background-image:url;background-positiohttp://2.bp.blogspot.com/-kz776bT5Cd0/T7NF5RpjWFI/AAAAAAAADyE/azjmsdZ-bJI/s1600/Background.pngn:top center; background-attachment:fixed; margin:0;

Wednesday 29 February 2012

SEINDAH MAWAR BERDURI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


mawar itu cantik sekali tetapi durinya sungguh berbisa..
orang akan memandang kecantikan mawar tanpa menyedari duri itu la yang sentiasa menjadi senjata untuk melindungi kecantikan itu...

begitulah di gambarkan seorang wanita..
setiap wanita telah dikurniakan kecantikan yang berbeza-beza..
kecantikan wanita adalah keistimewaan buat mereka yang tiada pada Sang Adam..

namun..harus kita ingat..kecantikan wanita itu perlu dilindungi..
bagai duri melindungi kelopak mawarnya..
kerana...kecantikan wanita bukanlah sesuatu yang murah untuk dipamerkan sesuka hati..


nilai wanita itu sangat tinggi sebenarnya..
lebih tinggi di sisi Allah andai ia sentiasa dilindungi..
dilindungi dengan akhlak mahmudah..
dibentengi dengan iman yang teguh..
diselimuti dengan maruah yang tinggi...

wanita..lindungilah dirimu..sebagaimana mawar yang cantik itu dilindungi..
walau sekali wamar itu layu akhirnya..
namun kamu lebih tinggi nilainya kerana kecantikanmu tidak akan pernah layu di sisi Allah jika kamu memahami apa erti sebenar kecantikan..


jadilah seperti mawar yang berduri..
sentiasa dilindungi..

PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI JUGA



Tuesday 28 February 2012

ADAM ITU PEMIMPIN HAWA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Satu ketika aku bertanya..

Sudikah kau menjadi Imam

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna..

dan terjaga hendaknya.
.
Sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku..

agar hidupku lebih tenang dan bahagia..

Sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku..

agar rohaniku terisi hikmahNya..

dan akhlakku terjaga hendaknya..

Sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku..

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..

Sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku..

agar satu hari,

jika ujian itu dtg
..
air mataku ada yg menghapuskan..

Sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku..






SUMBER: FB

Sunday 26 February 2012

MEREKA BANI ISRAEL(PART 2)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Alhamdulillah,,bersua lagi kita pada kali ini dalam entry tentang kewujudan kaun BANI ISRAEL..jika dirujk pada entry yang lepas..saya masih belum memperincikan bagaimana lahirnya BANI ISRAEL daripada keturunan NABI IBRAHIM..untuk merujuk entry lepas..anda boleh kembali kepada link ini: bani israel part 1 ..sedikit sebanyak telah saya kongsikan bagaimana perjalanan NABI IBRAHIM bersama-sama SITI SARAH dalam menyampaikan dakwahnya sehingga berpindahnya mereka ke Mesir,bumi anbiya'...


 SITI SARAH telah dihadiahi seorang hamba daripada FIRAUN iaitu SITI HAJAR,seorang wanita yang berbangsa KIBTI yang merupakan bangsa FIRAUN,,berbeza di sini antara bangsa israel dan bangsa kibti..selepas itu, NABI IBRAHIM,SITI SARAH,SITI HAJAR dan NABI LUTH bergerak ke satu kawasan iaitu AI,sebelum tibanya mereka ke QANA'AN(dikenali sebagai PALESTIN sekarang). Merujuk sumber daripada Ustaz Amar, pengikut atau kaum daripada nabi IBRAHIM dan nabi LUTH sememangnya tidak sehaluan..mungkin juga boleh dikatakan mereka ini tidak boleh bersatu. Kesudahannya,,sampai sahaja di QANA'AN,,nabi IBRAHIM telah bergerak ke HEBRON, manakala nabi LUTH telah bergerak ke  wilayah SODOM.

Ketika nabi IBRAHIM,SITI SARAH, dan SITI HAJAR berada di HEBRON,Siti Sarah masih lagi tidak ditakdirkan oleh Allah untuk melahirkan zuriat kepada nabi Ibrahim..disebabkan rasa cinta dan kasihnya Siti Sarah kepada suaminya,,maka beliau sanggup mengenepikan pandangan dan adat masyarakat setempat yang melarang wanita mengizinkan hamba sendiri untuk dinikahi suaminya sendiri,,namu itulah pengorbanan yang telah Siti Sarah lakukan untuk menjaga zuriat daripada nabi Ibrahim..maka nabi Ibrahim berkahwin dengan hamba Siti Sarah iaitu Siti Hajar..mereka telah dikurniakan seorang zuriat iaitu NABI ISMAIL..setelah beberapa tahun,akhirnya timbul rasa cemburu di hati Siti Sarah..lumrah wanita..hati wanita mana yang tidak akan cemburu apabila berada dimadukan..:D

Akhirnya Siti Sarah meminta nabi Ibrahim agar memisahkan Siti Hajar dan nabi Ismail untuk berpindah ke tempat lain..dengan rasa berat hati dan penuh redha..nabi Ibrahim memisahkan Siti Hajar dan nabi Ismail daripada Siti Sarah di kawasan yang kita kenali sekarang sebagai Makkah sekarang..di sini la asal wujudnya kemajuan kota Makkah setelah datangnya Siti Hajar ke kawasan ini (berlaku juga kisah tentang kewujudan telaga mata air di kawasan Makkah yang pada masa itu sangat kering kontang,,tanpa sedikit air setelah Siti Hajar berulang alik dari Bukit Safa dan Marwa,,dengan izin Allah..akhirnya terpancar mata air dari tapak kaki nabi Ismail,TELAGA AIR ZAMZAM)..

Ketika baginda nabi Ismail berusia 14 tahun..baginda mendapat arahan daripada Allah melalui mimpi nabi Ibrahim iaitu penyembelihan nabi Ismail (asal usul sambutan hari raya Aidiladha)..semasa penyembelihan..Allah telah menukar nabi Ismail kepada seeokor kibas ( asal usul majlis korban semasa aidiladha sempena memperingati peristiwa ini)..setelah dewasa nabi Ismail telah berkahwin dan daripada zuriat nabi Ismail telah lahir keturunan nabi MUHAMMAD SAW..

dan pada masa yg sama..ketika di Qana'an..umat nabi Luth di Sodom telah melakukan maksiat kepada Allah sehingga Allah memberi balasan yang teruk kepada mereka atas perbuatan melampau mereka itu..sebelum para malaikat utusan Allah datang untuk untuk menghancurkan kaum Sodom..para malaikat telah membawa khabar gembira kepada nabi Ibrahim dan Siti Sarah bahawa mereka akan dikurniakan anak tidak lama lagi..dan lahirlah putera mereka iaitu NABI ISHAK..


Setelah dewasa..nabi ISHAK telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak iaitu NABI YAAKUB dan AYISHO (maaf,ejaan tidak dikenalpasti betul@salah)..daripada keturunan ayisho telah lahir bangsa ITALI pd masa sekrng..nabi Yaakub telah dipisahkan di Mesopotamia,Iraq..jauh dari Ayisho kerana menurut sumber,,mereka berdua ini tidak sekepala..sering berbalah..

semasa di sana..nabi YAAKUB berhajat untuk berkahwin dengan seorang wanita yang sangat cantik iaitu RACHEL(RAHIL)..Rachel mmpunyai kakak yang bernama LEAH(LAIYA)..Mereka adalah sepupu kepada nabi Yaakub..setelah sekian lama bapa saudaranya tidak membenarkan baginda menikahi Rachel sebaliknya berkahwin dengan Leah kerana Leah lebih layak sebagai kakak..dengan penuh redha..baginda pun berkhwin dengan Leah dan dikurniakan beberapa org anak..selepas bebrapa tahun..baginda berkahwin pula dgn Rachel..baginda telah memiliki 2 org isteri..kesemua isteri nabi Yaakub adalah 4 org..iaitu dua org lagi adalah hamba ( seorang hamba Leah dan seorang lg hamba Rachel)..bagaimana baginda boleh berkahwin dgn hamba Rachel??
Rachel masih belum mampu melahirkan anak,,oleh sbb itu..dia memberi keizinan kepada baginda untuk memperisterikan hambanya..Leah pula berasa sgt cemburu lalu memberi juga hambanya kepada nabi Yaakub utk dinikahinya..

setelah sekian lama dan berkat doa dari Allah..akhirnya lahirlah zuriat daripada Rachel iaitu NABI YUSUF..mungkin sebab inilah dikatakan bahwa rupa paras nabi YUSUF sangt tampan..kerana ibunnya Rachel adalah wanita yang sgt cantik..dan seorang lagi anak darpda Rachel adalah BUNYAMIN..


