background-image:url;background-positiohttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhggKcjQUEzhsckRKEYONKmHRn6OtWMCEr6p_pN-Bnsqj7MDX1B9BZLWqiPMU8oQVw2Ou-25WiIUwjxr7n0AxoBBh7ND5j_xhyphenhyphenE4gMBLNckEn9R8gWrVUEolZrD0nEjJDfF_P8TjzhQ4R36/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Monday, 16 February 2015

wanita dan jodoh

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Wahai Nabi!Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang mukmin: " Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."
Al-Ahzab;59

alhamdulillah selesai sudah exam ophthalmology hari ni,moga Allah berikan yang terbaik untuk natijah imtihan..selepas tamat sesi peperiksaan tadi,kami beramai-ramai menuju ke cafe untuk bersama-sama meraikan birthday sister gameelah..<3

dan beberapa topik hangat dibicarakan memandangkan bertambahnya umur dengan setiap kali sambutan birthday..maksudnya umur juga semakin menginjak ke arah dewasa..wanita kini bukan lagi baby girl..kuang3

dan doa terkesan..
"ya Allah kurniakanlah kami semua jodoh yang baik"

ya,sekadar merefleks diri,jadi topik hari ini adalah berkaitan jodoh:)
*senyum mudah terhibur..

bukan kerana terlalu terdesak hingga kerap bercerita mengenai jodoh,namun ingin ku ajak kalian saudari ukhti untuk bersama-sama merenung,adakah jodoh ini menjadi sesuatu yang menganggu..manakan tidak 

kawan-kawan mula bertanya..
"bilakah giliran enti??"

"dah ada calon ke??"

hmm,bukan itu topik utamanya..namun dengan usia di awal 20-an ini,fitrahnya remaja sekelilingku membesar dengan suasana begini.ini fitrah normal..apatah lagi melihat rakan-rakan sebaya sudah mula ke jinjang pelamin,membina keluarga bahagia..hati mana yang tidak berbunga..melihat sahabt bahagia juga sudah cukup membuat hati sendiri juga bahagia..

namun..untuk merenung kepada diri sendiri..

"adakah jodoh lambat ini petanda aku tidak sempurnakah?"

duhai sahabat..sentiasalah mengingatkan hati bahawa jodoh itu juga salah satu rezeki yang Allah aturkan untuk hambaNya..dan rezeki itu seperti yang Allah janjikan..Dia tetap memberi rezeki itu kepada setiap hambaNya yang bermohon dan berusaha ke arah rezeki itu walau dengan apa cara sekalipun..

begitu juga jodoh..jadi..sangatlah beruntung sebenarnya jka hati masih belum terisi dengan perasaan untuk diberi kepada insan lain..kerana peluang untuk mendekatiNya masih terlalu luas..


dan secara peribadinya saya sendiri kadang-kadang ragu-ragu adakah jodoh itu sesuatu yang perlu dikejar-kejar??

apabila memikirkan ibu bapa,amalan dan hubungan pada Allah..akhirnya hati berserah bahawa 
"mungkin kerana ini Allah lebih tahu yang aku belum bersedia"

"Perempuan-perempuan yang keji untu lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)."
Al-Nur;26

maka adalah................takde idea dah..bersambung..:)



No comments :

Post a Comment