background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Thursday 29 November 2012

DARI JAUH KUTITIPKAN DOA BUATMU PALESTIN

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

"Dan tidak sepatutnya bagi orang yang beriman itu pergi semuanya( ke medan perang). Mengapa tidak pergi daripada setiap golongan di kalangan mereka beberapa orang untuk memeperdalami pengetahuan tentang agama dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya(yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka.Mudah-mudahan mereka itu dapat menjaga diri mereka."
al-Taubah(9;122)

Allahuakbar..maka nikmat apa lagi yang terbaik dalam dirimu malainkan menjadi muslim dan mukmin..insyaAllah..sana sini semuanya cerita falestin..mereka yang diserang,anak-anak dibunuh..masih terlalu kecil untuk melalui semua itu..jika kita diuji di tempat mereka adakah kita mampu sebenarnya untuk merasai penderitaan itu..

bermacam kisah telah saya kumpulkan..dan alhamdulillah semua itu telah membuka minda saya untuk mengetahui kedudukan sebenar Islam di Falestin..siapa yang berhak?Falestin atau israel laknatullah?

jika difikirkan,mengapa ya Allah?mengapa mereka memerangi saudara kita di sana?berhakkah mereka?dengan kejahilan mereka?sesungguhnya telah Allah rakamkan di dalam Al- quran bagaimana degilnya kaum bani israel ini sejak pemerintahan para anniya terdahulu..apatah lagi dengan kisah kemurkaan Allah pada mereka dengan pembalasan Allah kepada mereka..namun sehingga kini,masih tidak mereka sedari akan kehinaan  diri             
mereka..masih mahu memerangi umat Islam di Falestin,mengangap bumi Falesti sebagai hak 
mereka,menguasai masjidil Aqsa..siapa mereka sebenarnya israel laknatullah?
rasanya kita semua telah mampu berfikir dengan akal dan pertimbangan yang benar..maka di sini saya menyeru,bahkan mengajak diri saya juga..jalankanlah tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam untuk menegakkan hak kita..tidak semestinya perlu membawa senjata perang ke Falestin di sana untuk menentang israel..yang pastinya banyak cara dan tindakan yang sewajarnya perlu kita lakukan..bagaimanakah caranya??

ya,pertamanya sepatutnya kita sedar dan yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan mereka yang benar..mereka yang salah tetap akan salah..maka nantikanlah pembalasan Allah ke atas perbuatan hina yang telah engkau lakukan..

kedua,seperti ayat al-Quran di atas,begitu terkesan dengan jiwa saya yang hina ini..maka dalamilah ilmu,,kuasai ilmu agar kita semua bersatu,dengan ilmu yang dimiliki kita semua mampu bersatu dan mengalahkan kejahatan mereka..janganlah menjadikan diri seperti katak di bawah tempurung,kosong..langsung tidak mahu mengetahui dan tidak mahu mengambil berat tentang saudara kita di sana..

dan satu lagi pandangan saya,berusaha...
berusahalah melakukan kebajikan untuk membantu sekadar yang termampu.bukanlah wang dan harta itu bernilai melebihi daripada jiwa- jiwa mujahidin ini..derma,doa,dan sebarkan tenang kebenaran kita..kebenaran Falestin..insyaAllah moga setiap usaha kita dinilai olehNya..wallahua'lam..

*catatan ini adalah sekadar luahan hati seorang insan yang banyak kelemahannya..mungkin terlalu banyak kesilpannya.
namun hanya satu tujuannya..iaitu mengajak kita semua bersatu atas nama Islam.lbersatu menegakkan hak kita..mengembalikan hak kia..Falestin will be free...allahuakbar!!!!!

Wednesday 21 November 2012

MAT SALEH VS MAT SOLEH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Ingatlah! Sesungguhnya (orang munafik) itu memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya ( Muhammad)."
(HUD: 11;5)

Siapa nak jadi macam mat saleh??kulit putih,hidung mancung,tinggi tambah pulak hensem...whoaaa..terujanya..
tapi siapa nak jadi mat soleh?*special untuk lelaki..
mestilah semua nak jadi mamat yang soleh kan..walau kulit xputih,hidung x mancung,rupa x ada..tapi hati bersih tuu..^_^

inilah fitrah manusia..yang sukakan kecantikan..manusia mana yang xsuka pada kecantikan...tapi sebenarnya..kecantikan itulah subjektif semata-mata..manusi dinilai kecantikannya melalui ketinggian imannya..

insan yang soleh/solehah pastinya mempunyai akhlak yang indah..tidak perlu menampilkan diri dengan kehebatan yang fana sebaliknya sentiasalah berpegang pada jati diri sebenar iaitu sebagai insan yang benar-benar mulia dirinya di sisi Allah..

bagaimana menzahirkan kemuliaan diri walau dengan hanya tindakan??melalui akhlak yang mulia dan peribadi yang sempurna..kerana manusia yang benar-benar tinggi imannya pasti akan melakukan perkara dengan berlandaskan syariat..
*tidak perlu melafazkan OH MY GOD,sebaiknya gantikanlah ia dengan lafaz-lafaz mulia: subhanallah..
*tidak perlu me'update' status di fb: BOSANNYA HIDUP ASYIK BANYAK PROBLEM JE...sebaiknya adulah masalah kita kepada Dia yang lebih Medengar dan Maha Mengasihani kita sebagai hambaNya..
*tidak perlu BERDATING DENGAN MAT MALAYA/MINAH CUN..sepatutnya dampingilah orang-orang yang mulia akhlaknya..terbatas ikhtilatnya..
mudah kan untuk menjadi 'MAT SOLEH'..
tidak ada untungnya menjadi seperti 'mat saleh' andai kesolehan diri sedikitpun tidak bercambah dalam iman..nauzubillah..semoga ia adalah sesuatu yang kita idam2kan untuk menjadi insan soleh/solehah yang mulia darjatnya disisi NYA..AMINNN