ISLAM sebaliknya dengan penuh kehinaan,,kita berusaha mencari sedikit sebanyak ilmu dan amalan untuk bekalan kita ke akhirat kelak..insyaAllah..

baiklah,,kembali semula pada topik asal..kali ini,,begitu teruja sekali saya untuk berkongsi tentang kewujudan kaum israel in..siapakah mereka??bilakah mereka wujud??...

sebenarnya..mereka ini adalah keturunan dari nabi IBRAHIM lagi dan merupakan umat pimpinan nabi Musa..mereka ini tidak pernah mentaati ajran nabi MUSA..

BERMULA DARI KISAH NABI IBRAHIM:

semasa pemerintahan nabi IBRAHIM,,zaman baginda adalah wujudnya zaman perintahan RAJA NAMRUD(raja yang telah mati kerana diserang nyamuk)..kawasan pendakwahan pertama nabi Ibrahim adalah di MESOPOTAMIA:lembah tigris-eupratis di utara IRAQ:(BABYLON ADALAH DI SELATAN IRAQ)dan raja Namrud yang memerintah mesopotamia yang wujud selepas berlakunya banjir besar pada zaman nabi Nuh..raja namrud mempunyai susur galur keturunan dengan nabi Nuh(kisah bahtera nabi Nuh)..raja Namrud merupakan pemerintah yang sangat zalim..pada zaman sebelum pemerintahan raja namrud,,terdapat zaman pemerintahan raja yang sangat adil iaitu 
RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN..

dalam kisah nabi Ibrahim pada zaman pemerintahan mesopotamia,,baginda telah berkenalan dengan
 SITI SARAH,wanita yang begitu cantik sekali..namun perkahwinan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata..ketika mana bermulanya perkahwinan mereka,,ayah nabi Ibrahim ini tidak beriman kepada Allah..ayahnya mengugut baginda agar tidak berdakwah agar tidak diserang oleh pemerintah raja namrud yang sangat zalim pada masa itu..maka terjadilah kisah nabi Ibrahim menghancurkan berhala-berhala milik umat yang menderhakai Alllah..

dalam kisah nabi Ibrahim memecahkan berhala-berhala,baginda telah meletakkan sebilah kapak pada sebuah patung berhala yang tidak dipecahkan di
situ.apabila kaum yang menyembah berhala ini mengarahkan nabi Ibrahim mengaku atas perbuatan nya itu,,baginda pun mejawab: tanyalah kepada berhalamu itu,,bukankah itu sembahan mu,,jika berhala itu tidak mampu membantu kamu,
apakah faedahnya kamu menyembah patung ang tidak dapat berkata-kata dan membantumu..


akhirnya berlakulah perdebatan..perdebatan nabi Ibrahim adalah untuk menjelaskan bahawa perbuatan mereka itu sia-sia sama sekali..jadi kaum tersebut berasa tercabar..raja namrud telah berpakat dengan kaumnya untuk membakar nabi IBRAHIM dengan api yang sangat membara..api yang sangat kuat sehingga mereka tidak mampu untuk menolak baginda ke dalam api tersebut..akhirnya mereka melontar nabi Ibrahim daripada jauh ke dalam api tersebut..bagaimana mereka melontar baginda???wallahua'lam..ada pedapat yang mengatakan abahawa baginda dilontar melalui kayudan pada waktu itu,semua binatang datang membantu untuk memdamkan api tersebut dengan mencurahkan air termasuklah burung2 kecuali cicak sahaja yang tidak datang membantu..

daripada kisah inilah kita di sunatkan untuk membunuh cicak pada malam JUMAAT..dengan izin Allah,,Allah telah menyejukkan api sehingga tidak mampu membakar nabi Ibrahim..dari peristiwa ini,,semua umat berasa takjub dengan kehebatan yang berlaku kepada baginda..baginda telah mencabar raja namrud untuk membuktikan bahawa Allah yang berkuasa menghidup dan mematikan..nabi Ibrahim turut membuktikan kekuasaan Allah melalui peristiwa baginda memotong seeokor burung dan dipisahkan cebisan-cebisan itu di setiap gunung yang berbeza..maka dengan izin Allah..burung tersebut dapat dihidupkan kembali..lalu berlakulah perang antara mereka kerana raja namrud begitu tercabr dengan kehebatan baginda NABI MUSA..Lantas Allah utuskan kepada mereka tentera nyamuk untuk datag menyerang mereka yang degil..dan seekor nyamuk telah masuk ke dalam telinga raja NAMRUD dan telah menyerang otak nya dan selama setahun dia telah menderita akhirnya meninggal..daripada kisah ini,,,


nabi Musa telah berpindah ke MESIR bersama dengan SITI SARAH..
Tambahan,,nabi MUSA mampunyai anak saudara iaitu nabi LUTH..Bersama-sama nabi LUTH,bginda dan SITI SARAH telah berpindah ke MESIR.... Sampai di MESIR..mereka telah bertembung dengan FIRAUN..disebabkan rupa paras SITI SARAH yang sangat cantik,,firaun berhajat untuk memiliki siti sarah..sebenarnya,,SITI SARAH adalah adik tiri kepada nabi Ibrahim..perlu diingatkan bahawa syariat terdahulu berbeza ya..apabila firaun bertanya siapakah wanita itu,,baginda menjawab bahawa SITI SARAH adalah adik perempuannya..mungkin sekiranya nabi Ibrahim menyatakn siti sarah adalah isterinya pasti berlaku kezaliman yang dahsyat kepada mereka..maka firaun telah berusaha untuk menggoda siti sarah..sampai di satu tempat di kawasan kolam,tempat pemerintahan firaun..apabila firaun cuba mendekati siti sarah,,dia akan terjatuh ke dalam kolam tersebut..sehinggalah berkali-kali akhirnya dia pun berasa kecewa..
setelah itu,,dia rasa bersalah sekali kepada nabi Ibrahim lalu dia menghadiahi siti sarah seorang hamba wanita iaitu SITI HAJAR(ibu kepada nabi Ismail,yang merupakan zuriat nabi Ibrahim)


masih jauh sebenarnya untuk kita mengetahui kisah sebenar kewujudan kaum bani ISRAEL yang merupakan cucu cicit nabi Ibrahim..oleh disebabkan  masa yang tidak mengizinkan..INSYAallah saya akan menyambung semula kisah ini di kesempatan lain yang ada..harap semua dapat memahami dengan sebaiknya kisah2 yang berlak kepada para anbiya' dan kewujudan susur galur keturunan para anbiya...

sekian..

bani israel-siapakah mereka (PART 2)




control je mase ni..makan orang ke x unta ni..takutnyaa...:)

sumber: ustaz Amar..

1 comment :

  1. Yang berpindah ke Mesir bersama Siti Sarah ialah Nabi Ibrahim ke Nabi Musa? Confuse jadinya

    ReplyDelete