background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Friday 30 March 2012

MENGAPA DIUJI??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


LA TAHZAN...INNALLAHAMA'ANA...

Fainnama'al u'sri yusra,,,innama'al u'sri yusra(AL-SYARH:5 & 6)..

kadang-kadang..kekecewaan itu mengajar kita apa erti sebenar kekuatan..
kekuatan itu mengajar kita menempuh kesulitan..
dan kesulitan itu membawa kita sentiasa meraih mardhatillah..
duhai teman..walau perit mana ujian itu menimpa..yakinlah dengan setiap apa yg menimpa dan bersabarlah dengan ketentuanNya....
moga keperitan ini dapat membawaku lebih dekat denganNya..
dan moga keampunan Allah sentiasa membawa pergi dosa-dosaku yang lalu..astaghfirullahal a'zim..

LA TAHZAN...@_@.. “Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!”



Wednesday 21 March 2012

SALAHKAH MERINDU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

 ..INDEED,ALLAH WILL NOT CHANGE THE CONDITION OF PEOPLE UNTIL THEY CHANGE WHAT IS IN THEMSELVES
(13:11)


Bicara tentang hati..tentang perasaan..tentang cinta..
perkara yang sukar untukku merungkai bersama pena di papan kekunci ini..mungkin kerana bukan selayaknya hati ini berbicara tentang itu..namun.sememangnya fitrah manusia memang gemar mencari penyelesaian hati disebalik perasaan-perasaan ini yang menyelinap ke dalam hati tanpa kita sedarinya...
HATI..telah diciptakan Allah sejak azali kepada setiap manusia supaya disimpannya di situ sesuatu naluri mahupun perasaan yang berbeza-beza agar manusia dapat menilai setiap apa yang berlaku disekelilingnya degan sempurna..kerana dengan hati..naluri sebagai insan yang ingin merasakan PERASAAN CINTA itu tidak pernah lari..secebis perasaan yang sangat manis dan suci nilainya di pandangan Allah andai disalurkan fitrah itu ke jalan yang diredhaiNya..

tentang cinta..siapa yang tidak mahukan cinta..sedangkan haiwan mempunyai perasaan kasih antara satu sama lain..apatah lagi kita insan yang memiliki akal yang sempurna..dan hati yang suci...
kadang-kadang..dengan cinta..ia membuat kita merasakan secubit kekosongan di hati..mengapa ya???

kerana ingatlah teman..Allah YA RAHMAN YA RAHHIM telah menyediakan kepada kita perasaan cinta itu untuk melengkapkan kemanisan iman sebagai insan yang muslim wa mukmin..namun sebagai mengikut percaturannya..haruslah kita mengikut saluran yang sempurna dalam mencapai CINTA yang agunG di sisi Allah.. dan sebelum selayaknya kita mencari cinta itu..genggamlah cinta yang sejati untuk pemilik kekal kita iaitu Allah YA AZIZ YA MUHAIMIN...

Dan berusaha menggapai keimanan yang mampu membawa kita kepada mardhatillah..bagaimana pula kita mahu mencari halawatul iman itu ??
ingatlah..iman itu tidak sempurna untuk kamu andai kamu masih belum merasakan kemanisannya dalam beramal mencari redhaNya..
jadi..berusahalah menjaga hati..jauhkanlah hati daripada didatangi syaitan-syaitan yang membisikkan kejahatan di hati..menyebarkan cinta yang bersulamkan nafsu semata-mata..nauzubillahiminzalik..
SEKIAN..



WANITA<>LELAKI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


TERSURAT & TERSIRAT : LELAKI dan WANITA



Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin daripada suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang daripada lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat pada suamainya tetapi tidak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat disebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan pada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya kerana jika melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya di ampun Allah(dosa kecil).


Di akhirat kelak, lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2.isterinya
3.anak perempuannya dan 
4. saudara perempuannya


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: 
1.suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya




Seorang wanita boleh masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. solat 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata .
masyaAllah..sayangnya Allah pada wanita.


 Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah..maka dengan sebab itu Dia mengangkat kamu menjadi pemimpin..maka dengan keistimewaan itu,,jagalah dan hargailah wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing-masing, lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi Allah..




i'm very like to share this note with all of you..may Allah blessing us..
SOLEH UNTUK SOLEHAH
SOLEHAH UNTUK SOLeH..
amiiiinnn...



Thursday 1 March 2012

OREO AND OUR FRIENSHIP..")

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


           


La yukminu ahadukum hatta yuhibbu liakhihi ma yuhibba linafsih

"TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG ITU SELAGI DIA TIDAK MENGASIHI SAUDARANYA  SEBAGAIMANA IA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI"
(RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

Alhamdulillah dapat jugak tengok video ni..rezeki,,tiba2 je line internet ni jd laju pulak..
bagus sangat kisah daripada video ni..
i'm very touching from this story..
arap2 kamu juga mngambil ibrah dari video ini..

i miss my friends so much..
lpas ni nak kumpul OREO banyak2 la..hehe..: