background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Monday 30 April 2012

mereka yang saya sayang

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah,pertama kalinya menjejakkan kaki ke hospital di Alexandria..


bertempat di EL SHATBY HOSPITAL..

wad pediatrik tu!!!!!!sukaaaa...:).. memang merekalah yang saya paling sayang di Alex ni..the cutest little babies:











seronok sekali berpeluang melawat kanak-kanak kecil ini..sungguh beruntung kita kerana tidak diuji dengan ujian seperti mereka yang terpaksa bermalam di hospital..tapi kita??bersenang lenang tidur di katil yang empuk,menjamah makanan yang enak-enak..mungkin ini tidak dapat dirasakan oleh mereka..namun..setiap yang Allah tentukan itu ada hikmah besar di sebaliknya..mungkin kanak-kanak ini jauh lebih bahagia daripada kita yang luarannya nampak gembira*RENUNGKANLAH...

WALLAHUA'LAM..

solat subuh di awal waktu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat utama ( ASAR DAN SUBUH). Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu )dengan khusyuk"
(Al-Baqarah: 238)

mak : angah,bangun!!!!da dkt pkul 7pg ni..subuh nk abis da..apela anak dara bangun lambat sokmo..

teringat la suara seruan mak yg mendayu-dayu*mcm boleh dgr satu rumah tu kn..:)
itulah pengalaman hidupku ketika bermulanya penghijrahan ke asrama..tiap kali balik rumah je,,memang susah sangat nk bangun subuh..subuh di akhir waktu..memang itulah kebiasaannya..

tapi sekarang..Alhamdulillah..pengalaman itu jugalah yang mengajar diri ini untuk menjadi lebih baik..dan sekarang,sedar tak sedar..da hampir 8 bulan saya berkampung di bumi Mesir ini..dan setelah perginya salju bersama bunga-bunga*sastera sangat la ayat:P, kini tibalah musim panas..summer season ...:)..


jadi,yang saya nak share pada kali ini..ape kaitan solat subuh dengan summer season ni???
mm,sebenarnya inilah uniknya musim panas..sememangnya kita tahu yang waktu siang akan lbih panjang berbanding waktu malamnya semasa musim panas..


subuhnya pula memang semakin awal,semakin awal, dan semakin awal..
mana taknya..pkul 5.30 pagi tu da macam pkul 7 di Malaysia..

5.30 pagi..

mungkin ini adalah ujian untuk kami pada musim panas..'terpaksa' bangun seawal 3.00(masuknya waktu subuh)..klo nk bangun 5.30 pg..memang terlepas la subuh nampaknya..tapi apa yag sy nak relatekan ..solat subuh ni memang solat yang paling berat untuk orang tunaikan..apatah lagi indahnya tidur dibuai mimpi berbanding berlari ke toilet untuk menunaikan solat dua rakaat ini..
tapi,,ingat!!!syaitan tidak pernah jemu menggoda manusia untuk terus mengikut telunjuknya..(pesanan buat diri sendiri juga)..cubalah berjihad melawan nafsu hati..teguhkan keyakinan untuk sentiasa menjaga waktu solat,xsemestinya solat subuh..solat lain pun kena jaga juga ye..*terasa..terasa..:)


insyaAllah..walau sekecil apa usaha kita..Allah tidak pernah lalai dari menilainya..konlusinya: solatla di awal waktu ..:D..






Sunday 15 April 2012

MAJLIS KERAIAN PENGANTIN ALEX(ASFES)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

"DAN SEGALA SESUATU KAMI CIPTAKAN BERPASANG-PASANGAN AGAR KAMU MENGINGATI (KEBESARAN ALLAH)
(SURAH AL-ZAARIYAT: 49)

alhamdulillah..satu lagi Majlis sempena ASFES( Alexandria Spring Festival) iaitu Majlis Keraian Pengantin Alexndria yang betempat di Masrah Iskandariah..


