BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
"JANGANLAH KAMU BERSIKAP LEMAH,DAN JANGANLAH(PULA) KAMU BERSEDIH HATI,PADAHAL KAMULAH ORANG YANG PALING TINGGI(DARJATNYA) JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN"
(AL-IMRAN:139)
PENAKU BERGERAK DI BAYANGAN YANG NYATA
(AL-IMRAN:139)
PENAKU BERGERAK DI BAYANGAN YANG NYATA
MENGUKIR KISAH SUKA DAN DUKA
PAHIT MANIT KUHADAM UNTUK DIRASA
INI TEMPATKU MENUKIL RASA
BUKAN SIMPATI KUHARAPKAN DARIMU
APATAH LAGI PERHATIAN YANG TIDAK KUJEMPUT
CUKUPLAH SEKADAR MENGAMBIL IKTIBAR
UNTUK KITA SAMA MERASA
SAMA BERFIKIR
DAN SAMA BERMOHON
AGAR SEGALA KISAH NUKILAN
MENJADI PEDOMAN DI MASA DATANG
Setiap orang punya iman,setiap orang punya kekuatan.dalam tidak sedar,kadang-kadang Allah telah menghantar ujian kepada kita untuk melihat sejauh mana iman kita bertindak untuk mengatasi ujian dariNYA.bukankah Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan atas kemampuannya sahaja.
Dan semalam aku turut diuji,mencari hikmah di sebalik musibah.kerana bukan sekali kurasainya..ini adalah kali kedua ditimpa ujian yang sama.namun aku pasti Allah tidak pernah kejam kepada hambaNYA.Allah sedang memberi kasih sayangNya padaku agar tidak putus-putus dari mengingatiNya..Allahu..
seingat aku,pada Oktober 2012,sesuatu yang sangat berharga bagiku telang hilang dicuri semasa ketiadaanku di asrama.barang yang paling mahal pernahku miliki dan dapatnya sebelum kakiku menjejakkan kami ke bumi kinanah ini,namun jodohku tidak panjang dengannya.laptopku telah hilang lenyap dirampas orang..sedih tidak terkata kerana ralat.mula timbul persoalan,"mengapa aku diuji begini?"
namun dukaku terubat sebaik sahaja aku bertindak menggantikan kehilangan laptopku itu dengan sebuah gajet yang tidak pernah kuimpikan untuk memilikinya.kerana fungsinya yang bukan sahaja boleh dijadikan seperti laptop,malah boleh digunapakai sebagai mobile juga telah membuatkan aku tekad untuk membeli sebuah ipad.yalah,aku mana pernah miliki telefon canggih,disaat orang sudah memilikiki smart phone,aku masih setia dengan telefon murahku.tetapi kehadiran ipad itu telah membawaku lebih dekat ke alam maya dunia tnpa sempadan..kerjaku menjadi semakin mudah waaupun tidak lagi bersama laptop..
setelah hampir dua tahun aku menggunakannya,datang musibah yang tidak diduga..
bermula diawal pagi semalam,tidak pernah aku suka-suka membawanya ke kuliah.jika mula membelinya dulu aku sedikit "jakun" kerana ke hulu ke hilir kubawa ipad yang berat itu.konon itulah "telefon canggih" aku,mudah diguna pakai..huhu
namun semalam,sebaik sahaja kelas tamat,aku berpakat dengan housemateku untuk ke Mansyiah,perjalanan yang agak sesak di jalanan membuatkan aku sedikit kepenatan ditambah membawa ipad yang beratnya "bukan kepalang"
lalu sebaik tiba di kedai kesukaan pelajar Malaysia iaitu kedai tudung "murah",aku tanpa berlengah terus meletakkan beg yang berat itu di atas meja kosong di dalam kedai tersebut.huhh hilang lenguh bahu..Pak cik yang melihat beg itu bertindak untuk mngalihkan beg itu diruang tepi untuk menyandarkan beg aku,dari jauh aku bersuara "maalisy" kerana serba salah pula menumpang mejanya.katanya tidak mengapa.
namun,sebaik sahaja selesai aku membuat bayaran untuk tudung yang dibeli,ku capai beg untuk pulang,sebaik kulihat ke dalam beg tersebut..IPAD????AMMU,FIN IPAD??FI IPAD HENA..AMMU FIN IPAD???
Ya Allah,rasa tidak percaya ruangan dalam beg ku telah menjadi kosong tanpa ipad..lantas baru aku tersedar,bukan aku dan housemateku sahaja yang masuk ke dalam kedai tersebut,secara kasar seingat aku adalah dalam 10 orang bertukar masuk membeli tudung di sana.namun atas kecuaian aku,salah seorang dari mereka telah "berjaya" merompak ipadku..
hati mula gelisah..di mana??di mana ia???
berlari-lari aku keluar untuk mencari orang-orang yang pernah masuk ke kedai tersebut untuk menjejaki kembali ipadku..namun kosong!!tiada siapa yang kukenal.tiada lagi muka-muka yang pernah masuk tadi...
selepas pembeli-pembeli lain beredar dari kedai tersebut,aku mula bertanya kepada pak cik tersebut
"ammu,enta kenal sesiapa yang datang membeli tadi?"
betulkah bukan kamu yang mengambilnya?,lantas dia menjawab..
betulkah bukan kamu yang mengambilnya?,lantas dia menjawab..
