background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Monday 23 July 2012

#Ramadhan : Suasana tarawih :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

alhamdulillah..syukur padaNya kerana masih memberikan ruang pada kita untuk merasai nikmat bulan Ramadhan dengan Amal ibadat yang dijanjikan dengan ganjaran besar olehNya..
apatah lg saya dan rakan-rakan berpeluang untuk menunaikan solat tarawih berjemaah bersama warga Iskandariah yang tidak terkira ramainya..Alhamdulillah..sungguh bermakna pengalaman ini..:)

gami'Ibrahim..

Allah memberikan ganjaran yang berganda kepada hambaNya yang menunaikan solat sunat tarawih pada malam ramadhan..jika kita berfikir sedalamnya dari hati..apakah kita tegar meninggalkan amalan solat sunat ini yang hanya dilakukan setahun sekali..betapa ruginya bagi mereka yang meninggalkannya..

solat sunat tarawih berapa rakaat yang paling afdal ye kawan-kawan??
kalau tak silap saya,,,adalah paling afdal kita mengikut sunah nabi iaitu menunaikannya sebanyak 8rakaat berserta witir..kalau nak buat lebih pun tak de salah..bergantung pada imamnya..:)

*teringat pulak zaman kecik-kecik dulu.pergi ikut ayah solat tarawih tapi tak tahu apa tujuan solat banyak-banyak..bila nak habis ni,kenapa ulang solat lagi,bising-bising sampai kena marah..haha..rasanya semua kita yang pernah jadi kanak-kanak ni  ada pengalaman macam tu kan..:)tapi sekarang,,da besaww..da tahu apa sebab solat tarawih..

so,bila da tahu..kena la amalkan ye..banyak manfaatnya..:)
tapi ingat,,jangan tersalah niat pula melakukan amal ibadat hanya semata-mata kerana Ramadhan..
sebaiknya.tajdidkan niat kita untuk melaksanakan amal ibadat semata-mata kerana Allah..dan mengharapkan redhaNya dalam setiap perkara yang kita lakukan ini agar sentiasa diberkatiNya..

baiklah..semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari sebelumnya..aminn..

*SUASANA TARAWIH..:)




















No comments :

Post a Comment