*silat pun ade..:)

bermula seawal jam 10 pagi tetamu mula berkumpul..sangat menarik majlis ini kerana pertama kali saya menghadiri majlis keraian untuk pengantin di MESIR..hampir sama macam di MALAYSIA di mana tetamu berkumpul dalam majlis yang penuh barakah dengan diserikan lagi dengan MAJLIS PERMATA ALEXANDRIA..ada ramai babyyyy..
saya sangant-sangat sukakan baby: ini FAKTA..HEHEE..

adik MUJAHID dan adik IFFAH..

mereka sangat chumelll..<3

Majlis bertemakan warna merah,putih dan pink..Memang sangat menyerlah keserian suasana majlis ni kan..:).

Banyak jugak ilmu yang kami peroleh melalui tazkirah yng disampaikan ustaz berkenaan BAIT MUSLIM..
BAIT MUSLIM??..persediaan membina keluarga..bukan tu je..banyak lagi la..melatih diri mencari kematangan,membentuk keperibadian menjadi lelaki dan wanita solehah and banyak lagi..:)

tapi..suka saya tekankan di sini..walaupun perkahwinan itu mungkin jauh lagi dengan kita..mungkin 5 tahun lagi,mungkin 10 tahun lagi..tetapi seharusnya kita bersedia membina fikiran dan membentuk jati diri yang bersesuaian dengan fitrah ISLAM sebelum mendirikan rumah tangga..kerana kalau kita lihat contoh dari ibu Imam Syafie,beliau telah mempersiapkan diri beberapa tahun dahulu sebelum bersedia melahirkan cahaya mata iaitu anaknya, Imam Syafie..

Begitu juga dengan kita wahai muslimah-muslimah serikandi Islam..Marilah kita bersedia membina keperibadian yang solehah sebelum melangkahnya kita menjadi zaujah dan ibu kepada anak-anak satu hari nanti..dan buat lelaki para pejuang-pejuang agama Allah..berusahalah menjaga hati dan keperibadian diri demi menjamin generasi yang terpuji dan mulia disisi Allah kelak..

Alhamdulillah,,serba sedikit perkongsian daripada tazkirah yang saya peroleh..moga bermanfaat untuk semua..

dan pada waktu tengah harinya..kami menyambung majlis dengan jamuan makan..nasi minyak ke??mungkin ye..kat sini susah nak cari nasi minyak pengantin..heehe..

kita makan dulu..

lepas majlis jamuan berakhir..apalagi..kami pun cabut balik..:P..

*SEKIAN..*..
TIME TO LEAVE THE BLOG AND OPEN THE BOOKS NOW..

wassalam..


MALAM KEBUDAYAAN ISLAM-ASFES

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

MAJLIS KEBUDAYAAN ISLAM
14/4/2012(SABTU)

Majlis dimulakan dengan pameran2 tentang perkongsian ilmu berkenaan dgn Kekasih Allah iaitu junjungan besar nabi Muhammad SAW..

*bersama para representator of the first year med.students..







Majlis diserikan dengan alunan bacaan Ayat2 suci Al-Quran oleh IKHWAH..

Majlis diteruskan lg dengan pengenalan AJKT Pusat Cawangan dari Kaherah..

Kemuncak acara yang berjaya menimbulkan rasa insaf di hati pelajar-pelajar perubatan dengan persembahan TEATER oleh pelajar PERUBATAN dari Tanta..

bertemakan :

AIR MATA SYRIA



PENJARA HUDUD

*harap maaf,,gambar sangat menyedihkan..:P

lakonan hebat oleh siapa ni ye??biarlah orang ini mengetahuinya sendiri..apepun..mabruk untuk sahabatku atas sumbangan dakwahnya melalui persembahan ini..Moga ada barakah disebaliknya..Ameen..