"wallahi ana tak ambil"
sekali lagi kupandang matanya takut-takut ada sesuatu yang disembunyikannya
"demi Allah enta tidak mengambilnya?"
sekali lagi kupandang matanya takut-takut ada sesuatu yang disembunyikannya
"demi Allah enta tidak mengambilnya?"
dia meihatku dan berkata
"awak anggap saya berani ambil barang orang?saya ada di kedai saya ni setiap hari dengan kerja saya"(lebih kurang kot maksudnya)
"maaf ammu,saya bukan memfitnah tapi saya tak nampak dan saya tak tahu siapa yang mencurinya"dia mengangguk tanda memahaminya dan dia berkata
"awak ada nombor password atau nombor siri dari kotak ipad awak??ambik nombornya dan pergi ke balai polis untuk buat laporan,mesyi??"

tanpa berlengah aku berlari mencari teksi untuk pulang ke rumah..maka bermulalah sesi "berair mata hindustan" dalam teksi,tanpa henti aku menangis,pak cik teksi mesti dah pelik..hahaa..apa boleh buat,ratu air mata..tiba-tiba kuterima pesanan ringkas melalui whatsapp dari housemateku yang masih di Mansyiah
"balik nanti jangan buat apa-apa lagi,ambik wuduk dan solat zohor dulu dan doa banyak-banyak.yakin dengan Allah"
"balik nanti jangan buat apa-apa lagi,ambik wuduk dan solat zohor dulu dan doa banyak-banyak.yakin dengan Allah"
air mataku terhenti..terima kasih sahabat..
sebaik tiba dirumah hatiku bagai dicincang-cincang..mengapa sanggup dia mencuri????sedangkan dia juga beragama Islam..selepas solat laju aku mencari info di icloud di mana lokasi ipadku terkini,dan sebaik ku buka ruangan "find my ipad" kulihat signal keberadannya di satu lokasi yang tidak kukenali di Iskandariah ini.namun agak mendukacitakan apabila dilihat baterinya hanya tinggal 2 percent..dan 1 percent,dan akhirnya tiada lagi signal hijau ditunjukkan..sebelum ia kehabisan bateri,aku sempat menghantar isyarat "play sound to my ipad" and "activate lost mode to my ipad".bagiku ini sahaja yang dapat membantuku..

dan aku berserah.ku jejak kaki ke kedai yang pernah ku singgah untuk membeli ipad di situ,dan katanya.hanya satu jalan untuk trace kembali ipad awak iaitu dengan membuat laporan pois dan polis hanya boleh tolong untuk trace sekiranya pembeli mula meng"activate"kan kembali ia dan pengesanan dibuat melalui nombor siri ipad tersebut..
dan akhirnya..aku mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis kerana aku yakin,apa sahaja yang boleh pihak polis lakukan.negara ini bukan seperti negara lain,hanya orang yang berada di sini yang faham keadaannya..hati kecil ku mula redha..dengan penuh kekuatan aku memaklumkan pada ahli keluargaku melalui "whatsapp family".hanya kerisauan yang aku fikirkan.apakah aku akan dimarahi keluargaku kerana kecuaianku??kerana ini bukan kali pertama aku kehiangan barang berharga..namun sangkaanku meleset..
"bukan rezeki kita angah,dah nak hilang nak buat macam mana,Allah nak ambik balik la tu nikmatNYA,nanti Allah gantikan dengan yang lebih baik!!"kata-kata semangat dari keluargaku..
"bukan rezeki kita angah,dah nak hilang nak buat macam mana,Allah nak ambik balik la tu nikmatNYA,nanti Allah gantikan dengan yang lebih baik!!"kata-kata semangat dari keluargaku..
dan rakan serumahku matun dan shida turut memberi kata-kata semangat.."apabila kita diuji itu tandanya darjat kita sedang diangkat olehNYA,mungkin Allah nak lihat sejauh mana kekuatan kita hadapi kehilangan yang tak seberapa ni,baru barang je,bayangkan kalau mak ayah kita??"
persoalan yang menimbulkan kekuatan dalaman rohaniku..sekian kisah musibahku..pada kalian yang membacanya,carilah pengajaran disebalik kisah ini..jadikan iktibar untuk sentiasa beringat..
persoalan yang menimbulkan kekuatan dalaman rohaniku..sekian kisah musibahku..pada kalian yang membacanya,carilah pengajaran disebalik kisah ini..jadikan iktibar untuk sentiasa beringat..
jangan terlalu mudah cuai sepertiku..jaga dan awasi barang-barang berharga kalian walau di mana berada..
dan kepada pemilik-pemiik barangan apple,cepat-cepat check "find my iphone" di ruangan setting dan pastikan ia diaktifkan kerana ini cara terbaik untuk mengesannya sekiranya ia hilang atau dicuri..
dan kepada pemilik-pemiik barangan apple,cepat-cepat check "find my iphone" di ruangan setting dan pastikan ia diaktifkan kerana ini cara terbaik untuk mengesannya sekiranya ia hilang atau dicuri..
dan paling penting,jika antara kalian diuji sebegini rupa,maka kembalilah kepadaNya,hanya dia mengetahui segala-galanya,hanya dia yang melihat siapa yang mencuri itu,aku tidak berani berkata apa-apa,moga Allah lembutkan hatinya kembali untuk memulangkan jika ia masih miikku..jika ia bukan lagi milikku maka gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya..walahualam,sekian..
mohon maaf sekiranya penulisanku ini menimbulkan sesuatu yang tidak baik,doakan aku sentiasa kuat dan moga Allah juga memudahkan urusan kalian.memelihara kalian dalam rahmatnya..
sayonara "GENENAKU" SAYANG...:).MOGA BAIK-BAIK KAMU BERSAMA TUAN BARUMU..ADA JODOH BERTEMU LAGI KITA..SOBBSS..
No comments :
Post a Comment