background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Saturday 14 March 2015

layakkah aku?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


banyaknya Dia mengajar aku..daripada sesuatu yang kosong sehingga mampu menambah ruang2 kosong ini..kerana pengalaman itulah yang mengajar diri ini..

kadang-kadang,jiwa mungkin memberontak kerana merasakan setiap yang diinginkan itu perlu dijadikan sebuah kejayaan..namun mungkin hati lupa.
dalam setiap apapun yang dirancang,telah wujud Sang Pencipta yang telah merancang sesuatu yang terbaik untuk setiap hambaNya..

AJAIB BUKAN??
dalam setiap ketentuanNya,walaupun tiada satu pun insan yang mengetahui bahkan syaitan dan juga malaikat pun tidak mampu menembusi,Allah telah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya bahkan menjadi sesuatu yang baik juga untuk insan-insan lain..

mungkin juga sering dilalui manusia,kadang-kadang mereka membenci ujian yang datang kepadanya.begitu besar impian dicipta,namun hanya kegagalan yang diterima..duhai sahabat..bukankah kamu telah meyakini bahawa Allah itu Tuhanmu??Dia juga yang menciptakanmu..

jadi apa lagi yang mengajar hati kamu untuk memebenci akan ketentuan dariNYA..
Aku bersyukur..walau dilihat pada diri yang hina ini..terlalu banyak kekuranngan..mungkin aku tidak memiliki apa yang mereka miliki..bukan harta seperti mereka yang kumiliki,bukan kekayaan seperti mereka yang kumiliki..namun hadiah terpenting untuk insan bernama anak masih aku miliki iaitu kasih dan sayang daripada kedua orang tuaku..ini sudah cukup untukku ya Allah..apalah sangat dibandingkan dengan amalanku yang kurang ini jika diminta mahu dikabulkan segala hajatku..

mungkin ia dirasakan baik untuk diri kita tapi sebenarnya Allah lebih mengetahui boleh jadi itulah sesuatu yang paling buruk untuk kita..


ajarlah hati..ajarkan hati kecil ini untuk sentiasa meredhai segala ketentuan dariNya..
semakin diuji,memang semakin sakit tapi yakinlah bahawa sakit itulah yang menjadi lambang bahawa dirimu telah diangkat darjatnya di sisi Allah..
Alhamdulillah..

berjalan tanpa henti..berharap itu tidak salah namun jangan dilupa bahawa hidup mati kita pun hanya dengan izinNya...

*Islah diri

Friday 13 March 2015

QAWANIN BAITUL MUSLIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..



Kitab Qawanin Baitul Muslim..
kupasan menarik daripada kitab ini yang banyak menyentuh isu-isu pembentukan keluarga muslim yang sempurna..kitab ini lebih menyentuh perkara-perkara penting yang perlu ada pada setiap individu muslim kerana setiap indivitu muslim itu adalah komponen terpenting bagi melahirkan sebuah keluarga yang terbaik mengikut cara Islam..
*sesuai untuk mereka yang nak bina baitul muslim mantap*_*

kadang-kadang ramai orang terlupa untuk menjaga setiap tanggungjawab masing-masing sebagai ahli keluarga..dalam kitab ini digariskan sebanyak 10 perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam sesebuah keluarga Muslim..

1.KEBERSIHAN DAN KESUCIAN

2.PENYUSUNAN DAN KEKEMASAN ATURAN DALAM RUMAH

3.MERENDAHKAN SUARA DAN MENYIMPAN RAHSIA

4.MENYUSUN JADUAL ILMU DAN IBADAH

5.EKONOMI DAN PENJIMATAN DALAM MEMBELI-BELAH

6.HUBUNGAN SESAMA MANUSIA;JIRAN

7.CAKNA TERHADAP KESIHATAN DAN RIADAH

8.PENJAGAAN RUMAHTANGGA DARIPADA PERKARA MUNGKAR DAN PENYELEWENGAN

9.MELAKUKAN IHSAN KEPADA JIRAN,MEMULIAKAN TETAMU,DAN MENJAGA SILATURRAHIM

10.MERAIKAN ADAB KELUAR DAN MASUK KE RUMAH

*Maaf atas susunan ayat yang kurang baik;translate daripada penerangan ustaz di tafakuh minggu lepas..mungkin ada terlepas pandang..