Daripada 3 lg isteri nabi Yakub..lahirlah 12 kaum BANI ISRAEL..Daripada 12 kaum bani israel..nabi YUSUF telah dikecualikan dan dipecat seorang daripada 12 kaum itu iaitu LAWI..Dimasukkan pula BUNYAMIN dlm kaum bani israel..Lawi telah melahirkan keturunan NABI MUSA...dan nabi Musa merupakan adik beradik kepada NABI HARUN..
rujukan lain:


4 isteri iaitu:
Leah (Laiya),
Rachel (Rahil),
Zilpah dan
Bilhah

dan 12 anak lelaki iaitu:
Reuben (Ruben),
Simeon (Simon atau Syahmun),
Levi (Lewi),
Judah (Yehuda),
Dan,
Napthali (Natthali),
Gad (Yad),
Asher (Asvir),
Issachar (Isakhar),
Zebulun (Zabanun),
Joseph (Yusuf), dan
Benjamin (Bunyamin)

dan seorang anak perempuan bernama Dinah.

Begitulah kisahnya susur galur keturunan bani israel yg ujud drpada nabi Ibrahim..alhamdulillah..sy telah menyampaikan perkongsian sy peroleh spanjang perjalanan ke SINAI..betapa banyak kekurangan ilmu saya..Ya Allah,,betapa jahilnya aku..dan dari situlah terdetiknya hati saya untuk menympaikan ilmu baru saya ini kepada kalian..semoga ia benar2 bermanfaat..insyaAllah.pada masa akan datang..sy akan berkongsi kepada anda tentang kisah nabi MUSA,nabi Harun,LEMBU SAMIRI,dan kaum bani israel di BANJARAN TEEH..INSYAaLLAH..


SEKIAN..






Saturday 25 February 2012

yummyy..:P


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

hajatnya nak menyambung cerita perjalanan di SINAI..tp tiba2 plak mlm ni rase brt sangat mata ni..so,,hilangkan ngantuk..imagine macam2..ape yang keluar???kek???yaa...lpas masak2 tadi..tibe2 je teringat kek yg lazat2..


 ni kena tunggu orang blanja ni..balik malaysia kena makan jugak..bfday pon da dkt masa tu..haha..yess,,smpan hajt siap2 nak blik malaysia nnti..:)








Teringat plak tlong potongkan kek ni untuk cikgu2 masa smbutan hari guru 2 tahun lpas...waa,,bestnya kek ni..

tapi..kalau x de jugak orang belanja makan kek ni..jwapannya kena mengumpul duit sorang2 and beli kek ni sorang2 and lastly makan kek ni sorang2..baru berbaloi..huhu..tamak betul..

ok..la..just posting a simple point..sharing2 apa yg ade dalam kepala..sape2 yg duduk kat malaysia tu..hargailah makanan yang ade di dpn mata anda..jangan sesekali membazir..sekali da terlepas mkanan melayu macam org yang duduk kt luar malaysia,,kn susah di buatnya..terbayang bayang makanan yang mak masak lg la..huh..:(..dont be sad dearr..hehe..

sekian..:)

Wednesday 22 February 2012

BANI ISRAEL,,SIAPAKAH MEREKA???(PART 1)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


"Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji(taat setia) dari kamu dan Kami angkatkan Bukit Sinai(Tur Sina) di atasmu(seraya Kami berfirman): ''Peganglah teguh-teguh apa apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya agar kamu bertaqwa."
(Al- Baqarah:63)


apa yang kita ketahui..kaum bani ISRAEL merupakan kaum yang tidak pernah bertaubat kembali ke jalan Allah..beruntunglah kita kerana telah dilahirkan sebagai Islam...walaupun Islam kita telah diwariskan daripada keturunan nenek moyang kita,,namun bukanla satu peluang untuk kita mengabaikan ajaran2 ISLAM sebaliknya dengan penuh kehinaan,,kita berusaha mencari sedikit sebanyak ilmu dan amalan untuk bekalan kita ke akhirat kelak..insyaAllah..

baiklah,,kembali semula pada topik asal..kali ini,,begitu teruja sekali saya untuk berkongsi tentang kewujudan kaum israel in..siapakah mereka??bilakah mereka wujud??...

sebenarnya..mereka ini adalah keturunan dari nabi IBRAHIM lagi dan merupakan umat pimpinan nabi Musa..mereka ini tidak pernah mentaati ajran nabi MUSA..

