background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday 26 April 2013

KOTOR!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"KEBERSIHAN ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN"


Petang yang sangat menyegarkan tatkala saya beriadah di tepi pantai tadi..sungguh tenang dengan laut yg biru kehijauan..dihiasi pula dengan kanak-kanak yang of course la semuanya comel berlari-lari anak..tiba di hadapanku mereka terus menyimpang ke kanan ke kiri..ingat kita nak kejar dia agaknya..akak joging la adik comells..:)

tapiii..macam biasa..1 perkataan yang membuat muka ni macam orang nak muntah.,serius..spontan reaction..hoho..astaghfrullahalazim..iaitu ketika mana
1..saliva bertaburan di trek larian..cacat pemandangan..kotor!!

2..anjing2 yang berkeliaran dengan sewenang- wenangya..eiiiii..kotor!..ohh silap..eiii..seramm mak

3..dua makhluk sedang beromantika di khalayak umum tanpa segan silunya.,yukks..kotor!!..deep meaning

4.yang ni paling kesian..because i love babiesss..more and more..ade ke patut ibu bapa dibiarnya anaknya yang masih kecil tu pi kutip2 sisa2 tongkol jagung di tepi jalan..then,baby tu sumbat dalam mulutnya..eeii..kotor!!adik kecik jangan masuk mulut benda2 macam tu..patutnya mak dia cakap acam tu la..hehe

so,the moral value from this story is:
jagalah keerihan.,kebersihan diri,rohani,mahupun jasmani..

apapun pemandangan yang xenak sering saya lihat di mesir ni..saya tetap cintakan kamu مصر...
انا بحبك يا مصر
dan satu lagi den nak share..rumah di tepi kedai 'asir atau melayunya jus ni amat mencabar iman..huhu..balik lari 6 km * yela tu syatbi>>>>>tempat xdikenali..xsampai 6 km..kerana..kerana jusnya sangatlah sedapp..koktail takeaway..ooh addictive sungguh..mungkin 4 tahun lagi balik malaysia boleh joging sampai syatbi nak pi beli koktail takeaway sedaap ni..

ok,,xde apalah..just sharing my happiness..life jadi medical student ni kadang2 boleh jadi hyperexcited..hehe..sembang petang mungkin**
nah..ni dia asir pebret..nanti anak ccu boleh tengok benda ni ye nenek simpan buat kenangan..;P
selamat beramal..smileee:D..
k.,jumpa lagi..wassalam..








Thursday 18 April 2013

aku takut jika sebenarnya..

BISMILLHIRRAHMANIRRAHIM

"Apabila terjadi hari kiamat.Terjadinya tidak dapat didustakan.(Kejadian itu) merendahkan ( satu golongan) dan meninggikan ( golongan yang lain)."
al-Waqiah :1-3

astaghfirullah,astaghfirullah,astaghfirullah...

aku takut jika sebenarnya aku punyai dua belah mata tapi sedikitpun ia tidak bisa lagi melihat kebaikan

aku takut jika sebenarnya jika aku punyai kedua belah telinga tapi sedikitpun ia tidak bisa lagi mendengar perkara -perkara yang baik

aku takut jika sebenarnya jika aku punyai tubuh badan yang sihat tapi sedikitpun ia tidak bisa lagi menggerakkan anggota tubuhku untuk beribadat kepada Dia

aku takut jika sebenarnya aku punyai kedua belah tangan tapi sedikitpun ia tidak bisa mencegah kemungkaran di bumi Allah ini lagi

aku takut jika sebenarnya aku punya kedua belah kaki tapi sedikitpun ia tidak bisa membawaku ke tempat mulia lagi

dan aku paling takut jika sebenarnya aku punyai seketul hati merah yang bersih tapi akhirnya ia sedikitpun tidak lagi mengingatkan aku pada Tuhan Sang Pencipta Allahurabbi..mati kotor hitamnya hati itu..nauzubillahiminzalik..wastaghfirullahalazim..

