BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
"Orang-orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah,supaya kamu mendapat rahmat.
(Al-Hujurat: 10)
dakwah??daie??mad'u??
FUTUR DAKWAH??
empat tahun lepas,saya langsung tidak mengenali apakah itu futur..bagaimana datangnya futur..semua itu tidak langsung menjadi sesuatu yang mengganggu benakku..
namun kini,alhamdulillah..setelah dicampakkan di bumi ardul kinanah ini,saya mula mempelajari apakah itu medan dakwah..dan paling kukenal..apakah medan dakwah yang terbaik buat diri setiap pelajar yang yang masih memegang status "MAHASISWI" sepertiku..
dengan kesibukan dan tanggungjawab sebagai pelajar yang tugasnya hari-hari ke kuliah(tak termasuk hari cuti),menambah dan mengumpul serta mengutip cebisan-cebisan ilmu untuk perbaiki diri..ditambah pula dengan tanggungjawab untuk membimbing dan "mentarbiyah" adik-adik yang diamanahkan untuk saya membantu menjaga mereka bukan sahaja dari segi jasmani malah paling penting dari segi rohani mereka agar sentiasa berada di jalanNya..
mentarbiyah??ya tarbiyah..apa cukup dan banyak sangat kah ilmu CIK AZIFAH tu sampai dah boleh tarbiyah orang??hmm..fikir..dan fikir..ya anda benar..siapa pun sebenarnya tidak pernah cukup ilmunya sehingga dia mampu mentarbiyah orang..namun,dalam mereka mentarbiyah orang lain..paling besarnya manfaat untuk mereka adalah mereka juga TIDAK TERKECUALI daripada menerima tarbiyah untuk diri sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung..
dan alhamdulillah pengalaman diriku yang kerdil ini memegang usrah di bumi kinanah ini tidak mejadi satu beban malah telah menjadi satu sumber kekuatan untuk saya sentiasa menjaga dan cuba meletakkan diri di tempat yang selayaknya seorang muslimah yang mengamalkan ajaran Islam pada jalan yang benar..moga-moga Allah memepermudahkan..aminn..
dahulu kala sebelum mengenali adik-adik usrahku..terdetik sekali perkara pertama yang bermain di mindaku..
"KALAU MEREKA TAK HADIR KE USRAH NANTI BAGAIMANA??"
FUTURKAH AKU DENGAN BEBAN INI SUATU HARI NANTI??
jawapan yang mungkin berlegar diminda saya sekiranya mereka tidak berada di sekelilingku..namun alhamdulillah..Allah telah menganugerahkan diri ini adik-adik kesayangan yang sentiasa bersama dan memberi kekuatan untukku menggerakan usrah kami bersama-sama..
pernah saya terbaca petikan dari kisah ASIAH YUSRA sebagai watak utama dalam novel Tautan hati karya Ustazah Fatima Syarha yang di situ terselitnya pengajaran dan kisah serta ujian yang dialami oleh asiah yusra sebagai daei kepada mad'u2nya..
dan tidak dilupa juga yang diri ini juga masih bergelar mad'u kepada daeiku..semoga apa yang mampu diberi daripada diri ini terselit juga sedikit "tarbiyah" buat adik-adik usrahku aka adik-adik minionku..hehe..
sesungguhnya hati itu tidak mampu kamu pegang bahkan mengikatnya melainkan Allah yang mempersatukan hati-hati kita dengan kasih-sayang dan rahmantNYA..terima kasih buat adik-adikku yang sentiasa ada dan membantuku dalam menggerakkan roda untuk sama-sama kita mencari redhaNya..alhadulillah..
kesimpulannya
"untuk menyampaikan dakwah hatta sepatah ayat itu adalah wajib ke atas kita bilamana terlafaznya kalimah lailahaillallah "tiada tuhan selain ALLAH atas setiap daripada kamu"
moga terus thabat di jalanNYA
tiada futur,tiada sungkur!!!
buat adik-adik kesayangan..terus kuat dan tetap di jalan yang ALLAH redhai..ada rezeki bertemu lagi hati-hati kita..
*sory gambar kak izy tak ada dalam ni(life kelmarin)..
No comments :
Post a Comment