BERMULA DARI KISAH NABI IBRAHIM:

semasa pemerintahan nabi IBRAHIM,,zaman baginda adalah wujudnya zaman perintahan RAJA NAMRUD(raja yang telah mati kerana diserang nyamuk)..kawasan pendakwahan pertama nabi Ibrahim adalah di MESOPOTAMIA:lembah tigris-eupratis di utara IRAQ:(BABYLON ADALAH DI SELATAN IRAQ)dan raja Namrud yang memerintah mesopotamia yang wujud selepas berlakunya banjir besar pada zaman nabi Nuh..raja namrud mempunyai susur galur keturunan dengan nabi Nuh(kisah bahtera nabi Nuh)..raja Namrud merupakan pemerintah yang sangat zalim..pada zaman sebelum pemerintahan raja namrud,,terdapat zaman pemerintahan raja yang sangat adil iaitu 
RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN..

dalam kisah nabi Ibrahim pada zaman pemerintahan mesopotamia,,baginda telah berkenalan dengan
 SITI SARAH,wanita yang begitu cantik sekali..namun perkahwinan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata..ketika mana bermulanya perkahwinan mereka,,ayah nabi Ibrahim ini tidak beriman kepada Allah..ayahnya mengugut baginda agar tidak berdakwah agar tidak diserang oleh pemerintah raja namrud yang sangat zalim pada masa itu..maka terjadilah kisah nabi Ibrahim menghancurkan berhala-berhala milik umat yang menderhakai Alllah..

dalam kisah nabi Ibrahim memecahkan berhala-berhala,baginda telah meletakkan sebilah kapak pada sebuah patung berhala yang tidak dipecahkan di
situ.apabila kaum yang menyembah berhala ini mengarahkan nabi Ibrahim mengaku atas perbuatan nya itu,,baginda pun mejawab: tanyalah kepada berhalamu itu,,bukankah itu sembahan mu,,jika berhala itu tidak mampu membantu kamu,
apakah faedahnya kamu menyembah patung ang tidak dapat berkata-kata dan membantumu..


akhirnya berlakulah perdebatan..perdebatan nabi Ibrahim adalah untuk menjelaskan bahawa perbuatan mereka itu sia-sia sama sekali..jadi kaum tersebut berasa tercabar..raja namrud telah berpakat dengan kaumnya untuk membakar nabi IBRAHIM dengan api yang sangat membara..api yang sangat kuat sehingga mereka tidak mampu untuk menolak baginda ke dalam api tersebut..akhirnya mereka melontar nabi Ibrahim daripada jauh ke dalam api tersebut..bagaimana mereka melontar baginda???wallahua'lam..ada pedapat yang mengatakan abahawa baginda dilontar melalui kayudan pada waktu itu,semua binatang datang membantu untuk memdamkan api tersebut dengan mencurahkan air termasuklah burung2 kecuali cicak sahaja yang tidak datang membantu..

daripada kisah inilah kita di sunatkan untuk membunuh cicak pada malam JUMAAT..dengan izin Allah,,Allah telah menyejukkan api sehingga tidak mampu membakar nabi Ibrahim..dari peristiwa ini,,semua umat berasa takjub dengan kehebatan yang berlaku kepada baginda..baginda telah mencabar raja namrud untuk membuktikan bahawa Allah yang berkuasa menghidup dan mematikan..nabi Ibrahim turut membuktikan kekuasaan Allah melalui peristiwa baginda memotong seeokor burung dan dipisahkan cebisan-cebisan itu di setiap gunung yang berbeza..maka dengan izin Allah..burung tersebut dapat dihidupkan kembali..lalu berlakulah perang antara mereka kerana raja namrud begitu tercabr dengan kehebatan baginda NABI MUSA..Lantas Allah utuskan kepada mereka tentera nyamuk untuk datag menyerang mereka yang degil..dan seekor nyamuk telah masuk ke dalam telinga raja NAMRUD dan telah menyerang otak nya dan selama setahun dia telah menderita akhirnya meninggal..daripada kisah ini,,,