sungguh..inilah realiti alam..setiap apa yang berlaku disekeliling kita adalah tempat untuk kita membuka seluas-luasnya hati kita supaya dapat menilai segala hak dan batil..buang segala kebatilan,tegakkan segala yang hak..tapi mampukah kita???

hakikatnya..iman kita sungguh lemah..hanya sekadar mampu membenci dengan hati,sedangkan ia adalah selemah-lemah iman..seperti pengalamanku di sini..tiap petang ku keluar melihat keindahan alam ciptaan Allah,desiran ombak menghias pantai..tiupan bayu menghias redup petang..tapi kenapa masih wujud kekotoran yang menghias keindahan2 ini??

yang pasti bersangka baik itu berganda lebih susah daripada bersangka buruk,ya..ku bersangka buruk..masakan bercumbu-cumbuan..bercium-ciuman,bertepuk- tampar di tempat umum khalayak ramai itu dibenarkan hanya kerana mereka sudah berkahwin..amatlah payah utk saya merasakan mereka sudah berkahwin..buktinya??? pasangan yang halal dalam ikatan Islam itu tidak akan sesekali membiarkan nafsu mereka diperlihat ramai.ditonton umum seperti indahnya kisah romeo dan juliet..sugguh mengaibkan!

inilah dia..kerana inilah punca kotornya hati..titik hitam sudah menebal dalam hati..maka segala kemaksiatan yang ditegah itu tidak dirasakan berdosa..tiap kali melihat mereka..terus ku membayangkan..andai Rasulullah masih ada pada zaman ini,adakah kita tegar membiarkan Rasulullah melihat perbuatan-perbuatan kita..sanggupkah kita melihat Rasulullah mengetahui bahawa umat baginda telah rosak,,jauh dari ajaran dakwah baginda selama ini..

not just happened in Egypt..malah saya rasa di mana-mana adalah sama even di bumi tanah air Malaysia pun..perkara2 sebegini sudah tidak ada batasnya..kalau dulu anak2 dara sungguh patuh akan ibubapanya..anak2 teruna sungguh tawaduk dengan kemuliaan peribadi tapi kini hampir separuh sudah hilang nilainya..jadi adakah kita golongan yang separuh itu??yang baik atau sudah rosak??

saya menekankan kisah ini berkenaan dengan hati..ingatlah..apabila bersih hati,maka teballah iman untuk menjadi benteng bisikan syaitan ini..tapi jika kotor lagi hitam hati itu..amatlah mudah untuk ditembak dengan bisikan-bisikan syaitan..nauzubillah..ingatlah, walau sealim mana kedua orang tua kita,sealim mana sahabat kita,sealim mana pakaian kita.la bukanlah ukuran untuk membenarkan bahawa kita adalah mulia disisi Allah..
seperti novel 'nota hati seorang lelaki' karya Pahrol Mohd.Juoi..bapa yang alim belum tentu dapat melahirkan anak yang sempurna peribadinya..begitulah sebaliknya..

kadang-kadang kubersendirian di persisiran pantai itu..merenung kembali..adakah diri ini cukup sekadar menjadi pemilik tubuh badan sihat,mata yang masih cerah,telinga yang masih belum pekak dan mulut yang masih petah berbicara namun sedikitpun tidak mampu ku bergerak menjadi pembantu penyelamat pembanteras segala maksiat2 ini??

AllahuAllah..hati ini sugguh benci.,benci dengan segala kejahatan..maka bantulah aku..bantulah mereka..bawa kami ke jalan yng benar..jauhkan kami dari kemaksiatan..lindungi kami dari durjana godaan syaitan..aminnnnn..

sesungguhnya nukilan ini tidak ada sebarang niat lain melainkan smata-mata untuk dijadikan iktibar.,sebagai pesanan daripada saudara kepada saudara islamnya.lillahitaala..moga terpalit sedikit keinsafan untuk kita bersama..sekian