KUPASAN BAB 1: KEBERSIHAN DAN KESUCIAN

Sabda Rasulullah:

apakah perbezaan suci dan bersih..adakah semua benda yang suci itu bersih??dan adakah semua benda yang bersih itu suci??

sebagai contoh,alkohol adalah minuman yang bersih namun ia tidak termasuk dalam sesuatu benda yang suci mengikut syarak..jika dilihat di dalam sesebuah keluarga muslim..banyak perkara yang perlu dititikberatkan terutatama tentang kesucian

dan menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk sentiasa menjaga kebersihan luar dan dalam walaupun sekecil-kecil perkara..maka inilah yang membezakan kedudukan Muslim dan Kafir..

sehingga Nabi Muhammad ada bersabda,untuk mencapai kebersihan yang menyeluruh luar dan dalaman ,maka hendaklah Muslim itu menjaga kebersihan dirinya..


salah satu perkara penting yang perlu dijaga oleh orang Islam ialah kebersihan dan kesucian tempat ibadahnya..bahkan adalah lebih baik jika di dalam rumah itu dikhususkan tempat yang khas untuk solat untuk memastikan kesucian tempat beribadah itu sentiasa terpelihara,dan semestinya dapat memlihara khusyuk ketika beribadah..bayangkan tempat solat kita yang berbau dan berselerak dengan barang-barang permainan anak-anak,ditambah pula kesan-kesan makanan..maka inilah perkara-perkara yang menghalang kita untuk meperoleh ibadah yang sempurna..

Disentuh juga dalam kitab ini tentang kebersihan di kawasan rumah..seeloknya kita menyediakan tempat yang khas untuk membuang sampah dan tandas yang khusus 
*patutla orang dulu2 tandasnya di luar rumah..macam tandas dekat rumah aki..10 tahun lepas,time kecik-kecik kumpul di kampung..wajib berteman kalau nak ke tandas di rumah aki..hehe

Turut dititikberatkan kepada setiap muslim untuk memastikan kekemasan barang-barang yang ada di dalam rumah sentiasa tersusun rapi

apatah lagi sebagai seorang wanita..maka tidak dapat berpisah perempuan itu dengan kesucian..jadi sangat penting untuk kita muslimah sentiasa memlihara kebersihan dan juga kekemasan dalam rumah
*muhasabah diri..

ustaz kata,kita yang faham agama ni,belajar sana-sini..menyebar ilmu sana sini,tapi bila lihat isi rumahnya..hanya fitnah yang timbul..bayangkan bilik yang berserabai,dapur yang berlonggok-longgok sampah,waduh..sentap2..

dan kesimpulannya..mengapa digariskan bahawa perkara pertama dalam pembentukan baitul muslim yang sempurna itu diasaskan melalui penjagaan kebersihan dan kesucian ke atas setiap individu muslim??*fikir-fikirkan..


kerana kefahaman dan penjagaan kebersihan itulah asas atau dasar untuk melatih individu muslim membentuk peribadi-peribadi yang lebih baik..bagaimana diri yang kotor dan tidak suci dapat diterima ibadahnya?jika tidak diterima ibadahnya maka tidak diterima amalan-amalan kebaikan apatah lagi melahirkan individu-individu Muslim sejati..

namun,ingin kukongsi pesan ustaz,jangan sampai kesibukan kita berdakwah itu menjadi fitnah kepada diri kita sendiri sehingga mengabaikan kewajipan diri untuk menjaga dan memelihara "taharah" terutama dalam bab ibadah..

lepas ni jom sama-sama praktikkan bersama ahli-ahli keluarga..yang tiada ahli "baitul muslim",boleh sama-sama praktikkan bersama ahli-ahli rumah masing-masing..

*syukur Allah hadirkan housemate yang da banyak ajar diri "meingislah" kepentingan2 menjaga kebersihan dan kekemasan..nak2 kita ni "wanita"ehemm..:)

bab seterusnya insyaAllah akan bersambung di masa lain..sekian,terima kasih sudi membaca..mana yang terkurang harap dibetulkan..