background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday 28 February 2014

Mengapaku beristikharah??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Alhamdulillah hari ni dah masuk 1 Mac maka berakhirlah Februari bersama Januari meniggalkan kita..dan pada hari yang hening ini,tiba-tiba pulak rasa tertarik nak bercerita mengenai topik ISTIKHARAH,..

selalunya istikharah dikaitkan dengan manusia yang sedang dalam bertungkus lumus untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah akan apa yang ingin dilakukannya..bolehkah istikharah dilakukan setiap hari..

hmm...

berbalik kepada topik asal,MENGAPAKU BEISTIKHARAH??

cuba semak dalam diri kita,walau sebesar zarah pun Allah pasti mengetahui apa yang tersimpan dalam hati setiap manusia..dan untuk diri kita pastinya kita mengetahui tujuan kita beristikharah..pastinya kita lebih tahu apa yang ingin kita mohonkan..adakah kerana jodoh??kerana peperiksaan??kerana makanan yang kita nak masak apa hari ini??ya istikharah itu bukanlah semata-mata untuk insan yang sedang membuat pilihan untuk jodohnya..

bagi diri yang kerdil ini,saya sebelumnya saya sangat susah untuk melakukan istikharah kerana pengalaman lalu apabila melakukan istikharah,saya tidak pernah bertemu jawapan yang saya rasakan ianya adalah yang terbaik melalui petunjuk Allah..

rupa-rupanya..apabila terbaca sana-sini..manakan Allah ingin memberi petunjuk pada hamabNya yang bermaksiat??jadi baruku sedari,dalam sibuk beristikharah..aku lupa untuk memperbaiki kesilapan diri yang sentiasa bermaksiat pada Allah..patutlah susah menerima jawapan..

berkaitan JODOH..aisshh suka benor den ni kalau cakap pasal ni..hahaa


bolehkah jodoh ditunjukkan apabila kita beistikharah??

saya percaya semua orang yang masih belum berjodoh pastinya ingin sangat2 mengetahui siapa jodohnya??
"dekat dengan aku ke??"
or
"ade dekat dunia lain ke??''haha yang ni kena hati-hati takut2 terminat dek makhluk lain pulak

bagi pandangan saya,

apabila kita ingin meminta,maka kita perlu yakin bahawa lambat atau cepat kurniaanNya itu..siapapun jodoh kita,kita pasti tidak akan mengetahuinya selagi Allah tidak mempertemukannya kepada kita..jadi yakin pada Allah bahawa Dia sedang membawa kita ke arah jodoh kita dengan cara yang dikehendakiNya,,,,

bimbang tersalah langkah,maka eloklah istikharah itu menjadi panduan untuk mendapat petunjuk Allah dalam setiap apa yang dilakukan kita..mungkin dengan hanya beristikharah,Allah akan memudahkan jalan untuk kita menemui adakah DIA JODOHKU..tenang hati dalam setiap urusan..tiada syak dan wasangka pada orang lain..

ok stopppppppppppppppppppppppppppppppppppppp..selesai bab jodoh...malu ana nak cerita pasal jodoh ni,ilmu di dada tersangatlah cetek..

kesimpulan yang saya boleh buat di sini.
apabila kita yakin dengan bantuan Allah,maka perlulah kita menggerakkan diri kita untuk mendapatkan petunjuk Allah dalam setiap keputusan yang ingin dilakukan..
dan yakin juga bahawa ALLAH tidak pernah tersilap dalam menentukan sesuatu pilihan untuk kita..
hanya kita yang perlu menguatkan diri dan melapangkan dada untuk menerima segala ketetapan Allah..
barulah namanya HAMBA SOLEH!

OK selesai dullu luahan hati di pagi hening..jom solat  dulu!!
sekian..

No comments :

Post a Comment