nabi Musa telah berpindah ke MESIR bersama dengan SITI SARAH..
Tambahan,,nabi MUSA mampunyai anak saudara iaitu nabi LUTH..Bersama-sama nabi LUTH,bginda dan SITI SARAH telah berpindah ke MESIR.... Sampai di MESIR..mereka telah bertembung dengan FIRAUN..disebabkan rupa paras SITI SARAH yang sangat cantik,,firaun berhajat untuk memiliki siti sarah..sebenarnya,,SITI SARAH adalah adik tiri kepada nabi Ibrahim..perlu diingatkan bahawa syariat terdahulu berbeza ya..apabila firaun bertanya siapakah wanita itu,,baginda menjawab bahawa SITI SARAH adalah adik perempuannya..mungkin sekiranya nabi Ibrahim menyatakn siti sarah adalah isterinya pasti berlaku kezaliman yang dahsyat kepada mereka..maka firaun telah berusaha untuk menggoda siti sarah..sampai di satu tempat di kawasan kolam,tempat pemerintahan firaun..apabila firaun cuba mendekati siti sarah,,dia akan terjatuh ke dalam kolam tersebut..sehinggalah berkali-kali akhirnya dia pun berasa kecewa..
setelah itu,,dia rasa bersalah sekali kepada nabi Ibrahim lalu dia menghadiahi siti sarah seorang hamba wanita iaitu SITI HAJAR(ibu kepada nabi Ismail,yang merupakan zuriat nabi Ibrahim)


masih jauh sebenarnya untuk kita mengetahui kisah sebenar kewujudan kaum bani ISRAEL yang merupakan cucu cicit nabi Ibrahim..oleh disebabkan  masa yang tidak mengizinkan..INSYAallah saya akan menyambung semula kisah ini di kesempatan lain yang ada..harap semua dapat memahami dengan sebaiknya kisah2 yang berlak kepada para anbiya' dan kewujudan susur galur keturunan para anbiya...

sekian..

bani israel-siapakah mereka (PART 2)




control je mase ni..makan orang ke x unta ni..takutnyaa...:)

sumber: ustaz Amar..

MELINTASI BANJARAN TEEH,LAKNAT ALLAH KEPADA KAUM ISRAEL..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

setelah kami meninggalkan bekas2 jejak nabi Musa,,
kami bergerak pula melintasi banjaran TEEH..apakah kisah di sebalik banjaran ini..


sebenarnya inilah tempat di mana Allah telah mengurung kaum israel di tengah2 banjaran ini selama 40 tahun di atas kedegilan mereka menentang suruhan Allah..walaupun banjaran ini begitu luas sekali namun mereka masih tidak menjumpai jalan keluar dari banjaran ini..
tinggallah mereka selama 40 tahun di tengah2 banjaran ini dengan laknat dari Allah..
namun begitu,,kasih sayang Allah tidak pernah berkurang..walaupun Allah murka,namun nikmat Allah kepada mereka sentiasa diturunkan..

begitulah yang telah dinyatakan di dalam ayat al-Quran..(Al- Baqarah: 49-60)
 Dan Kami payungi kamu dengan awan dan Kami turunkan kepadamu mann dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri:57..

dengan awan yang meredupkan mereka dari panas terik..ditambah lagi dengan nikmat mann(manisan) dan salwa(puyuh) kepada mereka.namun kaum bani ISRAEL tidak pernah bertaubat kepada Allah..ingkar dengan ajaran nabi MUSA( Melalui ajaran kitab Taurat)..

 bayangkan kawan-kawan..selama 40 tahun..bukan 40 hari..pengalaman saya selama tidak sampai pun 4 jam di sana cukup memeritkan..dengan keadaan padang pasir yang terik dan kering..nauzubillahiminzalik..begitulah kisah pembalasan kaum bani israel..untuk memahami kisah ini lebih lanjut..semuanya telah dinyatakan dengan jelas dalam ayatul quran fi surah al-baqarah tentang kisah pembalasan kaum israel..

begitu teruja sekali saya dengan perkongsian ilmu dari ustaz Amar tentang kisah wujudnya kaum BANI ISRAEL..
ok,,mari kita berkongsi cerita asal usul israel yang bermulanya dari keturunan nabi IBRAHIM dalam kisah yang seterusnya..insyaAllah...

