BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
PENAKU BERGERAK DI BAYANGAN YANG NYATA
MENGUKIR KISAH SUKA DAN DUKA
PAHIT MANIT KUHADAM UNTUK DIRASA
INI TEMPATKU MENUKIL RASA
BUKAN SIMPATI KUHARAPKAN DARIMU
APATAH LAGI PERHATIAN YANG TIDAK KUJEMPUT
CUKUPLAH SEKADAR MENGAMBIL IKTIBAR
UNTUK KITA SAMA MERASA
SAMA BERFIKIR
DAN SAMA BERMOHON
AGAR SEGALA KISAH NUKILAN
MENJADI PEDOMAN DI MASA DATANG
"Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa,lagi Maha Pengampun."
(al-Mulk:2)
Dibawakan khas..topik malam ini..*release mood sikit lepas perah otak exam health care tadi..
actually,saya terjumpa gambar ni dari facebook,ade orang share tadi..
taw dah nak cakap pasal ape kan..heehe..tu gambar hiasan je..
sebenarnya..alkisahnya...
mari bercerita soal "jodoh" kita yang pasti sangat-sangat dengannya cuma masa sahaja masih Allah simpankan bilakah bertemu dengannya..iaitu M A T I..
kisahnya semalam..sewaktu tangan dan otak ligat membelek nota health care sebelum isyak..datang housemate mengetuk pintu..
"zifah,ummi dah takde.."
terdiamm..kaku..innalillahiwainnailahirajiun..
sungguh memang benar saya langsung tidak mengenalinya..meski di bawah satu bumi Iskandariah..namun tidak pernah kukenalinya..namun mendengar sahaja berita itu,saya pasti ramai yang terdiam sebak dan pilu sekali walaupun tidak mengenalinya..masyaAllah hebatnya kasih-sayang Allah..
teringat sekali sahaja pertemuan tidak dirancang 1 minggu sebelum pemergian almarhumah..saya menemani kak didi untuk mengambil blood pack dan blood samplenya di hospital Miri..walaupun masih dalam fatrah imtihan,tapi hati tiba-tiba tergerak untuk menemani kak Didi ke hospital..
sampai sahaja ke hospital,kami terus ke bahagian unit rawatan rapi,pertama kali masuk ICU,tett tettt tett bunyi machine di setiap kepala katil..saya mengambil peluang meronda-ronda di setiap katil sebab rasa tertarik nak melihat keadaan pesakit-pesakit yang kebanyakannya sedang "ditidurkan" bersama ventilator di mulutnya untuk memudahkan pernafasan..
sampai di katil kak Didi yang ketika itu sedang berbincang dengan wakil nurse,saya datang menghampiri katil yang diduduki seorang pesakit perempuan yang sedang tidur..
"kak Didi,ni anak orang arab ye??"
"eh tula Ummi.."
"eh..yeke..(terdiam sekejap sebab malu kenapa cakap camtu,nampak sangat tak kenal).."
terus bertanya pada kak Didi adakah dia dengar kita cakap takut-takut dia dengar pertanyaanku tadi..lega sangat bila kak Didi cakap doktor dah bagi sedation pada patient dalam ICU sebab nak banyakkan rehat..patutlah semua tidur..
sambil ke depan,ke belakang..ku lihat tenang sekali dia tertidur lena..kuatnya dia..detik hatiku..sambil melihat keadaannya yang penuh wayar-wayar..rasa tak tertahan bila diri sendiri yang berkeadaan sepertinya..adakah aku mampu???
setelah itu saya dan kak Didi bergerak keluar dari hospital Miri menuju ke hospital Nariman untuk menguruskan pengesahan utk salah seorang dari sahabat mangsa juga yang baru discharged dari ward di hospital Nariman..
namun selepas itu..tidak lagi kudengari berita tentangnya..mungkin kerana tidak mengenalinya.namun di saat berita pemergiannya menyapa seluruh alam di Iskandariah mahupun di Malaysia..saya dapat merasakan semua hati-hati yang mengetahuinya sedang terkejut dan berduka hati..walaupun tidak mengenalinyaa..
alhamdulillah..walau tidak mengenalinya,namun Allah telah menitipkan rasa sayang kepadanya sehingga jiwa-jiwa kita sangat merasai kehilangannya..dan paling besar hikmahnya bilamana semua antara kita pasti mengingati semula hakikat hidup yang berakhir dengan mati
"Allah,jika aku di tempatnya..apakah aku benar-benar bersedia untuk dicabut nyawaku dalam keadaan sebegini??"
"adakah aku yakin masih boleh bersuka ria sedangkan matiku bila-bila sahaja datangnya tanpa dijangka??"
sesungguhnya kematian itu adalah satu peringatan terbesar untuk kita hamba-hambaNya yang masih hidup di muka bumi ini..andai ada terkurang,terlalai,terleka..marilah sama-sama kita kembali kepadaNya..semoga kematian kita suatu hari nanti datang ketika mana jasad dan amalan kita benar-benar bersedia menghadapNya..
buat sahabatku Ummi,semoga dikau tenang di sana..semoga Allah menjagamua di sana..Al-fatihah..
*pasal poster atas sekali tu,bukan gimik..memang nak cakap topik tu tiba2 topik jodoh dengan "mati" lagi menyentap hati..nanti insyaAllah patik sambung tajuk hot tu bila rajin2 na..
salam syaaban..
No comments :
Post a Comment