BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
KATAKANLAH ( MUAHAMMAD) "BERJALANLAH KAMU DI MUKA BUMI,LALU PERHATIKAN BAGAIMANA KESUDAHAN ORANG-ORANG YANG BERDOSA.
(AN-NAML:27;69)
KATAKANLAH ( MUAHAMMAD) "BERJALANLAH KAMU DI MUKA BUMI,LALU PERHATIKAN BAGAIMANA KESUDAHAN ORANG-ORANG YANG BERDOSA.
(AN-NAML:27;69)
Alhamdulillah..segalanya kuucapkan syukur kepadaNya kerana mengizinkan jasad ini bersama roh untuk sekali lagi menjelajah bumi anbiya di suatu kawasan yang penuh sejarah iaitu di Luxor Aswan dan Hurghada..
moga2,semua kenangan yang terpatri kekal bersama ibrah untuk dijadikan pedoman hidup..di sini kupatrikan segala kisah kami sepanjang permusafiran..:)
selalunya orang yang dapat pengalaman depan mata dia akan lebih excited walaupun gambar dah menceritakan segalanya..hehe,so maknanya kalau bosan view jelah gambor2 eden ni ye..nak baca tunggu rajin2 jela kot takut nanti baca karangan xde penghujung pulak..mihmihmih..:P
dengan ini,,dimulakan..(dengan bismillah)^^
1:30 pm: keluar dari rumah bergerak keluar mencari bekalan,makanan bekal da siap2 masak dah nasi gorang..taw je mesti lapor dalam tremco nak ke cairo nanti
2:00pm: setelah cukup rakan2 seangkatan iaitu 10 akhowat dan 4 ikhwah yang belakanya warga sm(stanza mahbbah):D di mahattah misr,kami bertolak ke cairo dengan menaiki sebuah tremco yang agak selesa,alhamdulillah..
6:00pm: sampai ke cairo dan menaiki sebuah lagi tremco untuk menuju ke hayyu asyir,souk sayyarat..tempat bejanjinya warga2 bas ke luxor:)..
8.00pm: sepatutnya bas bergerak pukul 8 malam,tapi sebab kami sampai betul2 pukul 8 dan perut masing2 da lapor bebenor,ustaz yang menguruskan perjalanan,btw semua ustaz adalah warganegara indon..jadi kami pon bisa jadi orang indon juga dong..terusin kami di bawa ke restoran seberang gituh..makan2 nasi ayam penyek sebentar..:)ala2 sinetron pun ado sebabnya ramai sangat orang indon dekat kedai makan tu..huhu
9.45pm: perut kenyang,hati girang,mata pon ngantuk..lepas je baca doa naik kenderaan,masing2 mula melayan angan sambil memejam mata menunggu lena,cewh..hehehe..
alhamdulillah bas mula bergerak ke destinasi..
next,TERUSKAN MEMBACA DI LINK BAWAH:)
No comments :
Post a Comment