UYUN MUSA,MUKJIZAT PEMBELAHAN LAUT..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

bersambung lagi ke kisah seterusnya..
masyaALLAH,,sungguh beruntung apabila telah berjaya menjejaki tempat berlakunya pembelahan laut yang telah menenggelamkan FIRAUN dan pengikut-pengikutnya yang menentang nabi Allah MUSA alaihissalam...


mari kita berkongsi kisah mukjizat Allah kepada nabi MUSA..
mengikut cerita daripada ustaz Amar.. 
nabi Musa merupakan anak angkat kepada REMSIS 2..ada 2 pendapat sebenarnya,,tp saya ambil salah satu daripada pendapat ni ya..
anak kepada REMSIS 2...dan merupakan adik beradik angkat kepada nabi Musa sangat2 menentang baginda...lalu firaun tersebut bersama- sama pengikutnya yang menentang nabi Musa...

mengapa ya firaun menentang nabi Musa???

setelah Allah memberi mukjizat kepada baginda nabi Musa dengan menukarkan tongkat baginda kepada ular...ular tersebut telah memakan semua ular2 firaun..di sinilah wujudnya perasaan tercabar kepada firaun kerana beliau merasakan kehebatan mukjizat Allah menukarkan TONGKAT menjadi ULAR adalah kehebatan sihir nabi Musa..

lalu firaun berasa sangat tidak berpuas hati dengan kehebatan nabi Musa,,firaun menyerang baginda..sampai di pangkal laut,Allah memberi mukjizat kepada nabi Musa untuk membelah laut dan tenggelamlah segala penentang2 baginda..Terkuburlah mereka di sini bersama laknatullah..


dan alhamdulillah..kami telah pun berada di seberang laut tempat sampainya nabi Musa dari laut itu..mengikut kajian Geografi,,tempat ini juga dikenali sebagai TELUK SUEZ..Mungkin ada yang mendengar bahawa tempat pembelahan laut ini berlaku di antara LAUT MERAH DAN LAUT MEDITERRANIAN..kesimpulannya,,ia adalah tempat yang sama cuma berbeza dari segi kajian namanya..

dan mengikut cerita seterusnya..nabi Musa dan umat pengikutnya telah berehat di sekitar persisiran pantai..terdapatnya 12 buah telaga di sini..melalai mukjizat Allah juga ,air telah keluar dari telaga ini..

SUBHANALLAH..



semoga perkongsian saya sedikit sebanyak menambah ilmu yang kita miliki...segala kekurangan dari catatan saya amat dikesali..

sekian..



sumber: ustaz Amar

KUBU BARLIF NOKTAH HASINAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Al kisahnya berkaitan KUBU BARLIF NOKTAH HASINAH..
terletaknya berhampiran dengan terusan suez (seingat sy terusan suez ni mula2 sy kenali sejak mengaji buku teks sejarah form 3 kot kalau x silap..tmpat laluan asia tenggara dan eropah.)
KUBU in adalah satu-satunya kubu ISRAEL yang berjaya di tawan oleh mesir..


klau anda perhatikan..bawah binaan kubu ni terdapat satu benteng yang menjadi dasar
 kepada tapak kubu ni..kalau kita fikir,memang logik sangat kubu ni x hancur apabila diserang..
3 lapisan besi konkrit telah menjadi benteng kubu ni..tetapi,,itulah kekuasaan Allah..

dengan bantuan Allah untuk membantu umat Islam memerangi kaum israel laknatullah..
satu petunjuk telah diberikan di mana Allah telah mengarahkan agar serangan melalui air ke atas kubu ini..air2 yg terkena kubu ini telah mengakibatkan kerosakan yang teruk pada kesemua kubu
 ini dan akhirnya mesir berjaya menawan kubu ini..


terdapat salah satu kubu yang masih elok peralatannya..antaranya kereta kebal besar dalam gambar ni..yg sebelah tu bukan tentera israel yg berjaya di tawan taw..tu patung semata2..hehe..

askar ni garang...tembak kang baru taw..huhu..




 keadaan dalam kubu ISRAEL..

besar sekali pengajaran melalui kisah penawanan KUBU BARLIF NOKTAH HASINAH ini..semoga perkongsian dari sy mampu memupukkan rasa benci di hati kita untuk berjihad menentang israel laknatullah..lillahitaala..

sumber: USTAZ AMAR,ketua musrif yang begitu byk berkonsi ilmu sepanjang perjalanan kami..:)

SEKIAN..