Alhamdulillah majlis ini memberi makna yang mendalam dalam diri ini.Kuabadikan kenangan indah ini dalam catatan pena ku di alam maya ini..Indahnya berukhuwah kerana Allah..Manisnya terasa hingga ke dalam sanubari hati ini..Semoga ASFES tahun depan cepat datang lagi..heeeee...

*the beautiful of colours...ngeeee..:)
theme based on favourite colourS of RASULULLAH SAW.

Friday 13 April 2012

KEPIMPINAN RASULULLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

''Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kamummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan 
( keimanan dan keselamatan) bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin"
(At- Taubah : 128)

mood : enjoying my creation..


Minggu ni adalah minggu rehat untuk kami setelah berjaya mengahabiskan lecture bersama para lecturer..:)..So,sempena cuti kali ini..banyak aktiviti-aktiviti telah dianjurkan bagi mengisi masa yang terluang ini dengan aktiviti yang berfaedah. Dan tidak terkecuali juga saya dan rakan yang turut menyertai PAMERAN   MALAM KEBUDAYAAN ISLAM yang akan diadakan pada esok hari..dan tajuk yang kami olahkan memang bermanfaat untuk semua..

sekadar perkongsian..
cuba teka gambar di  atas ni sebenarnya apa ye??mm,inilah contoh pamphlet yang telah saya hasilkan sempena pameran esok..Sebenarnya bukanlah gambar pamphlet ini yang ingin saya tonjolkan sebaliknya berkenaan isi-isi penting dalam pamphlet ini..memang banyak penjelasan berkenaan dengan KEPIMPINAN RASULULLAH..

Kita patut bersyukur kerana telah diciptakan menjadi umat terakhir Rasulullah.Kalau kita hayati sifat- sifat mulia Rasululah,memang tidak terkira banyaknya iktibar yang dapat kita contohi..Dari segi kepimpinannnya, baginda sentiasa:



1. BERTINDAK SESUAI DENGAN PERINTAH ALLAH

2. MENGHORMATI PENDAPAT YANG DISAMPAIKAN KEPADANYA

3. PENGASIH DAN PENYAYANG KEPADA RAKYATNYA

4. BIJAK MENGATUR TEKNIK DAN STRATEGI PERJUANGANNYA

5. GAGAH DAN BERANI

6. SELALU TENANG, PERCAYA DIRI, TIDAK PERNAH PANIK

7. MEMPERLAKUKAN ORANG DENGAN ADIL DAN JUJUR

Cuba kita lihat, betapa banyaknya contoh sifat kepimpinan yang dimilki oleh baginda Rasulullah..Adakah kita mampu mencontohi kepimpinan sepertimana yang dimilki oleh baginda???
ya,sememangnya kita mampu..bukankah setiap dari kita adalah pemimpin..walau lemahnya kita seandainya tidak mampu untuk memimpin orang lain, tetapi jadilah seorang pemimpin yang terabaik untuk memipin diri sendiri..dan yang paling penting untk para lelaki,ingat!!!!anda adalah pemimpin yang diciptakan untuk memimpin isterimu, anak-anakmu suatu hari kelak..maka bermula dari sekarang..cubalah untuk memiliki sifat2 yang dimilki oleh Rasulullah..Rasulullah adalah contoh terbaik untuk umat akhir zaman,umat Rasulullah Al- AMIN..



Thursday 12 April 2012

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

''Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik"
(Ali Imran : 110)



Amar ma'ruf nahi mungkar merupakan kekhususan dan keistimewaan umat Islam yang akan mempengaruhi kemuliaan umat Islam. 

Amar ma'ruf nahi mungkar merupakan kewajipan yang dibebankan Allah kepada umat Islam sesuai dengan kemampuannya.Cara yang paling bersesuaian dengan umat manusia untuk mngamalkan amar ma'ruf nahi mungkar adalah tidak lain tidak bukan melalui DAKWAH..

