background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday 7 March 2014

diari KEFAYOUMKITA!! tinggalan harta QARUN di sana

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM



KE FAYOUM KITA

disebabkan xde mood nak tulis tapi sayang pulak kalau kisah jaulah ni dilupakan begitu sahaja maka baiklah dipatrikan gambar2 indah sepanjang di Fayoum untuk tatapan anak cucu beta kelak..hehe

bermula seawal 6 pagi,kami bertolak dari asrama mara dengan dua buah bas,satu bas untuk ikhwah..satu bas untuk akhowat..

diirngi oleh dua orang musyrif untuk bas akhowat..masuk bas masing-masing terus tertidur..sedar2 dah sampai ke tempat perhentian..berehat selama beberapa minit..bas berjalan semuala dan lebih kurang pukul 10pagi kami sampai ke destinasi pertama di bahr Qarun(TASIK QARUN)


PERTAMANYA:
mari kita cerita sejarah di sebalik fayoum
~nama asal: alfun youm,disingkatkan menjadi fayoum
kenapa seribu hari??
~sempena 1000 hari diperlukan oleh nabi Yusof dan masyarakatnya untuk membina sebuah kampung,maka tersimpanlah namanya sebagai FAYOUM
~bandar pertanian yang paling subur tanahnya..




berbalik kepada bahr Qarun..di sinilah tempat Allah melaknat si Qarun yang angkuh dengan kemewahannya sedangkan semua kemewahan tersebut adalah kurniaan Allah selepas nabi Musa mendoakan semoga Qarun diberi rezeki yang baik..namun sebaik sahaja mendapat nikmat kekayaan,Qarun menjadi lupa diri..bangga dengan kemewahan yang dimiliki..tiada zakat,tiada sedeqah bahkan menafikan kekayaan yang dimiliknya adalah dari usahanya sendiri..kerana itu wujudlah nama "harta qarun" dari bawah tanah

"DIA (QARUN) BERKATA: "SESUNGGUHNYA AKU DIBERI( HARTA ITU) SEMATA-MATA KERANA ILMU YANG ADA PADAKU.".TIDAKKAH DIA TAHU,BAHAWA ALLAH TELAH MEMBINASAKAN UMAT-UMAT SEBELUMNYA YANG LEBIH KUAT DARIPADANYA DAN LEBIH BANYAK MENGUMPULKAN HARTA?DAN ORANG YANG BERDOSA ITU TIDAK PERLU DITANYA TENTANG DOSA-DOSA MEREKA."
~AL-QASAS: 78
tasik qarun yang sangat luas terbentang..namun tiada siapa yang dapat mengetahui apa yang tersimpan di sebalik tasik tersebut..wallahua'lam

NEXT:

sambung ke istana Qarun..daripada ustaz,katanya istana tersebut memiliki banyak bilik untuk Qarun berselindung pada setiap malam..ini kerana,Qarun takut jika dia diserang sedangkan dia tidak mempunya perlindungan untuk segala hartanya..


dari gambar..hanya tingkat ketiga teratas yang masih menjadi tinggalan,dan yangtiga lagi di bawah telah tenggelam di telan tanah..juga kawasan2 disekelilingnya..hanya padang pasir yang tinggal..




dalam istana tersebut dapat dilihat,tempat/bank simpanan duit yang berada di bawah tanah..pak cik arab tu siap masuk dan tunjukkan tangga yang bertingkat-tingkat untuk stor simpanan wang Qarun
dan di bahagian bumbung istana.terdapat ukiran patung firaun matahari yang menjadi sembahan pada masa itu

THIRD PLACE:

berhenti untuk solat jamak zohor dan asar di air terjun wadi rayyan..kami menjamu selera nasi goreng dan lauk daging yang sangat enak..ehemm..legaaa nasi masih elok..lauk bertimbun banyak mak aihh..kenyangg..alhamdulillah..selepas solat,semua sahabat berlari-lari anak menuju ke air terjun..
apa yang uniknya di air terjun ni???





~satu-satunya air terjun yang wujud di tengah-tengah padang pasir..
~subhanallah cantiknyaa
~hikmah terbesar adalah untuk manusia berfikir satu keajaiban Allah mengapa boleh wujud air terjun di kawasan yang sangat kering begitu???
pukul 3 petang kami meniggalkan kawasan air terjun dan bergerak ke...


LAST ONE:

kincir air nabi yusof..


sejarah kincir air:
~terdapat 200 buah kincir air yang dibina pada zaman nabi Yusof,tapi hanya 4 buah yang tinggal untuk menjadi sejarah tinggalan baginda
~menjadi salah satu sumber bekalan air,untuk pertanian dan keperluan harian kot..??

menarik di sini..haha..ada la seorang kanak-kanak yang sangat berani dan kasaq naa..main tarik-tarik lengan orang..sampai tak nak lepas..kesiann..bukan tak kasihan tapi takut lebih sa mpai melimpah adrenaline dalam darah takutkan budak tu..lepas sorang sahabat ni bagi duit terus adik tu lepaskan tangan..senang jeee..:P


SEBELUM BEROLAK BALIK:

singgah di RnR yang selesa tempat solatnya..bersih hamamnya..alhamdulillah..selesai solat jamak maghrib dan isyak..kami menjamu hidangan makan malam pula..yang ni lagi class jaah..nasi lauk dua ketul ayam..sambal plak memang superb la disediakan oleh akhowat stanza.terbaik!!

selesai makan terus sesi bergambar dan bertolah pulang pada jam 8 lebih..pukul 12 sedar-sedar da sampai alex..turun-turun bas terus gerak balik diiringi musyrif..alhamdulillah..

begitulah kisah kami..:)

walaupun hanya sehari dan sangat penat..tapi kesyukuran yang terucap dirasakan kerana ukhuwwah yang terjalin antara kami semakin kukuh terbina..stanza mahabbah sentiasa di hati..anda tahu kenapa stanza??
whee..biarlah rahsia..ngengenge..

balik-balik sambung buat pau alaf baru la yerrrkk..

sekian,wassalam..

*PALING BEST BILA ADE ORANG BAGI NI..HEE



No comments :

Post a Comment