DIARY OF SEMESTER BREAK..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah..masih lg di ambang percutian sempena berakhirnya SEM 1 pengajianku sbagai pelajar medik..berakhirnya sem1 setelah berpnat lelah mnghadapinya..tggl satu sem lagi tuk balik malaysia..amiinnn...
dan satu peristiwa yg sgt memberi seribu satu kenangan kepada saya sepanjang meluangkan masa cuti ini di SINAI..atau lebih dikenali sebagai BUKIT THUR SINA..

tp xtaw nk start dri mana cbb pjang sgt ceritanya..dan semuanya sgt bermakna..sungguh bersyukur kerana di beri peluang untuk menjejakkan kaki ke bekas2 laluan para anbiya' ..ok..let we see the list of place yang telah saya dan kawan2 jejaki..

* bermula di HENTIAN SUEZ,kami melintasi TEROWONG SYAHID AHMAD HAMDI..
tp nothing to share here sebab tidur je memanjang....xsedar da melalui terowong di bawah terusan suez..
*bergerak seterusnya ke KUBU BARLIF NOKTAH HASINAH..


* UYUN MUSA,di sinilah tmpat wujudnya kisah NABI MUSA membelah laut yang meneggelamkan firaun da pngikut2nya...



*bertolak ke taba,tmpat bersemadinya KUBU SALAHUDDIN AL YYUBI..
dari sini kita dapat lihat persempadanan 4 buah negara iaitu MESIR,PALESTINE,ARAB SAUDI N JORDAN..waa..alhamdulillah..

*seterusnya ke BANJARAN TEEH,nk taw x kisahnya di banjaran teeh ni??
tmpat ni la berlakunya pembalasan Allah kepada umat2 bani israel yg tlah byk menderhaka kepada ALLAH..mereka telah di kurung di banjaran teeh ni selama 40 tahun..astaghfirullah..namun pun bgitu..sehingga kini mereka masih tidak pernah bertaubat kepada Allah..
panjang lg kisah nya..ada ksempatan akan sy ceritakan seterusnya...

*tibanya kami di DAHAB..tempat bermalamnya kami di sini..

*TIME TO ENJOYY..:)..sempat lg kami bersiar-siar di pantai berdekatan DAHAB..
what i've done..macam2 ada..
hehe..
-glass boat(ikan dpn mata dlam kaca rupanya..mase awal2 tak taw jugak..ape glass dalam bot ni..
-sofa boat..whooaa..awesome..!!!

*berkampung pula di kawasan ST CATHERINE..
@ KE MAKAM NABI SALEH@
@KE MAKAM NABI HARUN@
@PATUNG LEMBU SAMIRI@
patung lembu ciptaan kaum israel..

*perjalan ke WADI ARBAIEN
ya Allah tmpat perhimpunan 40 nabi..masyaAllah..sungguh telah ku jejaki tinggalan 40 nabi2..subhanallah..masyaAllah..

and the last but not least..almost the best one..

*pendakian ke BUKIT THUR SINA..
dan tempat munajatnya NABI ALLAH MUSA alaihissalam....
wujudnya juga perkampungan nabi Ilyasa' di sini..
masyaAllah..

ok..bersambung di next story..

masyaAllah kerdil sungguh diri ini jika dibandingkan dengan kegagahan nabi2 yang mengaharungi cabran dan dugaan dalam menyampaikan dakwah kepada umat2 nya..

sungguh..AKU BANGGA MENJADI MUSLIM.!!!!
ALLAHUAKBAR..!!!


Friday 3 February 2012

ma'rad kutub fi kaherah..

BISMILLAHIRRAHIM..


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
(Al-A'laq,96:1)


21 DISEMBER 2011
CAIRO INTERNATIONAL BOOKFAIR..
ke pesta buku antarabangsa di kaherah....









lahirkanlah sikap membaca itu dalam diri kamu kerana sesungguhya wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah dahulu adalah IQRA'..bacalah....mengapa perlunya membaca??kerana dengan membacalah manusia dapat mencari ilmu..dengan ilmu pula manusia dapat membezakan perkara hak dan batil..


ilmu tidak akan bertambah tanpa kita mencarinya..:)

PUPUK BUDAYA MEMBACA:kempen membaca..heheehe..