Sebagaimana yang kita ketahui,hukum berdakwah itu wajib ke atas semua dai kita selagi mana kamu mengucapkan LAILAHAILLALLAH..

Walaupun usaha berdakwah mempunyai halangan yang berat,namun itu bukanlah alasan kepada setiap dari kita kerana walau kita menyampaikan satu perkataan yang membawa kebaikan,sudah pasti ia mampu menarik hati insan lain untuk melakukan ma'ruf dan sekaligus menjauhi kemungkaran..

Antara usaha penting untuk menyampaikan dakwah ialah dengan ILMU..
Setiap insan yang ingin menyampaikan dakwahnya perlulah memiliki ilmu yang tinggi atau pengetahuan yang sebenarnya atas apa yang diserunya itu..Selain itu perkara penting untuk berdakwah ialah orang tersebut mestilah MENGAMALKAN apa yang didakwah olehnya..Tidak ada gunanya andai kita mengajak orang melakukan kebaikan tetapi kita sendiri tidak pernah melakukannya..nauzubillahimin zalik..


 Dan satu lgi perkara yang sangat penting untuk setiap individu untuk berdakwah ialah mempunyai KESABARAN yang tinggi..Ingat,kita sesama manusia mempunyai hati dan perasaan yang berbeza.Jadi hanya kesabaran mampu melembutkan hati-hati kita untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar..wallahua'lam..

Sunday 8 April 2012

WARNA KEHIDUPAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

MAKA DIA MENGILHAMKAN  KEPADANYA (JALAN) KEJAHATAN DAN KETAQWAANNYA,SESUNGGUHNYA RUGILAH ORANG YANG MENGOTORINYA. 
(AL-SYAMS 8-10)


Hidup manusia diibaratkan seperti RODA..tidak asing lagi dengan ayat ini kan?..kerana sifatnya atau fizikalnya yang akan berada di atas..kadang-kadang berada di bawah..di atas itu mungkin menggambarkan kesenagan atau nikmat sebaliknya di bawah itu pasti menggambarkan kesedihan atau musibah..

saya setuju sangat dengan pepatah ini..:

HIDUP UMPAMA RODA,TERKADANG KITA DI BAWAH DAN TERKADANG KITA DI ATAS..

tapi,,,bagi saya..hidup ini lagi manis kalau kita umpamakannya seperti pelangi..



Rasanya,tak ada orang yang cakap pelangi tu tak cantik kan???selalunya kita pasti akan tersenyum tatkala terlihat pelangi yang muncul di kala 
terbitnya matahari
 mengiringi pemergian 
hujan(ayat macam apeeee je..haha)...
tapi betul la kan..pelangi ni indah..warnaya semua indah..so,bagi saya..hidup ni macam pelangi la..setiap apa yang kita lalui pasti ada nikmat yang indah..walau besar mana ujian yang menimpa..walau berat mana kesulitan yang kita tempuhi..pasti ada keindahan yang Allah kurniakan di sebalik kesulitan.. 

cuma..mungkin kita sahaja kita yang tidak menyedarinya..mungkin kelalaian kita membuatkan kita tidak merasa sepenuhnya nikmat Allah itu..apabila di hantar musibah kepada diri,,barulah kita sedar bahawa kesenagan selama ini adalah nikmat yang kita abaikan..
jadi,,yakinlah..setiap apa yang berlaku itu pasti ada keindahan yang tersirat..cuma..Allah mahu kita mencarinya disebalik setiap perancanganNya..kerana Allah Maha Mengetahui..

So..jadikanlah hidup ini seperti pelangi..walau apa jua warnanya..namun pasti setiap perbezaan itu membawa persamaan yang tidak ternilai indahnya di mata hati kita..


so,lepas ni..hari2 boleh cari pelangi ye..hehee..*kat sini baru skali ternmpak pelangi..apatah lagi nk masuk summer ni..oh hujan..bawalah pelangi bersama..hehee